Thursday, December 19, 2013

Tinggal kenangan

Terkenang memori ~
Dulu bila petang hari tak sabar rasanya nak keluar rumah.
Bukan sebab nak kejar level game candy crush.
Tapi sebab nak gather dengan kawan sejiran.
Main lontar selipar la... main teng teng... main polis santri (not sure urs side panggil apa).. main galah panjang.. main batu seremban.. main penutup botol... main tang duduk... dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang balik rumah berpeluh satu badan.
Tu belum masuk habis kotor seluar baju..
Emak pandang slack je kat anak dia ni.
dan aku hanya mampu berkata "BREEZE kan ada.."
zruuppppp!!! (tiba-tiba aku rasakan sesuatu) 
sebab itu hanya mampu berkata dalam hati je, cubitan kasih sayang lebih cepat hinggap di betis. =.='
Adoiyya.. heee...

Janji dengan emak tak buat lagi.
Tapi selang satu hari lepas tu broke the rule again..and AGAIN!!
Kali ini emak pasrah.
Kali ni emak cakap "Bertuah punya anak..."
YES....haha..

Tapi ini cerita bertahun-tahun dulu.
Sekarang budak-budak lebih kepada gadget..teknology...
Mana la nak tahu main permainan klasik macam tu.
Old skul katanya.

Sekarang yang diaorang tahu main game dalam gadget.
tak  kira sebesar mana screen, mata hanya tertumpu kepada apa yang dimainkan.
Tak hiraukan sekeliling.
Hidup dalam fantasi.
Hidup dalam keseronokan maya.
Kanak-kanak...remaja...atau dewasa...
Leka dengan dunia sendiri.

"Meeekkkk.. sorri lama buat kau tunggu kat stesen ni. Jem la..."
"Opocot!! Datang tak bagi salam. Main sergah je dari belakang. Terperanjat weyh"
"Kau tu yang mengelamun, salahkan aku pulak. Dah-dah jom gerak. Karang lambat pulak sampai rumah"
"Understoooooodddd.. Jom-jom"

Sebelum bergerak aku pandang kembali sekeliling.
Mereka masih dengan pandangan di screen yang di tangan.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...