Sunday, September 1, 2013

Anniversary - Baru 2 bulan

Ahad, 
01092013

Genap dua bulan aku berkerja dan tinggal di sini.
(Melaka, CTRM Company)
Walaupun hari ini jatuh pada hari minggu, aku coretkan detik ini dalam blog.
Tempoh perjalanan masa yang begitu singkat.

Pertama kali aku bekerja di sini, ketika itu semua macam lain
Suasana jalan raya..suasana masyarakat..suasana persekitaran..

Di jalan raya, bila tengok plat kereta M aku mula jadi humble
Aku bawak kereta W, aku bukan orang sini..

Di shopping mall, bila tengok mereka yang berjalan beriringan dan berkumpulan ketawa aku terskema
Aku berseorangan, aku bukan orang sini..

Di tempat kerja, bila tengok mereka bekerja dan bergaul aku mula fikir
Aku bukan asal sini, aku bukan orang sini..

Aku kaget, aku keseorangan, aku disisihkan
Aku mula fikir, betul ke tindakan aku resign dan datang ke sini.
Mulakan langkah baru, sebagai seorang pekerja baru.
Kawan-kawan, officemate dan housemate semua dah jauh.
Jenuh haritu pujuk hati supaya jadi berani..jadi tabah..
Biasalah, jauh perjalanan luas permandangan.
Jadi aku cuba untuk senyum. Senyum kepada setiap orang yang pandang aku.
Biarlah apa orang nak kata.
Biarlah apa orang nak tafsir.
Biarlah apa orang nak fikir.

Pada waktu itu 8.35am, 1 July 2013
"Hai, awak pun masuk hari ye? Practical or kerja"
"Kerja" jawap aku sepatah
"Sama la.. Saya Azie, ni Su. Kak Su. Dia tua sikit dari kita"

Bermulalah perjalanan hidup aku yang baru. 
Dan ketika itu aku tarik nafas lega.. Senyum :) 







1 comment:

asiah manaf said...

assalamualaikum. nk tnya boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...