Tuesday, January 29, 2013

Satu buku biodata khas zaman dulu

Assalamualaikum..

Hye kak.. nak berkenalan boleh??
Huh..=.=, tak bleh, (aku kakak kerek)...haha~
berkakak angkat sana .. berabang angkat sini.. ni antara budaya budak-budak zaman aku dulu kala. Bila masuk sekolah menengah lagi la ramai. Tambah pula dengan yang stay dekat asrama berduyon-doyon la gamaknya.

Kot sekarang still practice kan lagi ke budaya macam ni..? akak ni da lama tinggal alam persekolahan dik. Kalau cakap alam pra-sekolah atau tadika lagi la berzaman. Tak tahu since sekarang ni zaman siber (IT bagai), remaja berfacebook sana.. bertweetter sini.. je semuanya.

So, apa related nya dengan post ni..? Meh aku habak mai. Sebenarnya semalam aku tetiba ada sifat kerajinan untuk menyelongkar kotak lama kat bilik aku. Pastu terjumpa la kad-kad nama zaman sekolah dulu. Siap lengkap dengan biodata bagai.. Haha.. satu lagi budaya zaman sekolah aku dulu. SIAPKAN SATU BUKU BIODATA KHAS untuk kawan-kawan sekelas/ kawan kelas sebelah/. senior-senior . Perhh, korang hado?


Serius memang ada dibuat kerja-kerja macam tu (terasa artis ukeh). Kalau korang tak caya ce try test tanya kakak-kakak korang. (Ke aku je ni -.-').Ehh.. tak mungkin. Tak caya korang terjah blogger lain yang melalui zaman yang sama dengan aku ni. Macam Si GadisTerbilang, bro schafiqthinking, Cik

Yang pasti buku tu cari la yang kulit tebal sikit (baru boleh tahan lama berzaman-zaman macam aku punya), nak cantik balut dengan kertas lukisan..oppss kertas kaler-kaler pastu passing kat member kelas. Then, dari sorang kepada sorang yang lain kena la tulis biodata memasing. Start dari nama sampailah makanan/minuman kesukai, yang tidak disukai.. hobi.. cite-cite.. nama bapak.. nama sibling-sibling.. no telephone (dulu bagi no rumah je)  impian... kenyataan... ucapan-ucapan macam ni "kenang daku dalam doamu" "best friend 4ever" "senyom sokmo" memang femes la, bak kata semua yang rasa nak tulis memang dialu-alu.

Kelakar pulak bila ingat balik.. macam-macam la diorang tulis. Tu belum termasuk corak-corak lagi, kalerful gitu. haha... Nak jadikan cerita (sambung yang kesah tadi) terjumpalah satu name kad biodata si abang angkat ni. Huh, lama gile la umur kad-kad ni. Usang semacam~ TAPI...Tapi satu nama pun aku tak cam. APAKAH??

p/s: piss....member geng lama nak kawin la. Ada masa aku update ye!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...