Teman, kawan atau sahabat

Tinggal seorang diri.
Duduk seorang diri.
Berjalan seorang diri.
Makan seorang diri.

Sepi tanpa teman.
Sepi tanpa kawan.
Ada yang tanya aku, "ada beza ke teman dan kawan"
Sungguh ada beza.
Tapi aku malas nak bercakap.
Takut nanti berlakunya perdebatan.
Perdebatan yang tiada pengakhiran pada percakapan..
Tapi pengakhiran pada perhubungan.

Jadi aku lari dari mereka.
Lari jauh... dan jauh...
Sampai tidak lagi melihat kelibat wajah mereka..suara mereka..ejekan mereka.

Teman dan kawan?
Mana satu yang aku ada sekarang.
Teman yang dulu gelak ketawa bersama..
Kawan yang dulu gelak ketawa bersama..
Hanya pergi bila aku berduka.
Pergi bila aku susah.
Bersama konon?
Bersama bersebab mungkin.
Kerana wang... kerana kebendaan.. kerana pangkat.. kerana nama..

Menangis?
Aku tak selemah itu.
Sebab aku dah biasa dengan semua itu.
Cuba terkilan.
Cuma terguris.
Tapi itu membuatkan lebih kuat dan berhati-hati memilih seseorang.
Seseorang yang betul-betul mahukan hubungan seakrab teman dan kawan.
Bukan hubungan seakrab tekan dan kedepan (touch and go)

Dalam keadaan aku..
Tinggal seorang diri.

Duduk seorang diri.
Berjalan seorang diri.
Makan seorang diri itu..

Ada seseorang yang berdiri depan aku.
Bukan menghalang.
Tapi....
Menghulurkan tangan salam perkenalan.
"Boleh saya jadi sahabat dunia akhirat awak"
Dalam senyuman.
Dalam keikhlasan.

Sahabat~
Oh, itu yang aku cari.

Post a Comment

0 Comments