Wednesday, December 25, 2013

Makan banyak tapi masih boleh sihat

Makan banyak tak salah..
Betul memang tak salah..
At least masa makan tu...
Apa yang kamu makan tu...
Benda yang kamu makan tu..
Kena betul..

Contoh:

1. Banyakkan makan buah. Sebab buah adalah salah satu makanan yang membolehkan anda mencerna dengan lebih mudah.


2. Masa atau aturan makan perlu lah betul. Perlu makan dan mesti makan sarapan. Jangan skip sarapan. Take note that!. Kalau nak skip pun, korang boleh skip lunch.. Banyak daripada korang skip sarapan dan dinner. Padahal, tak perlu pun skip makan sarapan or dinner ukeh. Waktu dinner tu paling baik waktu selepas magrib. Senang cerita adalah bersamaan waktu berbuka puasa. Waktu yang cukup untuk makanan anda makan tu hadam sepenuhnya sebelum tidur. INGAT.. jangan makan tegah malam walaupun perut anda mintak diisi. If kena juga, minum je susu or ambil beberapa biji durian kurma/kismis.

3. Elakkan makan manisan yang banyak. Tak kira gula atau susu. Susu kat sini adalah susu pekat yang lemak berkrim dan disukai oleh semut bila tidak simpan dalam fridge. Susu segar tu no problem!


4. Makan...makan...makan... tapi still kena makan dan ambil vitamin. Vitamin itu perlu. Tak kira vitamin c, multi complex, omega, zat or others yang perlu bagi kesihatan badan. Cari dekat famasi dan tanya kepada yang pakar dekat sana yang sedia membantu.

5. Makan makanan yang anda masak sendiri. (Bak kata abe aaron aziz). Sebab makanan yang kat luar tu kadang-kadang tak semuanya sihat. Especially yang bab-bab makanan yang cepat tu.. Paham ke maksudnye? Fast food yo... Semua kombinasi tu make you F.A.T.. and totally please dont make it as your best friends.


Rite it this just the random information, but yang random ni la yang sering kita termasuk aku sering buat. Lets make the first move to be a healthy person. Bright smile for you..




Badan kurus pun kena exercise

Badan kurus tapi tak exercise pun tak jadi juga.
Badan besar tapi tak exercise lagi la tak jadi.

Jadi....
Bila fikir balik last aku ber-excercise adalah zaman belajar dulu.
Zaman belajar??

(bersiul-siul, tanda tak bersalah..=.=)

Itu pun secara tak langsung since kelas dengan kolej tempat tinggal jauh nun kat sana.
Nak tunggu bas, memang taklah.
Mesti kena tunggu setengah jam awal dari waktu kelas.
Means kalau kelas pukul 8.oo, pukul 7.3o tu dah kena ada kat bus stop.
And posisi aku masa setengah jam tu masih kat bilik air.
Takpun baru nak bangun tidur..
HUUUU.... bad habit of mine dah terbongkar.
ehemmm... (adjust suara..)
"Itu dulu... sekarang dah tak buat dah..." :p

And secara tak langsung juga dulu aku involve dengan sukan pingpong and recreation club.
So untuk keluar peluh tu ada peluang jugak la.
Tak pun tunggu musim university sport carnival.
Sure nama aku akan di-list-kan secara tak langsung untuk sukan maraton 1500 meter lari.
Tanpa tanya, aku dah kena masuk.
Ewaahhhh....ewaahhh...
"Tak ada orang la. So ko jadi wakil ukeh.. Nama aku dah bagi dekat dyorang..."
See... how easy untuk aku keluarkan peluh tanpa izin.
Ingat 1500m tu dekat sangat  la kan... macam pergi jalan-jalan skipping dekat track je..
Hmmm...

So, bila dah start keje ni.
Memang aku betul-betul menatang minyak peluh yang penuh betul dekat badan.
Sayang nak keluarkan.
Lemak-lemak pun seronok je berada di setiap pelusuk pipi, lengan dan peha.
Makin hari makin comel.

Ada ke patut?
So, start next year..
Antara list yang aku kena masukkan adalah "EXERCISE"
Yeahh... (adus...kena pergi kedai beli sport shoes ni... alasan lagi!!)


 
Huhh..huhhh! 1...2....3.....4......




Amboi... amboi... amboi....

Amboi.. amboi... amboi...
Amboiiiiiii..!

Hujung-hujung tahun ni ramai yang berpakat nak habiskan sisa dan baki cuti.
Ada yang berpuluh-puluh hari lagi.
Ada yang berbelas-belas hari lagi.
Ada yang berhari-hari hari lagi.
dan yang dah tak berhari ni duduk jela melakukan tanggungjawap sebagai pekerja yang ber-daddy berdedikasi.

Amboi...amboi...amboi...
Amboiiiiiiii...!

Hujung tahun ni banyak company yang bagi bonus.
Dengarnya bonus empat bulan gaji..
Dengarnya bonus tiga bulan gaji...
Dengarnya bonus dua bulan gaji...
Dengarnya bonus sebulan gaji...
Dengarnya bonus setengah bulan gaji..
Paling kurang pun, dengar dapat elaun lima ratus hingget.
dan yang dah tak dapat bonus plus elaun ni duduk jugak la melakukan tanggungjawap sebagai pekerja chon-toh.

Amboi... amboi... amboi...
Amboiiiiiiiiiii.....!

Hujung tahun ni banyak company bagi tajaan percutian bersama staf.
Staf vacation atau family day gitu.
Ada yang berholiday together dekat obersi.
Ada yang berholiday together dekat dalam negara je, tapi tepi laut.
Ada yang berholiday together sambil bershopping (syarat pakai duit poket sendiri, company tak support)
dan yang tak kemana-mana ni duduk je together juga dalam office sambil ditemani file-file projek.

Amboi... amboi... amboi....
Amboiiiiiiiii.......!

Post ni bukan dituju khas untuk aku.
Memang bukan...
Sipi-sipi pun bukan...




Betul....!!!  (sob..sob... kesat air mata)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...