Wednesday, February 12, 2014

Scary huh! Tapi bukan sebab hantu

Aku cuba kita bayangkan...
kalaulah benda dalam dunia ni ada perasaan marah, sayang, suka, menyampah, takut dan segala macam perasaan lagi.

Bila dicubit akan meng “aduh!”
Bila dicuit akan ketawa!
Bila dimarah akan menangis!
Bila sayang akan bahagia!

Agak-agak makin tenteram atau makin kelam-kabut.
Cuba diberi contohnya, apabila benda-benda ini diberi atau dipinjamkan sekejap perasaan..


1) Kereta
Akan sedaya upaya untuk tidak membawa laju kerana takut dirinya mati sia-sia. Atau mungkin wujud perasaan bongkak bila ada aksesori canggih dan terkini.

2) Television
Takkan menayangkan cerita-cerita yang berunsur maksiat dan hiburan berlebihan kerana takut akan mendapat dosa serta bakal
diseksa.

3) Facebook
Takkan meletakkan gambar yang bukan-bukan dan takkan komen merapu kerana takut dituduh memfitnah

4) Lif
Cuba sedaya upaya lari dari perasaan gayat yang takut ke tingkat tinggi. Ada juga yang cemburi sesama lif bila ada lif lain hanya melepak di level G sahaja.

5) Tangga
Akan menyumpah seranah manusia kerana selalu dipijak dan dijadikan tempat pembuangan najis oleh mereka yang tak tahu beza antara jamban dengan tangga

6) Handphone
Akan muntah hijau bila dengar ayat-ayat jiwang dari pemabuk cinta dan akan menutup mata dari melihat melihat video yang tak berapa manis.

Dan bermacam-macam benda lagi..
Scary huh!!
Mungkin ya~ dan mungkin tak~
Terpulang sekali lagi pada individu..
Tapi bila tanya aku jawapannya Y.A..!





1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

yup betul depends on individu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...