Thursday, February 28, 2013

Last day. Korang ingat aku nangis ke?

Hari terakhir sebagai pengajar,
Hari last ni, aku tengok budak-budak semua baik je,
Walaupun nakal itu masih ada..

Budak-budak gigi arnab,
Gigi hitam macam gergaji,
Budak-budak montel yang aku suka cuit perut dia,
Budak-buak yang suka urut aku dalam kelas,
Budak- budak yang suka lari,
Budak-budak yang excited bila aku kata “hari ni jom lukis dan warna”
Budak-budak yang nak aku carikan calon,

Yang pasti korang suma budak-budak a.k.a murid kesayangan aku 
……………………………………………………………………………………………………………………………………

Epol ! kan cikgu dah pesan minum kena duduk. Makan kena duduk. Karang habis sepah, siapa yang nak sapu?” Izyan mula membebel.
hah…yang sana kenapa pulak berebut-rebut tu, makanan dah dapat sorang satu kan. Kenapa pulak yang nak ambil yang kawan lagi” nada Izyan dah mula naik satu harkat.
cikguuu….. tengok Mirul ni. Dia kan…dia kan….” Budak perempuan bertocak tu mula berair mata.
eeeii, ari-ari nak lepot kat tikgu. Acam budak tecik” Aizam, budak yang berlagak macho tapi pelat percakapannya mula tarik muka. Selalu sangat dia menyakat Jatul. Tak kira la waktu belajar..waktu makan..waktu rehat…waktu main.. Sekali aku nikahkan dua-dua ni hah baru tau. 
Eh ! sampai kesitu pulak aku ni” sambil sengkeh kepala sendiri. “Back to reality Yan! Back to reality!”  Dia mula berlari mendapatkan keduanya. Dari tadi tak berhenti ejek mengejek. Tapi dah namanya budak perempuan, bila dah kalah mula la nangis. Nak tunjuk hero kejap je. Last-last aku jugak yang penat, kena pujuk.. kena bagi lecture a.k.a consultant free kat budak-budak ni. 

Yang payahnya bila bagi ayat power karang mula tak paham. So, kena ikut level budak-budak bila nak bagi ceramah bagai.
Aizam ! cubalah jangan menyakat Jatul. Karang cikgu pukul baru tau. Hah, yang lain pun sama jangan sengeh-sengeh je. korang pun dua kali lima je! tunggu turn je kan…” Yan cuba kumpul tenaga.
Dalam keriuhan itu tiba-tiba…”SEPULUH…!”, salah seorang budak yang dari tadi tunduk menghabiskan makanan menjerit.
Hah..sudah? Ead, kenapa pulak menjerit tu. Dah habis makan pergi berus gigi”
Tadi cikgu cakap dua kali lima? Ead jawap la.” Ead, budak yang aku tabik spring bila masuk bab matematik. Sekali aku soal kejap dapat jawap. Tambah tolak darab bahagi tu just petik jari je. tapi kalau aku soal mengikut standart budak Pra-sekolah la. Kalau tanya soalan 289763 x 54 + 75786 – 6544 tu susah la nak petik jari. Aku sendiri pun kalau ditanya soalan macam tu, terus belari cari calculator. 
Sekian sedikit seloteh versi novel yang konon-konon terbaik dari laut la ni (olahan versi terbaik dari ladang). 

Aku yakin sesetengah blogger ni ramai yang berbakat dalam bernovel. Kalau tak, masakan (ewahh penggunaan ayat disitu~) tiap-tiap kali boleh tulis post kan? Even, banyak jugak blogger yang menjadikan blog sebagai medium penulisan novel. Dan ramai juga start jadi novelis macam Hlovate (my current novelis yang aku suka baca) dan lain-lain dari blog mereka. Salute laaa… sempena novel ringkas ini khas aku tuju kepada mereka yang bergelar tenaga pengajar tak kesahlah peringkat rendah, menengah or tinggi. Kini aku merasa perasaanmu~ hehe.


…………………………………………………………………………………………………………………………

So, kepada anak-anak murid kesayangan ku Ahmad Fahmi (budak ensem), Mohd Idham (budak nakal berisi), Mohd Rohi (budak pantang di suruh),Mohd Shahril Haikal (budak line duk belakang), Mohd Syafiq (budak yg selalu nakkan perhatian tapi pemalu), Mohd Adib (budak paling hebat versi sumo), Mohd Afif Danish (2nd budak ensem~leh la wat menantu), Mohd Fauzi (si kuat main), Mohd Hafiz (budak ni adik aku ok!), Mohd Nur Iman (budak chips mo kejap ada kejap taka da), Nasaruddin (awal-awal xdatang, akhir-akhir berkepit je ngan aku) 

Andsss…
Kepada bakal anak-anak heroin ku Mahirah (budak 1st days da bagi special gift kat aku), Nur Farsyihin (budak in-in… payah betul nak betul bila nak sebut namanya, comel orangnya), Nur Fashihah (budak kedua yang aku fail tiap-tiap kali nak sebut namanya~ sila usaha lagi lain kali), Nur Iman Janatul (budak baik ni, stok dak skema. Nak jadi cikgui katanya), Nurul Asykin (budak yg nak bermanja je), Siti Aisyah (budak pemurah lagi penyayang), Siti Halijah (budak paling happening~ bakal lawyer yang berpotensi besar untuk menang kes. Selalu nak kelahi dengan aku..ngee), dan Suhada (sorang lagi budak yang nak bermanja. Selalu back-up aku ni a.k.a speaker aku).
Semoga bertemu lagi. Sayang korang berdosen-dosen.



Wednesday, February 27, 2013

Teknik berkesan adalah "cakap terbalik"

Anak tekak sakit..

Sekali telan air liuq rasa berpasir...

Dua kali telan air liuq lagi la rasa batu bata...

Suara pun da nak jadi macam ELLA walala..

Mak aku suruh aku minum air asam keping " fuhh masam ya amat! !" kecut bulu hidung you~

so sekarang TAK de mood nak buat kerja? Mengajar semalam pun telah mencatat sejarah yang kali pertama berlaku iaitu kelas paling meriah tahap stadium merdeka bersorak kemenagan GOL. Da tak larat nak control diaorang.

So aku cakap kat diaorang, "hah tak kuat lagi tu.. Jerit la lagi ! sampai cikgu kelas sebelah datang.."

Pastu pandai pulak senyap, kena cakap terbalik agaknya lepas ni..

Cakap lurus..tak hadam kat dalam telinga, makin menjadi-jadi lagi.

Teknik cakap terbalik ni pun mak aku ada apply kat anak-anak dia.. INGAT LAGI.... masa kecik dulu kitaorang ni degil ya amat. Panjat pokok manggis rumah tokwan belakang la, masuk semak-samun cari belalang sampai ke magrib la, main hujan sampai keliling satu kampung la, kumpul satu team berperang dengan anak orang la.. tak padan ke perempuan. Masing-masing nak jadi hero time tu.

Lepas tu payah la mak bapak gi hambat anak memasing suruh balik. Tapi satu pun tak heran. Sambung main. Tapi, mak ayah aku tak macam mak bapak yang lain...tak de nak piat-piat telinga ajak balik.. Jauh sekali bawak parang rotan. Tapi cakap je macam ni

 "HAH main la lagi jangan berhenti-henti.. main sampai esok. Kalau berhenti karang baru mak cemat (rotan )"

Tup..tup..time tu jugak berhenti ! ! 

Hebat tak hebat... Guna suara je. Menusuk kalbu kadang-kadang tu. Sentap hati mak nak! !(tangan letak di dada, mata pandang kat atas)

p/s :: Join segment semalam.. Ramai yang respond n comment.. Insyaallah ada masa aku folo n comment semua. Thanks sangat.. ~(^,^)~





Tuesday, February 26, 2013

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli




Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..





Wednesday, February 20, 2013

Budak designer jadi ustazah

Assalamualaikum..


Blur…cuak…malu…ketar…speechless..kaget…
Perasaan pertama aku merasa jadi tenaga pengajar yang sebenar bukan sebagai akak faci, bukan sebagai presenter di dewan lecture dan bukan sebagai head or assistant head kepada kelab persatuan..
Walaupun dah bertahun-tahun berpengalaman menjadi murid, pelajar, dan mahasiswa tapi bila diberi peluang tukar watak kepada tenaga pengajar aku still tak boleh lari dari perasaan itu semua. Mungkin la aku ni tak buat persediaan, mungkin juga tak ada bahan mengajar untuk diajar kat diaorang secara teknikal nya. Tapi bukan salah aku pun.. dan bukan juga salah ibu yang mengandung (ekkkk!). Salahkan la kepada mereka-mereka yang sepatutnya disalahkan (taknak meng-glamorkan nama or nama samaran mereka di sini).

Iye..cerita yang sebenarnya aku sekarang dah jadi pengajar. Mantop tak mantopnya since punya la nak lari dari skop pekerjaan ni (bukan yang skop sampah tu ukeh tapi “scoop”) Dah banyak kali di offer oleh mak sedara aku even mak aku sendiri untuk jadi cikgu tetap/sementara dekat sekolah diaorang. Tapi semua aku tolak. Tak sesuai dengan jiwa raga la konon. Tup-tup, start enjin kereta pergi juga ke tempat kerja yang dinamakan S.E.K.O.L.A.H. (yea padan muka aku).  By the way aku sekarang bukan keje sebagai driving school teacher, bukan sebagai lecture, bukan juga sebagai cikgu kelas pendidikan seni, tapi sebagai KAFA teachers OR yang paling sinonimnya “ustazah KAFA”. Fuhhh! Berpeluh aku bila dipanggil ustazah uollss. Bukan apa, rasa sangat-sangat kerdil dan tak layak lagi. 


Tetapi dikuatkan juga hati ni. Mungkin sebab difikirkan hanya ganti sekejap dan hanya mengajar budak darjah 5. Darjah 5 je kot, kacang goyeng tumis belacan je~ (nak sedapkan hati). Hakikatnya, kemantapan iman dan fardhu ain yang sangat tinggi perlu ada dalam diri. Ko ada ke?? (tanya diri sendiri). Alhamdulillah, berkat jarang ponteng kelas fardhu ain dan kelas study circle sesame sisters dekat Uni dulu banyak membantu.

Ini adalah pekerjaan kedua selepas aku berhenti kerja as Sales Executive di salah satu company Construction, Development and Design dahulu. Insyallah, diberi peluang untuk merasa jadi pengajar walaupun sekejap sebelum berangkat pergi KL untuk meneruskan career hujung bulan ni. Hopefully semuanya berjalan…berlari…dan terbang dengan lancar. Murid-murid tolonglah dengar cakap dan behave yourself ok.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...