Monday, September 2, 2013

Perbincangan tentang kenaikan harga minyak

Jam di laptop menunjukkan waktu 1101PM
Tinggal 59 minit lagi nak masuk ke hari lain
Hari ini masih lagi Isnin, 02092013
Besok hari baru Selasa, 03092013

Masih tak mandi sejak balik kerja tadi.
Bukan malas, tapi dah jadi kebiasaan mandi lewat.
Dan lewat kat sini menjadi semakin lewat.
(entah kalian paham apa yang aku nak sampaikan disini)

Masih duduk di atas katil.
Melayan kerenah kawan-kawan di Facebook.
Topik hangat malam ni berkisarkan kenaikan harga minyak.
Tak banyak, hanya 20 sen untuk ron95 dan diesel.
Tapi bagi orang seperti aku kenaikan ini satu bebanan.
Bebanan yang terpaksa ditanggung kerajaan, tetapi kita sebagai rakyat yang terpaksa bekorban.
Adil ke?
Jawapan aku tidak.

Sepatutnya bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat, sebagai sebuah kerajaan yang perihatin mereka yang perlu bekorban.
Ramai yang merungut..Ramai yang mengeluh..
Termasuk aku.
Bukan tak bersyukur, tapi kami dah letih dan jemu mengalah.
Janji yang tak memberikan khabar gembira pada akhirnya.
Selalunya begitu.
Aku pasti.

Tak kurang ada yang ketawa di sebalik sendiwara ini.
Mereka memperlecehkan rungutan kami ini.
Mereka menepis dakyah-dahyah yang sedikitpun tidak memberi kesan kepada mereka.
Langsung tidak..
Poket mereka berisi.
Tak macam kami.
Tak macam aku.

Ada juga yang duduk diam tak memberikan sebarang komen.
Nak kata dia setuju. Macam tidak~
Nak kata dia bangkang. Pun macam tidak~
Diam. Itu lebih selamat.

Tapi aku masih tidak puas hati.
Tak tahulah kamu? Anda?
Cuba fikir..
Bukankan negara kita salah sebuah negara pengeluaran minyak dunia?
Dan antara salah sebuah negara pengeluaran minyak yang terbaik?
Tapi kenapa kami terpaksa bayar lebih untuk hasil dari tanah air sendiri.
Hasil galian semulajadi, kurnian dari yang Esa pada makhluknya.

(Mengeluh sendirian)
Aku pasti topik ini takkan padam dalam perbualan setiap orang pada keesokkan hari.
Tapi mungkin takkan lama, sebab ia akan kembali seperti sediakala.
Sebab mereka akan lupa.
Kan melayu mudah lupa~


Berikanlah aku sayap, untuk aku bebas merentasi lautan dan benua.
End : 1137PM



Renung dan terasa

Pantun terasa:

Baju Nipis Nampak Bayang,
Peha Gebu Saja Ditayang,
Lebih Baik Tak Pakai Baju Senang.
Dah Tentu Bole Tunjuk Terang Terang

Baju Ketat Seluar Pulak Sendat
Pakai Tudung Pula Just Ikat Ikat
Dari Mula Memang Sangat Bukan Adat
Disudut Agamapun Gaya Tak Berkat

Tudung Jarang Baju Nipis,
Pakai Sikit Bole Nampak "Garis',
Mata Orang Terbeliak,Kita Membengis,
Bila Kena Kutuk,Kenapa Menangis?

Lengan Pendek,Blaus Gantung,
Jeans Ketat Melekat Dipunggung,
Jadi Orang Islam Ni Sebenarnya Beruntung,
Agama Tak Penah Suruh Berbungkus Macam Pocong

Apa Rasanya,Kepala Bertudung,Kain Terbelah?
Kalau Takat Rambut Orang Kurang Ghairah,
Lain Kalau Peha Gebu,Atau Ternampak Lurah,
Mata Yang Memandang Bole Keluar Darah,

Kebaya Ketat,Kain Terbelah,
Ikat Tudung Pula Macam Tak Sudah,
Nak Ikut Suruhan Agama Memang Tak Mudah,
Tapi Islam Itu Sebenarnya Terlalu Indah.

Tutup Aurat Bukan Suruh Berselubung,
Sampai Tak Nampak Muka Dan Hidung,
Yang Faham Tuntutan Agama Amat Beruntung,
Tak Lah Bersungut,Mulut Pun Muncung.

Dah Kalau Mula Minat Nak Bertudung,
Cubalah Sesuaikan Apa Yang Disarung,
Kalau Masih Rasa Jiwa Tu "Mendung",
Makna Nya Nafsu Tu Belum Dapat Dibendung.

Bertudung Itu Bukan Satu Paksaan,
Ianya Lebih Kepada Keinsafan,
Selalunya Nafsu Masih Dikuasai Hasutan Syaitan,
Itulah Pasal Trend Fesyen Yang Bukan Bukan.

Asal Menutup Aurat Itu Tuntutan,
Kalau Dianggap Susah,Tu Sebab Bosan,
Yang Ye Nya Hati Sangat Tak Berkenan,
Tu Lah Yang Berjela Jela Mencipta Alasan.

Menutup Aurat Satu Syariat,
Kepada Agama Kita Taat,
Hidup Berkat,Pahala Berlipat Lipat,
Didunia Kita Selamat,Akhirat Nanti Hebat.

#syurga neraka pilihan anda........(kopipasta)

Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut tunduk..
end: wsalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...