Tuesday, January 29, 2013

Satu buku biodata khas zaman dulu

Assalamualaikum..

Hye kak.. nak berkenalan boleh??
Huh..=.=, tak bleh, (aku kakak kerek)...haha~
berkakak angkat sana .. berabang angkat sini.. ni antara budaya budak-budak zaman aku dulu kala. Bila masuk sekolah menengah lagi la ramai. Tambah pula dengan yang stay dekat asrama berduyon-doyon la gamaknya.

Kot sekarang still practice kan lagi ke budaya macam ni..? akak ni da lama tinggal alam persekolahan dik. Kalau cakap alam pra-sekolah atau tadika lagi la berzaman. Tak tahu since sekarang ni zaman siber (IT bagai), remaja berfacebook sana.. bertweetter sini.. je semuanya.

So, apa related nya dengan post ni..? Meh aku habak mai. Sebenarnya semalam aku tetiba ada sifat kerajinan untuk menyelongkar kotak lama kat bilik aku. Pastu terjumpa la kad-kad nama zaman sekolah dulu. Siap lengkap dengan biodata bagai.. Haha.. satu lagi budaya zaman sekolah aku dulu. SIAPKAN SATU BUKU BIODATA KHAS untuk kawan-kawan sekelas/ kawan kelas sebelah/. senior-senior . Perhh, korang hado?


Serius memang ada dibuat kerja-kerja macam tu (terasa artis ukeh). Kalau korang tak caya ce try test tanya kakak-kakak korang. (Ke aku je ni -.-').Ehh.. tak mungkin. Tak caya korang terjah blogger lain yang melalui zaman yang sama dengan aku ni. Macam Si GadisTerbilang, bro schafiqthinking, Cik

Yang pasti buku tu cari la yang kulit tebal sikit (baru boleh tahan lama berzaman-zaman macam aku punya), nak cantik balut dengan kertas lukisan..oppss kertas kaler-kaler pastu passing kat member kelas. Then, dari sorang kepada sorang yang lain kena la tulis biodata memasing. Start dari nama sampailah makanan/minuman kesukai, yang tidak disukai.. hobi.. cite-cite.. nama bapak.. nama sibling-sibling.. no telephone (dulu bagi no rumah je)  impian... kenyataan... ucapan-ucapan macam ni "kenang daku dalam doamu" "best friend 4ever" "senyom sokmo" memang femes la, bak kata semua yang rasa nak tulis memang dialu-alu.

Kelakar pulak bila ingat balik.. macam-macam la diorang tulis. Tu belum termasuk corak-corak lagi, kalerful gitu. haha... Nak jadikan cerita (sambung yang kesah tadi) terjumpalah satu name kad biodata si abang angkat ni. Huh, lama gile la umur kad-kad ni. Usang semacam~ TAPI...Tapi satu nama pun aku tak cam. APAKAH??

p/s: piss....member geng lama nak kawin la. Ada masa aku update ye!





Tuesday, January 15, 2013

Merlin season 6 Trailer

Assalamualaikum...

I bet you just watched Merlin at tv3 yesterday night right! Is that true? Aii, sejak bila pulak tv3 boleh bagi sifat pemurah dengan bagi 2 jam tayangan cerita Merlin ni.. Kalau selalu nya punya la kedekut,  iklan pulak berdozen-dozen. Mak ai, ngumpat pulak i kat sini.. (suh..suuhhh... pergi kau sifat-sifat yang tidak baik....pergiiii..). 

Tapi memang betul ramai yang tengok cerita ni. Mana taknya, dari tadi aku tengok post sikit-sikit pasal si kekasihku Author....si teman hensemku Merlin.... si perempuan sengal Magnolia Margona.... and ramai jugak yang tidak puas hati dengan ending dia. Ohh! Tidak !! ramai yang tak boleh terima hakikat ending cerita tu macam aje. Asal? Tak best sangat ke? Kalau tanya aku. I think... I ting.... I ting tong ~ Hahaha.. 

But, jangan risau. Konfem akan ada sambungan nya. Session six will be continue.. Here the "Merlin season 6 Trailer"



Bila dah ada trailer ni, ramai la lepas yang hepi terlompat katak si katak lompat.. Ber Oh-o-o-o whoa-o-o-o  la dioarang sama-sama dengan Bradley James dan Colin Morgan ni.
 
They will shout " Oh-o-o-o whoa-o-o-o"
I love how in the show, Merlin is a bit more childish, and Arthur is serious, but in real life it's the other way round lol, just proves how great actors they are, also lets face it, at some point we have all had a crush on Colin! Hahaha.

So, Cannot wait ke... Sabar~ Sama-sama la kita tunggu jela bila session 6 ni akan keluar yo.  Ehem...this song called "You're the Voice" by John Farnham.

Friday, January 11, 2013

Lelaki Kacak di sekolah

Assalamualaikum..

Hampir dua minggu budak-budak bersekolah, dan dah bertahun-tahun jugak la aku meninggalkan alam persekolah. Ringdu...Sewingdu...WindduuuuuNYAAA kat kawan-kawan sekolah dulu... Ada yang dapat gather balik dan ada yang senyap menghilang. Entah bila boleh jumpa pun tak tahu. Tipu sangat la kan kalau korang cakap tak rindu zaman muda keanak-anakkan dulu ! !

And, alhamdulillah my liltle sister pun baru je merangkak kan diri masuk darjah 1. Kyaakkkk! ! Biar betul? Aku dah umur @$?tahun but my lil sis baru 7tahun. Gila besar jarak umur kan....WELL THAT WAS THE REALITY. Reality yang aku kena terima bahawa diri ini hampir berpangkat M.O.Y.A.N.G.. Huuawwaa.. 

my princes, lil sister ( umur sekarang: 7 Tahun) tapi gambar ni, dia baru umur 3 tahun kot.

Sejak hari pertama bukak sekolah sampai la hari ni, macam-macam dia cerita. Pasal kawan dia nangis la, kawan dia tak pandai bacalah, kawan dia takde gigi la (aikk macam la my sis ada gigi sangat kan +.+), kawan dia itu la..inilah... Aku pun melayan jela. Kadang-kadang joke lawak pulak dengar adik aku cerita,  punya la panjang explain tapi point dia tak sampai-sampai. HAhAHAHAha.. tapi aku takde la gelak gila-gila. Karang terasa, nangis Hang nak pujuk bagi cok-i cok-i (coki-coko) ke??

Tapi ternyata dia happy bersekolah, itu yang penting.! ! And as kakak yang berdedikasi lagi penuh dengan kasih sayang pun turut happy. Happy + happy jadilah Haaapppyyy kuasa dua. By the way, last conversation dengan my lil tadi bila cerita pasal sekolah dia.

Lil : Tadi kan adik kan ada bagi pinjam pembaris adik dekat kawan. Pembaris adik kan ada dua kan...
Me: Ooo.. bagi terus ke, bagi pinjam?
Lil : Bagi pinjam la. Dia duduk sebelah adik. Tapi dia kumpulan lain.
Me : Ooo.. kawan adik laki ke pempuan?
Lil : Laki...... (wat muka xbersalah)
Me : Ooo.. adik suke dia ekk! dia hensem x?
Lil : ............... (tak nak layan akak dia yang gile)
Me : .............. (sentap hati mak nakkk! huhu)
Lil : Tapi kawan adik, naome tu kan ada suka kat laki besar kat sekolah. Mase rehat dia pandang-pandang laki tu. Dia cakap laki tu Kacak.
Me : Haaah..ape? Katak??
Lil : KACAK...
Me : ............. (sejak bila budak kecik tahu menggunakan perkataan KACAK instead of HENSEM / MACHO

HUH... u tengok..u tengokk.. Kemain lagi budak-budak sekarang. Kecik-kecik dah pandai nak ber-usha2.. Tu belum masuk secret admire dengan secret garden lagi. Tapi bila aku tanya lil sis siapa lagi hensem.. Budak laki KACAK tu ke atau Abg Ijan (her brother, atas sikit je umur dari dia), dia jawap... Hhhmmm..tak kacak pun ~ Pandai demain jugak rupanya.

Thursday, January 10, 2013

Mature lagi Kacak bergaya

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku ada lah cakap tulis yang aku baru start berjinak-jinak dengan lukisan doodle. Atau yang lebih tepat sebenarnya, lukisan contengan a.k.a lukisan cakar-mencakar ni SEMULA.

Walaupun, memang dah diketahui sebelum ni bahawasanya memang bakat conteng-menconteng ni teserlah sejak dari kecil lagi. Malah telah di-approved oleh suara lantang mak aku lagi.  Wahh, kelas gituew~ Mana tidaknya antara tempat-tempat yang menjadi sasaran untuk mengasah bakat aku ni bukan sahaja di atas kertas lukisan, mahupun buku petak-petak.. tetapi tempat yang lebih 'forfular' iaitu dinding rumah, atas meja (time sekolah rendah sampai menengah sampai ke matrik sampai keeee universiti), belakang pintu, atas kepala katil (time tidur dekat katil double dacker dulu) dan lain-lain tempat yang sememangnya menjadi bukti kehebatan contenganku ini..okehhh~

BUT.. sejak dah tuo-tuo ni (aik sedar pulak diri ni dah tua), okeh memang tak boleh terima ayat ini. Sejak dah makin MATURE lagi KACAK BERGAYA ni (okeh ! ! muntah ~ ), aku rasa macam dah kaku. betul kan ayat KAKU itu, dan bukan KUKU yang aku tulis tadi kan?? Well meaning, tangan aku dah tak se-automatic dulu dah. Dulu pantang ada pensel ditangan, ada je nak diconteng... ada je nak di lukis..

Sekarang ~


Aku banyak melukis + membebel pada masa yang sama. =.=. Memang  agaknya sekarang aku dah masuk dalam kategori mak nenek atau moyang kot.. Ehhhh~ that i said MOYANG?? geeeee....

Sunday, January 6, 2013

Running Man Malaysia

Assalamualaikum..

Well u alls, tadi ToT punya la tergelak sakan bila terjumpa satu gambar dari fan-made yang memang giler-gile peminat setia rancangan realiti "RUNNING MAN" dari korea ni. Even their character macam Jong Kok (tiger), Kwang soo (giraffe), Suk-jin (impala), Ji hyo(ace), Gary (Peaceful face man), Haha (haroro) , dan Jae suk (grasshopper) memang tak boleh lawan, tapi character yang dia meet and match kan dalam versi malaysia ni memang boleh TAHAN la.

ToT pun angguk kepala juga tanda setuju dengan character yang dipilih, kena sangat dah kalau kita ada buat Running Man versi malaysia. Watak mereka yang tercalon adalah Aaron (jong kok), Azhar (suk jin), Nabil (kwang soo), Zizan (Haha), Lisa (Ji hyo), Sam (Gary) dan Aznil ( Jae Suk). Cuma watak Lisa tu, kalau tukar dengan Yana Shamsuddin and Intan Ladyana baru brutal sikit kot. Calon "bini-bini ku gangster" la katakan..

Amacam, BOLEH KE IDOKK.... Hahaha.. Nanti ToT akan buat satu analysis undian ye ! ! Adakah betul-betul sesuai dengan watak mereka tu. Tapi yang konferm watak ZIZAN dan NABIL tu kita fixed.-kan Muktamad...

Lepas tu, bila team running man kita dah betul-betul power boleh la beat (lawan) dengan team running man dari korea. HAHAHA... macam la logik sangat ToT punya analogi kan.. Adoiya... Apa-apa pun kalau diaorang datang mestilah kena dengan culture kita. Gadis melayu dan pendekar melayu.





Friday, January 4, 2013

Bila Facebook suspanded akaun aku

Assalamualaikum,

Okey, kita mula kan hari ini dengan sedud sedut udara pagi yang segar... sedia ! ! sedut....hembus......sedut....hembus...... kempiskan perut.. kembungkan perut anda.. kempiskan.... kembungkan...

Fuhh, hilang sikit mood marah ToT. Ini kerana dah dua hari diri ini menahan tahap kebengang-an disebabkan masalah yang diri sendiri di-suspended oleh Facebook account. Even just dia tulis "TEMPORARY" di situ, still rasa macam @$#!@$.. Apa kes nak suspended bagai? ? Lain la memang ToT ada wat jenayah macam plan rompakan besar-besaran bersama-sama geng facebook yang lain ke? Edar ganjai (sengaja eja salah), tabakau (sengaja eja salah kali ke-2), dadeh (sengaja eja salah kali ke-3) ke? Buat operasi membentras virus dikalangan remaja yang menghadap facebook 24/7 sehari sampaikan menjadikan facebook bankrupt ke kan?

Takde... sumpah takde...! ! Tapi asal still kena suspended macam ni?



Adoiya.. dah kena padan muka diri sendiri tak boleh online facebook dah. =.='
So kepada sesiapa yang pernah alami benda yang sama macam ini, boleh bagitau or kongsikan tak kenapa ianya boleh terjadi? (baku gila melayu kau)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...