Sunday, September 22, 2013

Bukan cita-citaku untuk jadi Saintis

Assalamualaikum..

How was ur days harini...
(tumb up....OR.... tumb down)
Well it not sound like i am not in good mood too.

Ambil bantal, tekup ke muka.
Duduk diam seminit
Lepas tu jerit kuat-kuat.
Arrrrrhhhhhhhh... (langsung tak hiraukan pitching, aku jerit sampai 2 tone tinggi daripada biasa)
"kalah ning baizura punya suara" tak sedar aku puji diri sendiri

Setelah puas jerit
Aku buka tekup bantal kat muka
Perasan dah kekurangan oxygen.
Aku tarik nafas dalam-dalam
Uuuuhhhhhh......haaaahhhhhhh...
Entah berapa kali hidungku kembang kuncup

Alhamdulillah, syukur kepadaNya
Udara yang ku sedut ini masih percuma
Masih bebas aku sedut dan hembus
Menjadikan ia suatu process fotosintesis
Iaitu merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.
Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon
Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O
Apabila H2O dioksidakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau barulah O2 dihasilkan.
Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis

Fuhh, setelah panjang tulis baru ku perasan kesalahan yang menampakkan kebodo*an aku
Proses fotosintesis?? Betul ke?
"Kelas sains sudah lama ku tinggal" hanya alasan itu yang dapat aku berikan
Kepala cuba berputar memikirkan pembetulah yang perlu di cari
"We learn from our mistake, so you will become more expert" sekali lagi aku cuba cari alasan
Sepatutnya ia merupakan satu proses respirasi iaitu proses penafasan manusia
Apabila kita bernafas, kita akan menyedut gas oksigen dan menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air
"When we breathe, we taking in oxygen and giving out carbon dioxide and water vapor"

Hanya itu yang boleh aku terangkan
Takut tersalah taip, tersalah cakap, tersalah terang.
Aku bukan pakar sains
Dan aku bukan pelajar sains
Aku cumalah budak baru belajar
Kalau salah tolong jolokkan tunjukkan 

Aku kembali ambil bantal tekup ke muka
Menjerit sekuat-kuatnya
Kali ini bukan sebab stress
Tapi sebab MALU
>.<

P/s: patutlah lah ia percuma, sebab manusia takkan mampu menandingi kebesaran dan kekuasaan sang pencipta YaRabb




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...