Tuesday, January 28, 2014

Tiga cerita berlainan kisah

First scenario:
Cik…and Puan..
Puan kalau di view dari sudut professionalism…
someone yang tinggi darjat instead of cik.
That what I was thinking.
The difference because of the status which not guarantees all outsiders (customers/clients) might know.
Single and married..

The reason why I mentions this because..
I do used to be called as Puan especially when in an-email conversation with customers or clients.
Even, dalam phone pun dyorang (especially Govn sides) akan panggil aku Puan.
Banyak kali.
So, for gelaran Puan tu aku biasanya go with it je.
Boleh berlagak sikit.
Buat suara kasar ala-ala Ella, then asked them back
“YES! SEPIKING. IS THERE ENI PEREBOLEM WHICH I KEN HEP YU SER?”
Hahahaha…
Kidding~

From my honest views: Okey, if that thing gonna happen to me again, I just can accept it.

Second scenario:
Mr and Mrs
Have the same alphabets which are ‘M’ for the first and ‘R’ for the second
The only difference is “S”, for the last alphabet.
So, if there is someone make the silly mistake to called Mr as Mrs just because of ‘s’, for me itu ok.
Typo barangkali!

From my honest views: Emm okey., But that typo shouldn’t be repeated!

Third scenario:
Puan….and Encik.
Gelaran dalam bahasa melayu.
Memang jauh beza even dari ejaan perkataan mahupun maksud.
But…stilllllll….
Have once time there are called me “Encik”
Waahhhh…wahhh…
Encik instead of Puan u alls,
And…
the funnies part was,
In the CC lists of that email tu, big bosses and colleague was in the looks.
Terbaik!! Gelak kaw-kaw I dapat.

From my honest views: If that things happen lagi memang dari sudut mintak penampar memang layak sangat rasanya dapat.
=.=’





Friday, January 24, 2014

Cara buat pizza macam Domino dan Pizza Hut


Nak resepi pizza yang senang tapi rasa macam dekat Piza Hut atau Domino?
Terliur tengok iklan-iklan pizza dekat tv?  macam sedap je.. macam menarik je..
Jangan risau..
Walaupun aku bukan pemenang master chef, tapi dengan resepi ni tangan yang jarang pegang periuk kuali pun boleh menjadi pizzanya.
Waa..waahhhh...

Jom mulakan kelas masakan kita.


PIZZA 

Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 11" ):

• ** Untuk doh pizza **
• 200g / 2 cawan tepung gandum
• 20g / 2 st yis segera
• 3g / 1/2 st garam
• 5g / 1 st gula
• 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
• 1/2 cwn air suam untuk menguli

• ** Untuk sos pizza **
• 1 labu bawang besar - cincang halus
• 2 ulas bawang putih - cincang halus
• 2 biji tomato - cincang halus
• 2 sb minyak masak
• 3 sb tomato puri
• 2 sb sos tomato
• 3/4 st gula
• 1 st oregano
• garam & gula

• ** Untuk Topping **
• Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing)
• Lada benggala hijau atau merah, tomato
• Cendawan butang, bawang besar, nenas (optional)
• Keju untuk pizza

Ukeh.. dah dapat semua bahan tadi? Kalau dah boleh mula pakai apron dan basuh tangan untuk proses pembuatannya. 

Cara-cara:

** Untuk sos pizza **
1. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain (**bahan untuk sos** tadi). Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.


** Untuk doh pizza **
1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.

2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling. (if tak ada plastik cling tutup je dengan apa-apa yang boleh biarkan doh itu rehat)

3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza yang telah anda masak tadi.

6. Parut dan tabur 1/3 keju yang telah anda beli. Selepas itu taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.



SIAP!!
Dah masak boleh lah hidangkan bersama ginger bread and mushroom sup. Yummy.. Selamat mencuba. :)




Wednesday, January 22, 2014

Cantik luaran dan cantik dalaman.


Aku ada sepasang mata yang boleh melihat dunia..
Aku ada sepasang telinga yang dapat mendengar riuh rendah dan bisikan suara...
Aku ada satu hidung yang dapat menghidu bau-bauan yang pelbagai aroma..
Aku ada satu mulut yang mampu berkata-kata, mahupun hanya sengukir senyum..

Walaupun kulitku hitam…
Atau walaupun kulitmu putih…

Walaupun wajahku bulat…
Atau walaupun wajahmu bujur…

Syukur, Alhamdulillah dengan pemberian yang teristimewa ini.
Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri..
Cantik, Hodoh, Gelap, Cerah, Kuning langsat, Hitam belegam, Coklat, Kelabu asap!
Kau lain…Aku lain… tak sama!

Kalau sama.. aku dan kau kembar seiras..
Kalau sama.. aku real dan kau klon..
Kalau sama.. aku orang dan kau hantu raya..
Kalau sama.. aku nama bedah dan kau nama bedah..
Kalau sama.. opocot! Terkezut tengok diri sendiri kat depan mata sendiri di tengah-tengah kota raya, dan bukan dalam mirror mirror at the wall..

Jadi, kenapa nak jeles kepada yang cantik..
Kenapa nak mengejek kepada yang hodoh..
Kita dicipta dengan keistimewaan yang hanya diberi kepada kamu seorang dan bukan orang lain.

“Subbahanallah! indahnya ciptaan Tuhan”
Just said “Alhamdulillah, pray to Allah”

P/s: entry ini ditulis gara-gara ramai sekarang mementingkan kecantikan luaran. Pelbagai product kecantikan dibeli..dicuba..digunakan.. TAPI berapa ramai yang mementingkan kecantikan dalaman? Berapa ramai yang lihat kecantikan dalaman? Spot-check la hati masing-masing.. jangan terkantoi muka cantik putih berseri ditepek bedak, tapi hati hitam ditepek debu kotoran.


P/s ke 2: Pernah dengar produk Phytoscience Double Stemcell? Produk yang mengandungi unsur-unsur tumbuhan dan buah-buahan yang diperkaya dengan seribu kebaikan untuk kesihatan termasuk kecantikan dalaman dan luaran. Disamping mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan, fungsi utamanya juga merangsang penjanaan sel-sel baharu dengan lebih optimum bagi memulih serta menggantikan sel-sel rosak dan yang telah mati dalam badan. Tambahan daripada itu ianya bertindak pantas dalam mengekalkan kecantikan pada wajah dan kesihatan tubuh badan. Insyaallah~ dan sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut dan ingin mencuba boleh PM saya untuk tempahan. :)




Sunday, January 19, 2014

Teman, kawan atau sahabat.

Tinggal seorang diri.
Duduk seorang diri.
Berjalan seorang diri.
Makan seorang diri.

Sepi tanpa teman.
Sepi tanpa kawan.
Ada yang tanya aku, "ada beza ke teman dan kawan"
Sungguh ada beza.
Tapi aku malas nak bercakap.
Takut nanti berlakunya perdebatan.
Perdebatan yang tiada pengakhiran pada percakapan..
Tapi pengakhiran pada perhubungan.

Jadi aku lari dari mereka.
Lari jauh... dan jauh...
Sampai tidak lagi melihat kelibat wajah mereka..suara mereka..ejekan mereka.

Teman dan kawan?
Mana satu yang aku ada sekarang.
Teman yang dulu gelak ketawa bersama..
Kawan yang dulu gelak ketawa bersama..
Hanya pergi bila aku berduka.
Pergi bila aku susah.
Bersama konon?
Bersama bersebab mungkin.
Kerana wang... kerana kebendaan.. kerana pangkat.. kerana nama..

Menangis?
Aku tak selemah itu.
Sebab aku dah biasa dengan semua itu.
Cuba terkilan.
Cuma terguris.
Tapi itu membuatkan lebih kuat dan berhati-hati memilih seseorang.
Seseorang yang betul-betul mahukan hubungan seakrab teman dan kawan.
Bukan hubungan seakrab tekan dan kedepan (touch and go)

Dalam keadaan aku..
Tinggal seorang diri.

Duduk seorang diri.
Berjalan seorang diri.
Makan seorang diri itu..

Ada seseorang yang berdiri depan aku.
Bukan menghalang.
Tapi....
Menghulurkan tangan salam perkenalan.
"Boleh saya jadi sahabat dunia akhirat awak"
Dalam senyuman.
Dalam keikhlasan.

Sahabat~
Oh, itu yang aku cari.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...