Wednesday, May 1, 2013

Aku menyambut "Hari minyak buruh". Korang??

Assalamualaikum...

Yeahh aku masih diluar sempena meraikan hari yang tak payah nak buat-buat rajin nak pergi kerja. 
Huhhuh..betapa riang ria di hari buruh ku rasa.. Tapi awat bagi sehari je? (=.=)' nampak betapa tak bersyukurnya sifat itu.hohoho 

Dari awal pagi lagi aku dah keluar.. sambil plan hari ni nak membelanjakan diri aku dengan makan makanan yang menggemukkan. wahh..wah... mentang-mentang la awal bulan, baru dapat gaji berlagak ko kaye la kan~ haha. Nanti dah ujung-ujung bulan mula lah muka moncong gigit biskot kering cicah air teh o je. x(-.-)x

Well, sempena hari cuti untuk bekerja atau dikenali hari buruh ni aku and my housemate malam semalam telah awal meraikan hari minyak buruh di dapur mewah kitaorang. Punya la dah lama dapur tak berasap semalam kitaorang telah mencipta rekod wanita bujang sedunia dengan terciptanya aroma masakan di rumah yang beralamat tutt...tettt..toootttt... 

Pasti jiran-jiran kitaorang menyangkakan ada kebakaran dirumah kami semalam. Yela, selama ni masak sume masuk dalam microwave je. Ayam..naget..hotdog...kentang...sume sumbat dalam microwave. Periuk nasi pun jarang nak bernyawa.haha..  Tapi semalam punyala ketttonng..kenntaaannggg..prangg... bunyi peiuk belanga dekat dapur tu. Hah tu belum masuk bunyi sound karaoke dari suara merdu budak-budak ni lagi.. 

Start dari lagu "dangduuutt..." tukar ke lagu "baladaaa..." sampai masuk lagu "gagnam setaii yang baru tu, pe tah tajuk nye..." and lastly lagu "sayangiiii selanggoooorrr... yakiniiii. ........." Adoi... memang teserlah la perangai dan gaya calon-calon terhebat yang bakal dibuat menantu kan...Hahaha... (sambil angguk-angguk kepala)

Tapi memang best la sebenarnya dapat masak. Macam-macam hidangan semalam dapat tercipta dari hujung jari yang disangkakan selama ni jari bangku (eehhhh, see..see..bukan kaki je ada istilah kaki bangku ukeh, haihihi)..Dengan ayam goreng kentaki rangup krup krappp, sardin masak merah yang dikeluarkan dari tin yang bersih dan berkilat, udang masak tumis berempah bersama kayu balak ehhhh kayu manis versi puan vios (hahhh dia je yang dah terkeluar untuk dijadikan menantu ye wahai bonda-bonda mak mentua diluar sana), sayur campur mix and match dengan warna-warna 1Malaysia, and akhir sekali telur dadar yang dipukul dengan penuh sopan-santun... Tengok, betapa meriahnya kitaorang menyambut hari minyak buruh semalam.. wink-wink (*.*) ~ buat muka bangga..hoohoo

Then, bila nak start makan, datang pulak rezeki makanan yang dikirim khas dari mummy miss viva n ms vios yang datang dari Ganu kerumah semalam.(ukeh, take note kat sini yang diaorang berdua sebenarnya adik-beradik..sekian! !). Sotong yang dipotong bulat-bulat seperti super ring masak tumis berlada bersama-sama ikan goreng fresh dari laut... Fuuuhhhh, memang seeh (means sangat-sangat kenyang sampai dah tak boleh masuk dah) kitaorang makan. 

sumber: google image

Sampai dah tak tahu mana nak makan.. Last-last semua masuk fridge.. Hanya telur dadar yang dipukul dengan penuh sopan-santun je bejaya habis..haha.. Bila dah heppy makan, kitaorang layan movie sampai lebam.. last-last sumua dah giveup, baru masuk tidur.. Best moment, yeaahh opkos bila dikaitkan dengan makanan la katakan... Rite! !

beruk ni pun setuju wehh!! haha

Till then, dah penat nak taip.. By..by.. Wsalam.. 




6 comments:

nasir din said...

beruk terkejut beruk tu..selamat hari pekerja..ngeee

Ahmad Kamil said...

makan banyak banyak tak takut gemuk ke?? hihi,,=P

Wordless Wednessday

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/wordless-wednessday.html

shasa_fiez said...

@ nasir din :: haha.. tu la. boboi pun tekjut.

shasa_fiez said...

@ Ahmad Kamil :: makan jarang2. so no problem punya.hehe

encik kuri said...

0ooo..terbaikk

Leadership Developmant Training said...

nice blog :)

salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...