Wednesday, July 18, 2012

Terasa nak marahkan diri sendiri?

Assalamualaikum..

Malam ni terasa nak marahkan diri sendiri..
sebab ? ? huhu malas nak stori nanti sedeh. leleh kang...leleh kang...so biar la rahsia
then,  terus online, konon-konan nak update status la sangat.
tapi kalau sebelum ni pun aku bukan jenis yang ber-emo sikit nak report kat facebook bagai so aku HENTIKAN jela..
wat kecoh je kan.. sikit-sikit nak repot kat makcik pacebuk (facebook)
baik amek air sembahyang, ngadu kat Allah. that the best way...should be, ukeh ! !

since nak memujuk diri sendiri ni tetiba ada la post sorang member ni..
terkena lak dengan mood aku lak tu,
eeeh..ehhh... cam tau-tau je orang tengah feeling-feeling kan.
so update blog kongsi dengan korang..

WAHAI JIWA

Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas  bumi Allah yang luas,
sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang,
selagi engkau terkurung dalam ruangan yang sempit itu,
wahai jiwa yang memilih untuk memanjangkan kesedihan,
kerana kehilangan sesuatu yang dicintai,
sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus,
tidak akan dapat mengembalikannya kembali.

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas,
dan merasa tidak terampun,
dan sesungguhnya rahmat Allah itu luas menjangkaui seluruh ciptaan,
kecapilah rahmat tersebut,
janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali,
sesungguhnya jalan itu banyak,
tinggal lagi engkau harus mencari,
malangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku wahai jiwamu, aku ingin berbicara...
orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih,
orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.



syahdu tetiba...
sekarang mood da kembali o.k.e.h..

 p/s: Patince is a virtue, the moon and the sun learned long ago that, if each patiently waits its turn, they will both have chance to shine...

Ejek-mengejek. normal kah?

Assalamualaikum..

teringat kembali zaman budak-budak dulu..
zaman kanak-kanak rebina yang baru belajar nak jadi kanak-kanak blueberry..
zaman yang paling banyak menyimpan kenangan bila start menjejakkan kaki masuk sekolah rendah dari kelas PRA or tadika.
zaman bila kena pukul sikit da mata merah berair... hingus leleh... pastu start la lari kejar si "jahat" satu kelas.
kalau dendam tak terbalas, siap la besok sambung balik. (dapat baling kapur tulis pun jadilah)
hahaha !

tu baru sikit nak cerita...
belum bab-bab bila start ejek mengejek.
ada je bahan boleh dijadikan sebagai penyebab tercipta nya nama untuk di "e.j.e.k"..
kurus sikit dapat la nama cicak kubeng, gemuk sikit badak, kalau garang siap nama harimau, ada jerawat sikit mentol lampu, kalau budak hyper sikit panggil monyet.. etc..etcs...
haaa...tu  lom lagi masuk bab main nama mak ayah.
cakap kang ... cakap kang .... =.='
cam normal jek bila zaman budak-budak main ejek-ejek canggini.. yeke??

ingat dulu-dulu je fenomina ni tapi rupanya sekarang pun ada lagi ! bak kate 'tak luput dek zaman' ewahh
since teringat balik cerita sebulan lepas, bila kawan aku stori kat aku pasal anak jiran dia :
watak (shasa : budak skull lagi) (k.k : kawan aku)

shasa : hai kak kina... kak kina...kak kinaaaa...
k.k : hai, shasa (haaahh dia da mai da...dia da mai daa..) ye dik?
shasa : nak tau kan hari tu kat skola semua budak nak kawan dengan shasaaaa..
k.k : o yeke..
shasa : kalau dulu sume ejek shasa je..
k.k : laa, kenapa pulak dia ejek shasa.
shasa : diaorang ejek shasa budak mata stem.. (sambil refer kat mata dia).. kak kina tengok mata shasa ni    mata stem tak?
k.k : (sambil besarkan mata)eh takde la. comel je. (dalam hati, adalah jugak termasuk dalam kategori mata stem). bagusla, sekarang ni diorang dah tak ejek shasa dah kan? semua nak kawan dengan shasa dah.
shasa : ejek. tapi diaorang dah tukar
k.k : tukar?
shasa : sekarang diaorang tak panggil shasa budak mata stem dah, tapi panggil shasa budak BM. sebab aritu driver shasa tak dapat hantar shasa kat skolah, pastu mama la yang kena hantar shasa. mama antar naik BMW. kat skolah semua budak pandang, bila diaorang tau shasa anak orang kaya baru diaorang nak kawan dengan shasaaa...


seee..seee... siap boleh main tukar-tukar lagi..
aku gelak jela bila dengar kawan aku stori aritu. dalam hati "kalau ko dengar citer aku lagi la ko nak gelak wehhh ~) huhu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...