Wednesday, September 11, 2013

Split personality

Kadang-kadang aku pandang cermin
Aku tergegamam sendiri.
Oh ini lah aku.

Wajah aku, yang aku sendiri kenal. 
Luar..dan dalam...

Setiap zarah...setiap tempat...setiap inci..
Semua aku kenal.

Dan kadang-kadang aku cuba letak diri aku di tempat orang yang lain.
Di tempat orang yang mungkin kenal aku..pandang aku..bercakap dengan aku...
Apa yang mereka cuba tafsir atau definasikan aku.
Baik? Jahat? Peramah? Sombong? atau...

Hakikatnya, mereka  itu mata aku.
Bukan memerhatikan kehidupan aku, tapi memerhatikan diri aku.
Sebab setiap manusia diberi personality berbeza.. sifat berbeza..
Walau kembar sendiri pun diberi personality berlainan yang dapat membezakan satu sama yang lain.
(serapat dan seiras mana mereka sekalipun)
Itulah kuasa sang pencipta. Allahuakbar..

Di sini, "Split personality" yang aku highlight kan.
Ianya juga dipanggil dissociative identity disorder (DID) atau dipanggil multiple identity disorder (MID)
Aku pernah terjumpa orang yang sebegini.
Walaupun orang yang sama..wajah yang sama..suara yang sama...
Tapi bila ianya berlaku.
Semuanya lain.. Aku tak kenal dia. 


Pelik kalau ia terjadi. Dia dikawal oleh mental dan kawalan orang yang berlainan.
Sifat dan tingkah laku yang ditunjukkan yang paling menyerlah. 
Tidak biasa dan luar biasa dari apa yang selalunya ditunjukkan.
Ubat serta terapi yang diperlukan saat itu.

Mudah untuk kita cakap.
Tapi ianya sukar bagi meraka yang menghadapinya.





end: sabtu,440pm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...