Saturday, September 7, 2013

I am auntie to be?

Jumaat, 06092013 (First day)
Ahad,08092013 (Last day)
Baby & Mum Fair,2013 - MITC Melaka

There is a cute little "mummy" in my office.
Ohh, that not means she is the only one who was married.
But she "mummy to be"
(Yang lain pun semua dah kawin, tinggal 2 orang je single. Aku and "dia")
Tengah tunggu masa je tu.
Tapi dia selalu cakap dekat baby dia supaya tunggu 16 Sept nanti.
Teringin sangat nak anak Merdeka haritu, tapi baby tak nak keluar.
Baby malas nak keluar lagi sebab taknak patriotik sangat kot.
(Aku mengagak)
Jadi mammy dia berbisik lagi, "jadi anak Hari Malaysia ye!".
(Oklah, Malaysiakan masih aman~ kata aku)
Baby pertama. Pengalaman pertama.
Nampak riak yang gembira di wajahnya tiap kali.
Diusap-usap kandungannya.
Dibacakan alunan-alunan bacaan kalimah suci al-Quran.
Dikawal makanan yang mungkin memberi kesan kepada kandungan.

Ramai auntie and uncle kat office yang tak sabar tunggu kelahiran baby.
Aku pun sama.
Haritu auntie dengar baby hepi ye main kat dalam tu.
Tendang-tendang manja perut mummy.
Lepas tu pusing ke kiri...ke kanan.
Patutlah kerut-kerut muka mummy tiba-tiba.
HEHEHE..

Dear baby, nanti besar baca blog auntie ye.
(Wow! i am "auntie to be". Gulpp)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...