Sunday, February 16, 2014

Bila perut aku perut nasi


Perut aku perut nasi.
Tak dapat makan nasi mula lah jadi parkinson's.
Terketar-ketar tak tentu hala.
Perut pun tak malu jauh sekali segan terus bagi signal empty dengan keluarkan bunyi-bunyian rock n roll
Tanda protes la tu. 
Pernah sekali kena tegur dengan mamat mat saleh,
"its that your stomach make the sound earlier?"
Lepas tu dia gelak.
Weyhh...malu semalu malunya memang tak dapat nak dikata la kan..
Terus tahan nafas, tekan perut.
Cover gitu.
Tapi tak sampai lima saat..
"Krroookkkkk!!"
Bunyi lagi lantang keluar dari perut.
Kali ini jauh lebih hebat dan power dari bunyi sebelumnya.
Perasaan aku?
Rasa nak buat terjunan bungee jumping, sambil jerit TIDAKKKKK!!
hahaha!

Mulut aku pulak mulut bulldozer.
Semua makanan yang terhidang depan meja tu sekejap je boleh hilang sekelip mata.
Kalah pengacara jalan-jalan cari makan.
Semua licin aku bedal.
Kadang-kadang tu tak sempat kunyah, terus telan.
Power tak pawer mulut bulldozer aku.
Tak senonah?
Hehahu....
Padahan makan depan pak wes coves giles..
Tettttttt............!

Bila tengah lapar giler!
Makan memang kena bersemangat la,
Tak ada masa pandang kiri kanan dah.
"Yelah, ini bukan segment cara melintas jalan, kena pandang kiri kanan"
Wah..wahh... pandai kau bagi ek-kius.
Sekali bagi ketukan dari pemukul Thor, terus putus fius.
Senyap sekejap...
Tu belum termasuk gaya makan lagi.
Kunyahan perlulah pastas dan cekap.
Macam my cutiess ni..
:)




Friday, February 14, 2014

Bila budak nakal dan belum mature expresi perasaan ikhlasnya

Aku blogger.
Aku juga tahu yang kamu juga blogger.
Silent blogger.
Atau active blogger.
Tak kesah, aku suka keduanya.
Ikhlas~

Berfikir sejenak...
Papan kekunci mula tak diusik dalam tempoh beberapa minit.
Hanya otak start berputar untuk mencari penyambungan ayat untuk dicoretkan dalam ini.

Humm..hah, aku tiba-tiba berfikir.
Hampir empat tahun aku menulis blog rupanya.
Jumaat, January 22, 2010
'Pemulaan Kisah' tajuk post itu di coretkan.
Jumaat, February 14, 2014
'Post yang terbaru dari aku'
(4 tahun, satu tempoh yang agak lama. Renung masa lalu ~ 4 tahun, masa aku bertungkus-lumus menghadap buku demi sekeping sijil Degree)

Nak start dari mana?
Okey..
Masa pertama kali aku buat blog ini bukanlah untuk menarik banyak follower.
Bukan juga untuk suruh viewer singgah dan tinggal kan comment.
Hanya suka-suka.
Sebab masa itu trend orang buat blog sangat ramai.
Masa itu pulak aku baru masuk main campus.
Lepas matriculation dekat areas PJ.
(mungkin kamu sudah dapat meng-agak-nya)

Pada mulanya banyak cerita nak dikongsi.
Tapi cerita itu bukan untuk dikongsi dengan orang.. tapi dengan diri sendiri.
As personal diary.
Tetapi terkejut bila ada orang yang follow.
Mula dari sorang, kemudian jadi dua.. dan bertambah jadi tiga..

Aku hairan.
Ada juga rupanya yang baca blog aku ni?
Sebab masa itu aku tak tahu macam mana nak tengok statistik viewer.
Hanya pandai menulis, kemudian post.
Sebab aku ini jenis menulis bila ada mood dan masa.
Selalunya akan sepi untuk satu tempoh yang lama.
Tinggalkan blog ini bersawang.
That I can called it as website.
Could agreed on that..

Sekarang bilangan follower dah mencecah 883.
Wah cantik bilangan nombor.
Bagi blogger yang dah otai, bilangan itu apalah sangat.
Pejam mata je boleh dapat kan.
Tapi bagi aku, bilangan itu dah tinggi.
Terima kasih aku ucapkan.
Love you all....
Ikhlas~





Thursday, February 13, 2014

Aku hampir jadi pembunuh

Harini dia datang mengacau aku lagi.
Kalau ikutkan sejak dua menjak ni makin kerap pulak.
Tak kira masa.
Dekat rumah..
Dekat office..
Dekat kedai makan..

Tapi di tempat-tempat itu aku masih boleh bersabar lagi.
Barangkali, sebab ramai orang disekeliling yang boleh memerhati setiap gerak-gerinya.
Dan kalau silap langkah, mungkin dia akan mati dibunuh.
Kejam??
Bagi aku ianya tidak kejam.
Sebab itu membuatkan aku rasa sedikit lega.
dan puas..

http://images5.fanpop.com/image/photos/25600000/Chucky-chucky-the-killer-doll-25650698-2033-2550.png

Tapi kali ini dia datang mengganggu aku lagi.
Kali ini dalam kereta.
Arhhh...rimas! benci! hate yuuuuuuuuu...
Jerit hati kecil aku.... 
Entah bila dia boleh masuk kedalam tu pun aku tak pasti.
Bila fikir balik memang di kunci setiap kali turun kereta tu!
Tingkap pulak ditutup rapat serapatnya..
Ohhh~
Mungkin dia masuk melalui lubang tingkap yang aku biarkan terbuka ketika di tempat kerja.
Yela, kereta dijemur dibawah terik mentari, kalau tak diberi udara keluar berisiko demam panas pula.
Barangkali ya~

Kadang-kadang aku tak perasan pun semasa naik kereta tu.
Kalau tak memang aku konferm dibunuh dulu siap-siap bila nampak dia.
Ini tidak..
Sudah sedap-sedap menikmati nyaman aircond and layan lagu tiba-tiba dia muncul.
Kadang-kadang dari site belakang..
Kadang-kadang dari site sebelah..
Hairan aku~

Apa lagi, bila dia muncul tu memang tangan ligat je bagi penampar.
Mulut usah cakap lah, nampak je dia memang tak makan saman dah!
Laju menyumpah...
Kadang-kadang tengah drive sanggup lepas stereng semata-mata mencari peluang tampar tepat kearah dia.
Dan bila dapat peluang masa berhenti di trafic light lagi la best aku menampar.. bergaduh.. dengan dia.
Kereta sebelah mungkin hairan tengok gelagat aku.
Dan mungkin juga mereka akan anggap aku kurang siuman..
Ehh.. kenapa aku yang dianggap siuman?? Bukan dia???
Arrhh... hairan aku~

Mungkin sebab dia cekap dan pandai.
Aku mengaku itu!!
Dia memang cukup cekap.
Yela, dalam aku marah-marah tu boleh lagi dia cium pipi aku...gigit tangan aku.. hinggap ke kaki aku...
Kadang-kadang bawak geng-geng dia lagi.
Mana tak hangin!

So, harini aku tekad!
Balik rumah JE terus aku mengadu dengan housemate aku pasal dia.


“Aku semalam tak boleh tidur dengan tenang sebab dia. Tadi pula banyak ekor pulak yang masuk kereta aku. Kau, tolong ajar dia-dia tu. Kalau boleh bagi cara nak bunuh dia tu” 

Dan housemate aku dengan spontan balas,
“Bagi aku nama lengkap dan alamat si nyamuk tu, nanti dah dapat kau bagi aku. Nanti aku buat report polis. Kalau aku free aku sendiri tolong kau bunuh"

HAAHAHAH..Aku cuma mampu gelak.. 
Lawak..
Iyalah sebab dengan nyamuk, aku beria nak kecoh-kecoh bagai!.
Haaaa nyamuk??
Haah.. nyamuk je!!






Wednesday, February 12, 2014

Scary huh! Tapi bukan sebab hantu

Aku cuba kita bayangkan...
kalaulah benda dalam dunia ni ada perasaan marah, sayang, suka, menyampah, takut dan segala macam perasaan lagi.

Bila dicubit akan meng “aduh!”
Bila dicuit akan ketawa!
Bila dimarah akan menangis!
Bila sayang akan bahagia!

Agak-agak makin tenteram atau makin kelam-kabut.
Cuba diberi contohnya, apabila benda-benda ini diberi atau dipinjamkan sekejap perasaan..


1) Kereta
Akan sedaya upaya untuk tidak membawa laju kerana takut dirinya mati sia-sia. Atau mungkin wujud perasaan bongkak bila ada aksesori canggih dan terkini.

2) Television
Takkan menayangkan cerita-cerita yang berunsur maksiat dan hiburan berlebihan kerana takut akan mendapat dosa serta bakal
diseksa.

3) Facebook
Takkan meletakkan gambar yang bukan-bukan dan takkan komen merapu kerana takut dituduh memfitnah

4) Lif
Cuba sedaya upaya lari dari perasaan gayat yang takut ke tingkat tinggi. Ada juga yang cemburi sesama lif bila ada lif lain hanya melepak di level G sahaja.

5) Tangga
Akan menyumpah seranah manusia kerana selalu dipijak dan dijadikan tempat pembuangan najis oleh mereka yang tak tahu beza antara jamban dengan tangga

6) Handphone
Akan muntah hijau bila dengar ayat-ayat jiwang dari pemabuk cinta dan akan menutup mata dari melihat melihat video yang tak berapa manis.

Dan bermacam-macam benda lagi..
Scary huh!!
Mungkin ya~ dan mungkin tak~
Terpulang sekali lagi pada individu..
Tapi bila tanya aku jawapannya Y.A..!





Tuesday, February 11, 2014

Bila monyet pun gelak baca entry ni

Stress kerja kalau bawa ke rumah memang tak boleh jadi.
Silap-silap rumah pulak jadi medan perang..
So, bila dah habis je waktu kerja perlu terus kemas semua file-file..
Termasuk sekali segala benda yang dalam kepala otak korang.
Simpan dalam laci meja.
Kunci...
Kalau ada locks mangga or grill even better.
Or....
If ada budget lebih suruh bos tempah almari besi yang ada pasword pusing-pusing tu.
Power beb!

Yang penting jangan bawak ke rumah ur stress and kerja-kerja office.
Jadikan rumah anda sebagai one of your peaceful place to stay.
Bak kata orang rumahku syurgaku gitu.
:)

Worse case!!
Kalau your stress still ikut balik ke rumah.
Cari la bahan-bahan yang boleh make your life happy.
Macam read comic or novel.. (If korang tu aku ni jela bahan bacaan yang dipilih)
Watch funny movie...
Doing your fv activities..
Etc.

Worse cases two!!
If fail jugak, since tak de bahan nak di telaah.
Meh aku kongsikan satu tips yang boleh kasi korang gelak besar.
If tak besar pun, gelak kecik pun gelak la.
Aku ok je.Hihihi...
Tips pilihan kali ni adalah :

TIPS HILANGKAN BORING SEMASA DI DALAM LIFT .

1. Ketika anda hanya berdua dengan org yang tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian berpura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka mengerang kesakitan sambil pegang kepala anda sendiri kemudian menjerit sekuat hati... "diam, semuanya diam..!"

3. Bawa la kamera dan ambil gambar semua orang yang ade kat dalam lif tu.. kita tengok respond diaorang macam mana.

4. Pindahkn meja kerja anda ke dlm lif.. jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji...

5. Berpura-pura menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang..

6. Ketika pintu menutup, beri pengumumuan kepada semua orang supaya supaya" bertenang, jangan panik.. pintu itu nanti pasti akan terbuka lagi..."

7. Buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah " eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"

hahahahaha......~
Amacam.... boleh gelak sakan kan baca..
Or tak???

Worse cases three!!
Ok, i am surrender.
Go meet and set appointment with your doc now.
Sebab those monkey and sea lion pun gelak baca ni..
Hihihihiiiiiiiiiiiiiiii
ngilai macam hantu la pulak ( =.=")





Monday, February 10, 2014

Bila budak nakal dan belum mature rindu seseorang

Today I get some energy to do everything,
all because I get heard my mom’s voice.
Even she not feeling well but she still call to know how their daughter was doing.
Is she fine?

I know that I try not to make she worried about myself.
I pretend not call and share my problem with her.
I act like strong woman..
but still, mom know everything.

She can feel what was wrong.
So she gives their support and talk with me softly.
That makes me feel better.
Not only care but love..
fell like she hug me tightly even just in telephone.
So I am really want to by her side right now!

Huhu..sad already. T.T
I like to share one phase special to you.
Yes YOU.. MUM..


so please listen to it.::

When… I begin to waddle around on my feet.
When.. I hold my mom’s hand and go to school.
When.. I look into the mirror worrying about my acne.
When.. I worry over what career I’ll choose.
When.. I find someone I love and get married.
When.. I have a family that I care for more than myself.
Whenever that might be, I will always remember that my mom laughed and cried with me.
Whenever that might be, if I call for my mom, she’ll come to me from whenever she is.
I really know that…..
Mom you are my everything..
I love you….
And I will love you even more….

With load of load of love.
Sincerely your notty daughter..
Yeah I think I am.

LOVE LOVE LOVE !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...