Monday, October 7, 2013

Mr Bean masuk islam?

Kesahihan sesuatu cerita, merujuk kepada siapa penyampai dan sumber yang mengeluarkannya.
Tak kira datangnya dari mulut seseorang.
Pandangan mata dan penyelidikan sendiri.
Atau dari bahan cetak dan cyber/maya.

Isi kandungan cerita itu yang penting.
Kebenaran dan ketelusan apa yang ingin disampaikan oleh pihak A (yang aku panggil wartawan) mestilah tidak menyinggung perasaan sebelah pihak yang lain (yang aku panggil pembaca).
Serta tidak ada penambahan-penambahan yang terpesong dari cerita sebenar.

Blogger juga di kategori sebagai wartawan.
Jika seorang blogger post and publish sesuatu di blog mereka, ia dilihat sebagai seorang penerbit bagi berita tersebut walaupun sebenarnya tidak.

Sebagai contoh berita bertajuk Rowan Atkinson tidak peluk Islam ini:

4 Okt- Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali apabila jurucakap Rowan, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam.

"Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," ujar Lucy.

Sebelum ini Islampos melaporkan berita ini mula disebar oleh sebuah laman sesawang anti Israel, Sadabladi.com yang menyatakan Rowan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim" iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad S.A.W.

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam.

Source : Tupai.com.my

So, apa motif yang aku ingin kongsikan kat sini?
Rite! the point is penting untuk sertakan sumber / source yang diambil. 
Penting dan sangat penting. Should note that!
Ini bukan sahaja untuk kebaikan korang, tapi kebaikan orang yang satu lagi.

P/s: sekadar berkongsi tips. :p






2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

kadang2 sesuatu berita yang diwujudkan itu adalah sekadar propa demi menarik pembaca...

shasa_fiez said...

@Farah Waheda Wahid :: haiiii :)
Yup, totally agreed dengan U.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...