Saturday, December 21, 2013

Tegur vs Sentap

Berterus terang bukannya senang.
Takut terguris perasan pihak yang ingin ditegur.
Silap-silap hilang kawan dan bermasam muka.
Orang kata ianya “lumrah…”
Tapi bagi aku itu bukan lumrah yang sepatutnya dipersetuju dan dihadam tanpa di buat pembetulan.

Bila belajar dulu pun, salah sikit dah kena buat pembetulan.
Bukan salin satu ayat, tapi penuh satu muka surat.
Kadang-kadang berkajang.
Semuanya membuatkan kita ingat dan tak mengulangi kesalahan yang sama.

Bila tengok balik..
Itu baru dari segi teori dan penulisan.
Kalau dari segi aplikasi dan perbuatan?
Tak ke lebih teruk kalau tak diperbetul dan ditegur?

Diam sejenak memikirkan~
*************

Sebab kebanyakan dari kita terutama orang melayu mudah tersentap.
Tegur sikit melenting.
Tegur sikit marah.
“Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain”, tu yang biasa sangat keluar dari mulut mereka.
Mereka yang tak dapat terima kritikan dan teguran.

Bukan ke tanda kita tegur sebab kita concern..?
Sebab kita sayang…?
Sebab kita mahukan yang terbaik…?

Itu gunanya bersaudara se-islam.
Saling tegur dan ingat mengingati.
Tak salah.
Cuma meraka yang tak berani terima kenyataan yang mereka salah.

We care... we love. We are brothers and sisters.







2 comments:

Cik Anis said...

org yg sentap tu ego dia tinggi menggunung...Cik Anis penah ad pengalaman tegur vs sentap ni..

shasa_fiez said...

@Cik Anis :: yup, memang betul. ego + tak boleh terima teguran orang lain. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...