Tuesday, September 3, 2013

Masih kerana hal yang semalam

Baru lepas tambat kuda di bawah tiang lampu depan rumah.
Betul-betul di bawah tiang lampu TNB Taman PJ9,Melaka.
Aku harap sangat malam ini tak hujan.
Kalau tidak kesian kuda aku tu kebasahan.
Nak masuk dalam garaj, semua full.
Satu ruang untuk si Angsa..
(Ulser)
Satu ruang untuk si Zomba..
(Honda)
Nasib la ada si Kancil duduk berdekatan sebagai peneman.
Sama-sama menerima nasib yang sama.
Ada juga lah tempat kudaku ajak bersembang kalau tengah bosan.
Nak harapkan tuannya, huh! kirim salam..

Bila fikir,satu rumah empat binatang tunggangan.
Syukur, Negaraku Masih Aman~
Hmmm...

...................................

Setelah aku berlalu pergi:
Kudaku bersembang dengan si Kancil
"Untunglah body kau kecik, perut pun kecik. Tak de lah pikir pasal makan sangat"

"Nasib aku. Walaupun rupaku tak se-gah kau, tapi aku ni bila difikir balik perut kecilku ni tak membebankan tuanku. Makan kenyang pun tak sampai belanja RM50. Kau?"

"Perut aku besar. Full 1.5.. Tu pun kadang-kadang cepat sangat lapar balik. Tuan aku dulu ok je, tapi start tengah malam semalam 00:00am,03092012 dia tiba-tiba meroyan tah kenapa"

"Biasalah, aku tengok tuan kawan-kawan kita pun turut meroyan sama. Kecuali yang rumah besar hujung sana tu? Hari-hari hadap makanan best-best. Tak langsung fikir nasib kawan-kawan yang lain"

"Tapi aku rasa makanan yang aku biasa makan tu naik 20sen je. Tu pun nak berkira"

"Tu lah kau, Salah. Kau ingat ia takat 20sen, tapi sebenarnya hampir RM8 mahal.. Kalau setakat 20sen JE tu kau makan seciput je la. Makan asap!"

.......................................

Kuda KU termenung dan berfikir.
Soalan yang diberi si Kancil tadi masih menjadi tanda tanya.

1 liter petrol = RM1.90, naik 20sen untuk setiap liter, berapakah harga baru utk 10 liter petrol?
A:  RM2.10 x 10 = RM21
B:  RM1.90 x 10 + 20sen =  RM19.20

Masih keliru.
"Mungkin aku akan tanya Tuanku pasal ini", kata si Kuda

End: Amsterdam, mungkin ia akan muncul dalam mimpiku malam ini.
21.22PM. Wsalam :)




1 comment:

Faez D'Lafee said...

Hai.. Nice blog.. Datanglah singgah blog saya ye..

http://delafeesmagazine.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...