Friday, February 14, 2014

Bila budak nakal dan belum mature expresi perasaan ikhlasnya

Aku blogger.
Aku juga tahu yang kamu juga blogger.
Silent blogger.
Atau active blogger.
Tak kesah, aku suka keduanya.
Ikhlas~

Berfikir sejenak...
Papan kekunci mula tak diusik dalam tempoh beberapa minit.
Hanya otak start berputar untuk mencari penyambungan ayat untuk dicoretkan dalam ini.

Humm..hah, aku tiba-tiba berfikir.
Hampir empat tahun aku menulis blog rupanya.
Jumaat, January 22, 2010
'Pemulaan Kisah' tajuk post itu di coretkan.
Jumaat, February 14, 2014
'Post yang terbaru dari aku'
(4 tahun, satu tempoh yang agak lama. Renung masa lalu ~ 4 tahun, masa aku bertungkus-lumus menghadap buku demi sekeping sijil Degree)

Nak start dari mana?
Okey..
Masa pertama kali aku buat blog ini bukanlah untuk menarik banyak follower.
Bukan juga untuk suruh viewer singgah dan tinggal kan comment.
Hanya suka-suka.
Sebab masa itu trend orang buat blog sangat ramai.
Masa itu pulak aku baru masuk main campus.
Lepas matriculation dekat areas PJ.
(mungkin kamu sudah dapat meng-agak-nya)

Pada mulanya banyak cerita nak dikongsi.
Tapi cerita itu bukan untuk dikongsi dengan orang.. tapi dengan diri sendiri.
As personal diary.
Tetapi terkejut bila ada orang yang follow.
Mula dari sorang, kemudian jadi dua.. dan bertambah jadi tiga..

Aku hairan.
Ada juga rupanya yang baca blog aku ni?
Sebab masa itu aku tak tahu macam mana nak tengok statistik viewer.
Hanya pandai menulis, kemudian post.
Sebab aku ini jenis menulis bila ada mood dan masa.
Selalunya akan sepi untuk satu tempoh yang lama.
Tinggalkan blog ini bersawang.
That I can called it as website.
Could agreed on that..

Sekarang bilangan follower dah mencecah 883.
Wah cantik bilangan nombor.
Bagi blogger yang dah otai, bilangan itu apalah sangat.
Pejam mata je boleh dapat kan.
Tapi bagi aku, bilangan itu dah tinggi.
Terima kasih aku ucapkan.
Love you all....
Ikhlas~





1 comment:

Nanie said...

Betul tu... kita tak femes, 500 follower pun dah kira bangga! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...