Wednesday, November 12, 2014

Keseorangan Lagi

Dah biasa dengan keadaan ini
Keseorangan..
Berseorangan..

Walau pada asalnya aku datang berkumpulan
Walau pada asalnya aku datang berpasangan
The end~
Tetap dipisahkan.
Kembali pada keadaan ini
Keseorangan..
Berseorangan..

Sudah lama aku perasan perkara ini jadi pada diri aku
Sejak zaman belajar lagi
Sekolah menengah kalau tidak tersalah congak
Dan jadi ketara masa di Uni
Dan bertambah-tambah ketara masa kerja niha
Detik dan saat ini jadi buktinya

Nasib ada handphone di sisi
Terasa masih ada kawan lagi
Walaupun jarang sekali aku di-jergah ditanya khabar
Media social la tempat aku luah perasaan
Dan di media social tempat aku perhati gerak aktiviti korang oiii..
Sedar tidak sedar je
Tak tahu ia sesuatu perkara yang baik atau sebaliknya
Tapi yang pasti aku bukan paparazzi
Jauh sekali chimpanzee

Sudah jauh menyimpang
Dari tajuk asal being alone
Jangan duga berkeseorang atau berseorangan ini hanya pada mata kasar
Aku bertiga untuk pembetulan (atau mungkin lebih)
Di campur dengan si pengkianat laknatullah zaman Adam a.s

Dari situ telah membuatkan aku jadi berdikari
Aku ulang B.E.R.D.I.K.A.R.I
Ada yang cakap maksudnya hampir sama dengan berdiri di atas kaki sendiri
Aku angguk setuju
Angguk laju-laju
Sebab memang tak akan kita berdiri di atas kaki orang lain
Miski terpijak sedikit pun dah kena sound
Berdiri terus memang tempah wad ICU kot
Well said kan!!

Jadi situasi yang aku hadapi detik ini aku redha
Keseorangan...
Berseorangan..
Memang sinonim~

Dalam lab yang luas terletak
Hanya papan kekunci aku yang kedengaran
Sejuk dingin sekeliling aku buat tak rasa
Bibir kering aku basahi dengan air liur
Lip balm??
Jauh sekali ada (kalau sudi belanja satu :P)

"Tett..."
"Tetttt...teettt.."
"Tetttt...teettttt.....teeeettttt....."

Dari tadi phone aku bergerak
Walaupun in silent mode
Tapi signal vibrate masih menyesakkan

Mereka yang di office tanya pasal result untuk projek yang masih gigih aku hadap dari tadi
"Processing in progress....."
Itu je yang mampu aku balas
Berita gembira mungkin lagi sejam
Atau mungkin juga lebih
Ahhh... sampai pagi barangkali mungkin jua
Sebab aku dah tempuh dan rasa penyeksaannya itu
Tapi masa itu rasa berdua
Kini aku sendiri
Keseorangan....
Bersendirian...

Tolong ucap kata-kata semangat
Pada aku
"Thank you. I'm appreciate that !!"

....kerja aku sekarang~~~~




Thursday, November 6, 2014

Kembalinya Aku Dengan Harapan

30 Oct at 12:22 “word after word has 1 new like”

Satu notification masuk menyebabkan aku berfikir sejenak
Betul ke….?
Masih ada yang mengintai blog aku
Dan masih ada yang follow aku

Dengan rasa tidak bersalah (munggkin ada la sikiiiiittt :P)
Mata yang tadi lekat pada kertas proposal di alih pada skrin bercahaya
new tab” dibuka..
Kurang tiga saat google search engine dengan doodle Halloween keluar
Otak blur diketuk perlahan
ahhh.. aku lupa
Saat ketiga baru aku kembali menaip “shasafiez.blogspot.com

Post yang terakhir aku ditatap
Friday, July 25 2014
Luahan Hati Aku Untuk Kamu Semua

Hampir lima bulan aku tinggalkan blog ini tak bertuan rupanya
Kalaulah ber-blog ni dikenakan sewa memang entah berapa jumlah tertunggak perlu dibayar
Ringgit…Ratus… atau Ribu kah jumlahnya?
Jika benar..
Mungkin list budget yang aku buat tiap-tiap bulan perlu kembali dirombak
Setelah isu harga minyak naik sebulan yang lepas telah membawa takat didih darah aku ke paras atas
Hmmm… malas nak ingat kembali

Post yang diskrin dibaca sekilas
Muka tidak memberikan sebarang reaksi
Masih sama…
Tapi hati terdetik sesuatu
Perasaan R.I.N.D.U~~
Rindu nak menulis kembali
Rindu nak blogwalking kembali
Rindu nak chit chat kembali

Selama ini aku hanya bagi alasan tak ada masa
Padahal masa itu aku yang tentukan
Dua puluh jam sehari
Tujuh ratus dua puluh minit sehari
Dua puluh satu ribu enam ratus saat sehari
So alasan tak ada masa tu satu pembohongan yang dicipta
Cuma perlu disuntik sedikit bius kerajinan

Dengan itu aku re-loading mood
Re-format behavior
Re-install new internal power
To begin with….

*Blank*

Proposal dah siap!!
Suara garau dari belakang memasuki lubang telinga tanpa sebarang tapisan
On going…….




Friday, July 25, 2014

Luahan hati aku untuk kamu semua

Harini mood raya kian terasa..
Office tinggal separuh.
Ramai yang balik kampung oii.
Yang masuk pagi pun, ambil half day je.
Aku masih di sudut itu....
Kerja~

Lagu raya berkumandang~
Dari satu lagu, ke satu lagu.
Banyak versi.
Tapi yang lama juga lekat di hati.
Diselang-seli dengan ketawa sembang.
Mood kerja dah tak ada.
Jiwa dah kat kampung barangkali.
Aku...
Tetap sama.
Masih di sudut itu.. Kerja~

Jam terasa bergerak lambat.
Mata kejap-kejap merenung tepat jarum.
"bergerakkah??"
Tik... tikk...
Sesaat jam bergerak bagaikan tak ada beza.
Sebab aku masih di sudut itu.....
Kerja~

Manusia yang berlalu depan aku seorang demi seorang.
Keluar...
Masuk...
Ada yang berjalan laju.
Ada yang berjalan perlahan.
Aku cuma memerhati gelagat.
Itulah~
Sudut aku berhadapan dengan pintu keluar masuk.
Kadang kala hilang fokus.
Kerja yang sedikit pun mahu berjam-jam untuk siap.
Gangguan perasaan, bercampur baur.
"Dugaan.."
Nasib la labuuuuu....
Sebab sudut itu lah tempat aku.
Masih berkerja~

Deringan loceng rehat melegakan hati ramai pekerja.
Jumaat lagi..
Masa rehat lebih lama dari biasa.
12:45pm hingga 2.30pm
Aku menarik nafas lega.
Kekunci ditekan.. "CTRL + L"
Sudut itu akhirnya aku tinggalkan.
Tapi hanya untuk sesingkat waktu.
Sebab waktu aku mula bangun jam 1:45pm.
Tidak adil..
Kerja~

Muka merah padam.
Berlari aku meredah panas terik untuk sampai ke ofis.
Bahang mentari makin hilang bertemu dengan tiupan hawa dingin aircond.
Lega~
Kemudian sudut itu aku hampiri..
Kerusi ditarik, punggung dilabuhkan.
Bermula kembali.
Kerja~
Untuk fasa waktu kedua.
Menanti untuk deringan loceng pulang.

Akhirnya..
Selepas semua selesai.
Maklumat dan input dibentangkan.
Dia mengangguk faham dan puas hati.
Kertas-kertas kerja akhirnya di failkan.
Untuk rujukan dan rekod untuk next round battle.
Whatever.....
As long all the work done!! 
Mana aci during all of them enjoy the raya's mood in the office, i'm alone 'silently' struggling work.
Ohhhhhhh kerja~~ I hate u larhhhh!!!!

Tinggal beberapa minit jam pulang.
Semua sudah sedia dengan beg dan laptop masing-masing.
Loceng berbunyi dan semua happy.
"Selamat Hari Raya....."
"SELAMAT HARI RAYA......"
"SELAMAT HARI RAYA!!!"
Seorang demi seorang mengucapkan sebelum melangkah keluar.
Yang lelaki... yang perempuan...
Bersalam-salaman.
Kesempatan itu diambil.
Maaf dipohon...
Dengan harapan kosong....kosong....

Semua sistem di matikan.
Host unit..
Aircond...
Printer...
SemuaNYA~
Untuk ke sekian kali pada hari ini.
Hati girang..
Bibir mengukir senyuman..
Sudut itu akhirnya aku tinggalkan.
Jumpa kembali minggu hadapan.
Kerja~
SWITCH OFF!!

p/s: To all viewers yang beragama ISLAM dikesempatan ini saya "owner blog" ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat keterlanjuran tulisan... maklumat.... perkongsian.... bebelan.... dan semua sekaligus dari mula hingga post terkini INI dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
selamat hari raya 2014









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...