Friday, October 4, 2013

Mumbling

Pening.. Penat.. Punah..
Persoalannya kenapa?
Bukannya kita yang bebas memilih hala tuju sendiri
Even kalau dikongkong sekalipun, sedaya upaya kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kongkongan tersebut.

Skema ayat tak melambangkan skemanya pemikiran.
Pandai berkata-kata tak melambangkan bernasnya hujah yang dilontarkan.
Dan senyap dan bersembunyi pulak tak melambangkan kurangnya ketemadunan ilmu.

Hanya perasaan itu yang menganggu.
Perasaan yang duduk jauh dalam diri.
Jauh dan dalam untuk dicapai, tapi begitu hampir dan dekat sekali untuk dirasai.
Rasa sakit, yang sukar dirawat dengan ubatan.
Rasa gembira, yang sukar digambar dengan perbuatan
Rasa rindu, yang sukar dilafazkan dengan kata.

Saban malam hanya ditemani sinaran bulan yang tak selalunya penuh untuk menerangi kegelitaan.
Bintang-bintang juga mungkin merajuk dengan keadaan tersebut.
Aku diam..dan duduk menatapi awan yang diatas dengan harapan matahari akan bersinar mengambil tugasnya dengan sinaran.
Kalau di hadiahkan hujan sekalipun, akan ada pelangi disebaliknya.
Aku yakin..

Ini bukan ayat orang karyawan.
Ini ayat seorang budak yang minta diperhati dan diambil perhatian
-END-





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...