Wednesday, August 21, 2013

Work hard, jangan jadi jahat, listen to my nasihat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menulis dalam blog ni.
Even, sebenarnya semakin hari semakin sibuk dengan kerja-kerja yang datang dan pergi.
Boleh kata dalam office duk menghadap komputer je.. (ni maknanya buat kheje bebenor, bukan keje lagho)
Balik rumah pulak, still menghadap komputer juga.. (hah yang ni ada sikit buat keje lagho k- tapi dimaafkan..lalalolo)

Kata orang, "bila kita diberi amanah, lakukan dengan sepenuh perhatian"
Kata johan raja lawok pulak "work hard, jangan jadi jahat, listen to my nasihat" 


Normal la tu. Ingat balik time kita belajar dulu. Cikgu bagi berlambak bertimbun homework kat kita. Sebab apa... Sebab nak bagi kite-kite ni pandai.. coredik.. pinter.. brilien... osemm... kan ~ (so, masuk la aku sampai ke unibersiti. Terima kasih.. thank you.. syukran.. xiexie..kapumkap.. arigato.. merci.. C.I.K.G.U)

Bila dah kheje pula, superior bagi pulak bertimbun project and task kat pekerja dia. Sebab apa... sebab dia bagi gaji tiap-tiap bulan. So, kita kena la bagi keuntungan atau input kepada syarikat dia. Lain la kalau syarikat tu bapak kita yang punya. Buat la selambe dekkk... Paling sedih pun kena sekat kad kedit je - ukeh, ni semua pengaruh drama melayu.. lol..

Motip kat sini : Always thinks positive. Even hari-hari aku dipenuhi dengan kerja yang aku kategori sebagai urusan dunia belum selesai, fikirkan urusan akhirat kita apatah lagi. Jadi jangan pernah merungut..mengeluh.. Kita imbang kedua-dua urusan. Urusan dunia...urusan akhirat. Jangan lebihkan atau tinggalkan salah satu dari nya. Aku tengok kebanyakkan dari kita pada masa kini terlalu mengejar dunia. Kerja bagai nak rak (rak : mati/gila) siang malam.. kejar kekayaan..kejar harta dunia. Sampaikan tak ada masa sedikit pun untuk anak.. keluarga... apatah lagi kepada Sang Pencipta YaRabb. 

Renang-renangkan, dan selamat menyelam... 

p/s : lepas kerja, pergi kelas mengaji.. Our big boss yang ajar ukeh. Big bos/head of company/Datuk ... Tapi bila dalam kelas aku selamba je panggil dia ustaz/tuan haji... gulpp ! ! 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...