Thursday, February 13, 2014

Aku hampir jadi pembunuh

Harini dia datang mengacau aku lagi.
Kalau ikutkan sejak dua menjak ni makin kerap pulak.
Tak kira masa.
Dekat rumah..
Dekat office..
Dekat kedai makan..

Tapi di tempat-tempat itu aku masih boleh bersabar lagi.
Barangkali, sebab ramai orang disekeliling yang boleh memerhati setiap gerak-gerinya.
Dan kalau silap langkah, mungkin dia akan mati dibunuh.
Kejam??
Bagi aku ianya tidak kejam.
Sebab itu membuatkan aku rasa sedikit lega.
dan puas..

http://images5.fanpop.com/image/photos/25600000/Chucky-chucky-the-killer-doll-25650698-2033-2550.png

Tapi kali ini dia datang mengganggu aku lagi.
Kali ini dalam kereta.
Arhhh...rimas! benci! hate yuuuuuuuuu...
Jerit hati kecil aku.... 
Entah bila dia boleh masuk kedalam tu pun aku tak pasti.
Bila fikir balik memang di kunci setiap kali turun kereta tu!
Tingkap pulak ditutup rapat serapatnya..
Ohhh~
Mungkin dia masuk melalui lubang tingkap yang aku biarkan terbuka ketika di tempat kerja.
Yela, kereta dijemur dibawah terik mentari, kalau tak diberi udara keluar berisiko demam panas pula.
Barangkali ya~

Kadang-kadang aku tak perasan pun semasa naik kereta tu.
Kalau tak memang aku konferm dibunuh dulu siap-siap bila nampak dia.
Ini tidak..
Sudah sedap-sedap menikmati nyaman aircond and layan lagu tiba-tiba dia muncul.
Kadang-kadang dari site belakang..
Kadang-kadang dari site sebelah..
Hairan aku~

Apa lagi, bila dia muncul tu memang tangan ligat je bagi penampar.
Mulut usah cakap lah, nampak je dia memang tak makan saman dah!
Laju menyumpah...
Kadang-kadang tengah drive sanggup lepas stereng semata-mata mencari peluang tampar tepat kearah dia.
Dan bila dapat peluang masa berhenti di trafic light lagi la best aku menampar.. bergaduh.. dengan dia.
Kereta sebelah mungkin hairan tengok gelagat aku.
Dan mungkin juga mereka akan anggap aku kurang siuman..
Ehh.. kenapa aku yang dianggap siuman?? Bukan dia???
Arrhh... hairan aku~

Mungkin sebab dia cekap dan pandai.
Aku mengaku itu!!
Dia memang cukup cekap.
Yela, dalam aku marah-marah tu boleh lagi dia cium pipi aku...gigit tangan aku.. hinggap ke kaki aku...
Kadang-kadang bawak geng-geng dia lagi.
Mana tak hangin!

So, harini aku tekad!
Balik rumah JE terus aku mengadu dengan housemate aku pasal dia.


“Aku semalam tak boleh tidur dengan tenang sebab dia. Tadi pula banyak ekor pulak yang masuk kereta aku. Kau, tolong ajar dia-dia tu. Kalau boleh bagi cara nak bunuh dia tu” 

Dan housemate aku dengan spontan balas,
“Bagi aku nama lengkap dan alamat si nyamuk tu, nanti dah dapat kau bagi aku. Nanti aku buat report polis. Kalau aku free aku sendiri tolong kau bunuh"

HAAHAHAH..Aku cuma mampu gelak.. 
Lawak..
Iyalah sebab dengan nyamuk, aku beria nak kecoh-kecoh bagai!.
Haaaa nyamuk??
Haah.. nyamuk je!!






5 comments:

Mazni Munawar said...

hahaha selalu sangat org buat troll camni, dah boleh agak dah mangsa pembunuhan akak ni encik nyamuk :p nyamuk mmng patut dibunuh utk kesejahteraan org ramai. miahaha!

Mazni Munawar said...

hahaha selalu sangat org buat troll camni, dah boleh agak dah mangsa pembunuhan akak ni encik nyamuk :p nyamuk mmng patut dibunuh utk kesejahteraan org ramai. miahaha!

Nurulee said...

dekat rumah ee jarang ada nyamuk.
tapi kalau pergi tuiton. fuhhh. geramnya wa cakap lu.
apedehalahh nak kacau ee sorang.
orang lain duk lek goyang kaki.
haih. hahaha

shasa_fiez said...

@Mazni Munawar :: kihkih.. troll mehh. ^^

shasa_fiez said...

@Nurulee :: ee.. tahu takpe. myb sbb our blood taste like KFC kot. haha:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...