Tuesday, December 31, 2013

Semangat tahun 2014

Hepi new year in advance..
New Hijrah...
New Azam..
New Istiqamah..

Yang aku akan cuba lakukan.
Walaupun azam yang lepas tak dan belum ditunaikan..
Kita tinggalkan yang lepas.
Pandang ke depan.

Forget what in the past.
Lets all them become memories.
Keep looking what in the future.
Lets all them become new experience.

Kita corakkan hamparan baru.
Muka surat baru.





Wednesday, December 25, 2013

Makan banyak tapi masih boleh sihat

Makan banyak tak salah..
Betul memang tak salah..
At least masa makan tu...
Apa yang kamu makan tu...
Benda yang kamu makan tu..
Kena betul..

Contoh:

1. Banyakkan makan buah. Sebab buah adalah salah satu makanan yang membolehkan anda mencerna dengan lebih mudah.


2. Masa atau aturan makan perlu lah betul. Perlu makan dan mesti makan sarapan. Jangan skip sarapan. Take note that!. Kalau nak skip pun, korang boleh skip lunch.. Banyak daripada korang skip sarapan dan dinner. Padahal, tak perlu pun skip makan sarapan or dinner ukeh. Waktu dinner tu paling baik waktu selepas magrib. Senang cerita adalah bersamaan waktu berbuka puasa. Waktu yang cukup untuk makanan anda makan tu hadam sepenuhnya sebelum tidur. INGAT.. jangan makan tegah malam walaupun perut anda mintak diisi. If kena juga, minum je susu or ambil beberapa biji durian kurma/kismis.

3. Elakkan makan manisan yang banyak. Tak kira gula atau susu. Susu kat sini adalah susu pekat yang lemak berkrim dan disukai oleh semut bila tidak simpan dalam fridge. Susu segar tu no problem!


4. Makan...makan...makan... tapi still kena makan dan ambil vitamin. Vitamin itu perlu. Tak kira vitamin c, multi complex, omega, zat or others yang perlu bagi kesihatan badan. Cari dekat famasi dan tanya kepada yang pakar dekat sana yang sedia membantu.

5. Makan makanan yang anda masak sendiri. (Bak kata abe aaron aziz). Sebab makanan yang kat luar tu kadang-kadang tak semuanya sihat. Especially yang bab-bab makanan yang cepat tu.. Paham ke maksudnye? Fast food yo... Semua kombinasi tu make you F.A.T.. and totally please dont make it as your best friends.


Rite it this just the random information, but yang random ni la yang sering kita termasuk aku sering buat. Lets make the first move to be a healthy person. Bright smile for you..




Badan kurus pun kena exercise

Badan kurus tapi tak exercise pun tak jadi juga.
Badan besar tapi tak exercise lagi la tak jadi.

Jadi....
Bila fikir balik last aku ber-excercise adalah zaman belajar dulu.
Zaman belajar??

(bersiul-siul, tanda tak bersalah..=.=)

Itu pun secara tak langsung since kelas dengan kolej tempat tinggal jauh nun kat sana.
Nak tunggu bas, memang taklah.
Mesti kena tunggu setengah jam awal dari waktu kelas.
Means kalau kelas pukul 8.oo, pukul 7.3o tu dah kena ada kat bus stop.
And posisi aku masa setengah jam tu masih kat bilik air.
Takpun baru nak bangun tidur..
HUUUU.... bad habit of mine dah terbongkar.
ehemmm... (adjust suara..)
"Itu dulu... sekarang dah tak buat dah..." :p

And secara tak langsung juga dulu aku involve dengan sukan pingpong and recreation club.
So untuk keluar peluh tu ada peluang jugak la.
Tak pun tunggu musim university sport carnival.
Sure nama aku akan di-list-kan secara tak langsung untuk sukan maraton 1500 meter lari.
Tanpa tanya, aku dah kena masuk.
Ewaahhhh....ewaahhh...
"Tak ada orang la. So ko jadi wakil ukeh.. Nama aku dah bagi dekat dyorang..."
See... how easy untuk aku keluarkan peluh tanpa izin.
Ingat 1500m tu dekat sangat  la kan... macam pergi jalan-jalan skipping dekat track je..
Hmmm...

So, bila dah start keje ni.
Memang aku betul-betul menatang minyak peluh yang penuh betul dekat badan.
Sayang nak keluarkan.
Lemak-lemak pun seronok je berada di setiap pelusuk pipi, lengan dan peha.
Makin hari makin comel.

Ada ke patut?
So, start next year..
Antara list yang aku kena masukkan adalah "EXERCISE"
Yeahh... (adus...kena pergi kedai beli sport shoes ni... alasan lagi!!)


 
Huhh..huhhh! 1...2....3.....4......




Amboi... amboi... amboi....

Amboi.. amboi... amboi...
Amboiiiiiii..!

Hujung-hujung tahun ni ramai yang berpakat nak habiskan sisa dan baki cuti.
Ada yang berpuluh-puluh hari lagi.
Ada yang berbelas-belas hari lagi.
Ada yang berhari-hari hari lagi.
dan yang dah tak berhari ni duduk jela melakukan tanggungjawap sebagai pekerja yang ber-daddy berdedikasi.

Amboi...amboi...amboi...
Amboiiiiiiii...!

Hujung tahun ni banyak company yang bagi bonus.
Dengarnya bonus empat bulan gaji..
Dengarnya bonus tiga bulan gaji...
Dengarnya bonus dua bulan gaji...
Dengarnya bonus sebulan gaji...
Dengarnya bonus setengah bulan gaji..
Paling kurang pun, dengar dapat elaun lima ratus hingget.
dan yang dah tak dapat bonus plus elaun ni duduk jugak la melakukan tanggungjawap sebagai pekerja chon-toh.

Amboi... amboi... amboi...
Amboiiiiiiiiiii.....!

Hujung tahun ni banyak company bagi tajaan percutian bersama staf.
Staf vacation atau family day gitu.
Ada yang berholiday together dekat obersi.
Ada yang berholiday together dekat dalam negara je, tapi tepi laut.
Ada yang berholiday together sambil bershopping (syarat pakai duit poket sendiri, company tak support)
dan yang tak kemana-mana ni duduk je together juga dalam office sambil ditemani file-file projek.

Amboi... amboi... amboi....
Amboiiiiiiiii.......!

Post ni bukan dituju khas untuk aku.
Memang bukan...
Sipi-sipi pun bukan...




Betul....!!!  (sob..sob... kesat air mata)





Saturday, December 21, 2013

Memo atau random

Semalam my HOD tanya "how long had you been here?"
Aku blur..
Tak paham apa yang dilontarkan, cuma lihat mulutnya terkumat-kamit (betul ke penggunaan kata ganda ni?)

Ohh aku cuba senyum walaupun tak dapat tangkap apa yang telah dikatakan.
Earphone sebelah telinga dikeluarkan.
Menjadi kebiasan untukku mendengar lagu apabila banyak kerja yang pending dan ingin disiapkan.
"For concentration" alasan yang kukuh rasanya.
Bosses kat sini pun tak menghalang since we are in open working environment.
Each department in the same level and floor.
So bagi mengelak dari gangguan suara-suara halus dan kasar, aku biasanya sumbat earphone.

"Sorry En As?"
Polite...and asking for forgiveness..
"how long had you been here?" "working here?"
Glupp.. air liur ditelan melepasi kerongkong.
Kepala recall the date.. menggunakan jari untuk kiraan bulan.
"Julai...Ogos...September....Oktober....November....December...."
 "Almost six months kot"
"Ohh... dah six months. Kejap je. Like... I tough u baru started two day before"
Buat kelakar yang tak membuatkan aku ketawa.
"I guest so.. baru two day back working here. Sebelum ni kerja ADM... Aero Design."
Aku maksudkan department sebelah, which not under him.
Kali ni aku pulak buat kelakar..
Yes..!! 1-1, fair enough buat masa sekarang. 
"HAHAHA" masing-masing pandang. Gelak juga akhirnya.


"Just asking" katanya..

********

Ini adalah company yang ke-tiga aku bekerja selepas tamat belajar setahun setengah yang lepas.
Pertama company under design dan construction (atas tanah)
Kedua company stone world.. natural creature which marble and granite (dalam tanah)
Present company earo composite.(atas tanah. awan...)

Most great experiences... kesemuanya.
Banyak belajar benda baru yang kadang-kadang lari jauh dari apa yang di ambil kat Uni dulu.
Itulah kehidupan. LIVE..
It can be an awesome thing if you really Live it. Appreciate it. Savour it. Celebrate it. and Embrace it.

P/s:: Just random story, but could be note down in my diary.




Tegur vs Sentap

Berterus terang bukannya senang.
Takut terguris perasan pihak yang ingin ditegur.
Silap-silap hilang kawan dan bermasam muka.
Orang kata ianya “lumrah…”
Tapi bagi aku itu bukan lumrah yang sepatutnya dipersetuju dan dihadam tanpa di buat pembetulan.

Bila belajar dulu pun, salah sikit dah kena buat pembetulan.
Bukan salin satu ayat, tapi penuh satu muka surat.
Kadang-kadang berkajang.
Semuanya membuatkan kita ingat dan tak mengulangi kesalahan yang sama.

Bila tengok balik..
Itu baru dari segi teori dan penulisan.
Kalau dari segi aplikasi dan perbuatan?
Tak ke lebih teruk kalau tak diperbetul dan ditegur?

Diam sejenak memikirkan~
*************

Sebab kebanyakan dari kita terutama orang melayu mudah tersentap.
Tegur sikit melenting.
Tegur sikit marah.
“Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain”, tu yang biasa sangat keluar dari mulut mereka.
Mereka yang tak dapat terima kritikan dan teguran.

Bukan ke tanda kita tegur sebab kita concern..?
Sebab kita sayang…?
Sebab kita mahukan yang terbaik…?

Itu gunanya bersaudara se-islam.
Saling tegur dan ingat mengingati.
Tak salah.
Cuma meraka yang tak berani terima kenyataan yang mereka salah.

We care... we love. We are brothers and sisters.







Friday, December 20, 2013

Fobia Part 1 : Presentation depan kelas

Having a blog seem to be very easy.
Just need to sign up from blogspot.com and wallaa...
I am a blogger yoo..

But updating the post seem so so and so hard on me.
The idea like stuck in my brain.
Even sometime there are alot and lot of story wanna be tell.

That was not like when i was a student before.
Everyday seem so excited to update the post.
Stories about students life.. with friend, classes, lecture, club, sports and even story of makcik tukang masak.
Eveyday gossiping je kerjanya..

The day when i truly enjoying the student life and also suffering with the tests, quizzes, examinations, projects and presentation.
Huhhhhh! so lega bila fikir segala azab tu dah berakhir especially the presentation part.
"i do NOT like to do presentation"
Seriously, I have a physical reaction to getting up in front of the class, like i'm almost allergic.
Allergic equal to serious cases kan??
It starts with the flush and soon breathing hard and later voice gets shaky and heart goes hay wire and finally get dizzy and wobbly..
hohoho...so deep explanation yea..
And macam teruk sangat bunyinya tu... =.='

Ukeh, actually that is not like the worse and serous as that pun.
Saja buat havoc...hovoc...oooo... havoc....havoc (like Joe Flizo's song tetiba)
It happen kalau aku memang betul-betul tak prepare.
Present tanpa sticky not and main belasah je.

If tak, it was enjoy  kot.
Yela bila masa lagi dapat peluang men-capap-kan (mean men-glamor-kan) diri anda di depan classmate.
Ye tak??
And i do have some tips how to overcome the fear before do the presentation.
Really...really helpful for me and may also for you.
Nanti aku bagitahu dalam update post akan datang..
Fingers crossed !! hehe..









Thursday, December 19, 2013

Tinggal kenangan

Terkenang memori ~
Dulu bila petang hari tak sabar rasanya nak keluar rumah.
Bukan sebab nak kejar level game candy crush.
Tapi sebab nak gather dengan kawan sejiran.
Main lontar selipar la... main teng teng... main polis santri (not sure urs side panggil apa).. main galah panjang.. main batu seremban.. main penutup botol... main tang duduk... dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang balik rumah berpeluh satu badan.
Tu belum masuk habis kotor seluar baju..
Emak pandang slack je kat anak dia ni.
dan aku hanya mampu berkata "BREEZE kan ada.."
zruuppppp!!! (tiba-tiba aku rasakan sesuatu) 
sebab itu hanya mampu berkata dalam hati je, cubitan kasih sayang lebih cepat hinggap di betis. =.='
Adoiyya.. heee...

Janji dengan emak tak buat lagi.
Tapi selang satu hari lepas tu broke the rule again..and AGAIN!!
Kali ini emak pasrah.
Kali ni emak cakap "Bertuah punya anak..."
YES....haha..

Tapi ini cerita bertahun-tahun dulu.
Sekarang budak-budak lebih kepada gadget..teknology...
Mana la nak tahu main permainan klasik macam tu.
Old skul katanya.

Sekarang yang diaorang tahu main game dalam gadget.
tak  kira sebesar mana screen, mata hanya tertumpu kepada apa yang dimainkan.
Tak hiraukan sekeliling.
Hidup dalam fantasi.
Hidup dalam keseronokan maya.
Kanak-kanak...remaja...atau dewasa...
Leka dengan dunia sendiri.

"Meeekkkk.. sorri lama buat kau tunggu kat stesen ni. Jem la..."
"Opocot!! Datang tak bagi salam. Main sergah je dari belakang. Terperanjat weyh"
"Kau tu yang mengelamun, salahkan aku pulak. Dah-dah jom gerak. Karang lambat pulak sampai rumah"
"Understoooooodddd.. Jom-jom"

Sebelum bergerak aku pandang kembali sekeliling.
Mereka masih dengan pandangan di screen yang di tangan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...