Friday, January 11, 2013

Lelaki Kacak di sekolah

Assalamualaikum..

Hampir dua minggu budak-budak bersekolah, dan dah bertahun-tahun jugak la aku meninggalkan alam persekolah. Ringdu...Sewingdu...WindduuuuuNYAAA kat kawan-kawan sekolah dulu... Ada yang dapat gather balik dan ada yang senyap menghilang. Entah bila boleh jumpa pun tak tahu. Tipu sangat la kan kalau korang cakap tak rindu zaman muda keanak-anakkan dulu ! !

And, alhamdulillah my liltle sister pun baru je merangkak kan diri masuk darjah 1. Kyaakkkk! ! Biar betul? Aku dah umur @$?tahun but my lil sis baru 7tahun. Gila besar jarak umur kan....WELL THAT WAS THE REALITY. Reality yang aku kena terima bahawa diri ini hampir berpangkat M.O.Y.A.N.G.. Huuawwaa.. 

my princes, lil sister ( umur sekarang: 7 Tahun) tapi gambar ni, dia baru umur 3 tahun kot.

Sejak hari pertama bukak sekolah sampai la hari ni, macam-macam dia cerita. Pasal kawan dia nangis la, kawan dia tak pandai bacalah, kawan dia takde gigi la (aikk macam la my sis ada gigi sangat kan +.+), kawan dia itu la..inilah... Aku pun melayan jela. Kadang-kadang joke lawak pulak dengar adik aku cerita,  punya la panjang explain tapi point dia tak sampai-sampai. HAhAHAHAha.. tapi aku takde la gelak gila-gila. Karang terasa, nangis Hang nak pujuk bagi cok-i cok-i (coki-coko) ke??

Tapi ternyata dia happy bersekolah, itu yang penting.! ! And as kakak yang berdedikasi lagi penuh dengan kasih sayang pun turut happy. Happy + happy jadilah Haaapppyyy kuasa dua. By the way, last conversation dengan my lil tadi bila cerita pasal sekolah dia.

Lil : Tadi kan adik kan ada bagi pinjam pembaris adik dekat kawan. Pembaris adik kan ada dua kan...
Me: Ooo.. bagi terus ke, bagi pinjam?
Lil : Bagi pinjam la. Dia duduk sebelah adik. Tapi dia kumpulan lain.
Me : Ooo.. kawan adik laki ke pempuan?
Lil : Laki...... (wat muka xbersalah)
Me : Ooo.. adik suke dia ekk! dia hensem x?
Lil : ............... (tak nak layan akak dia yang gile)
Me : .............. (sentap hati mak nakkk! huhu)
Lil : Tapi kawan adik, naome tu kan ada suka kat laki besar kat sekolah. Mase rehat dia pandang-pandang laki tu. Dia cakap laki tu Kacak.
Me : Haaah..ape? Katak??
Lil : KACAK...
Me : ............. (sejak bila budak kecik tahu menggunakan perkataan KACAK instead of HENSEM / MACHO

HUH... u tengok..u tengokk.. Kemain lagi budak-budak sekarang. Kecik-kecik dah pandai nak ber-usha2.. Tu belum masuk secret admire dengan secret garden lagi. Tapi bila aku tanya lil sis siapa lagi hensem.. Budak laki KACAK tu ke atau Abg Ijan (her brother, atas sikit je umur dari dia), dia jawap... Hhhmmm..tak kacak pun ~ Pandai demain jugak rupanya.

2 comments:

anis marissa said...

comel nye adek tu... umo bpe shasa?

shasa_fiez said...

@ anis marissa :: sekarang dah masuk 7tahun.. >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...