Thursday, June 14, 2012

Bila adik aku claim "tolong" masak !


Assalamualikum.

Before ni aku pernah cakap one of my job as minah rempit’s my brother kan? Haa… korang jangan ingat kat Key Ael (KL) je orang rempit. Aku pun merempit tapi dengan kuasa motor cipan yang paling tinggi.. paling power pun 30 meter setengah! ! tu pun puas aku press handle motor tu ukeh! (tolong la cakap korang percaye…(^..^)


But the problem aku paling tak suke bila tunggu lama-lama kat skull tu. Bukan apa, kebanyakkan yang datang yang jemput tu ayah-ayah diaorang.. and ada setengahnya mak diaorang.. then, bila aku sampai mula la mereka yang tunggu kat luar pagar tu buat muka tak pelik je.. pandang tu pulak kemain  lagi, rasa cam sekarang tu jugak nak pakai helmet besar kebapak ala-ala baldi je! apa hal, nak pandang beria sangat. Perlu EMO nih !


Nak-tak-nak kena juga la. Akak yang baik hati malah penuh dedikasi tidak patut mengalah kan..(rasa sekarang mesti korang tengah letak tangan didada sambil mata pandang ke atas kan… ~over! Haha)..


Tapi dalam sayang-sayang tu selalu jugak la aku takpuas hati dengan adik-adik aku ni bila dah sampai kat rumah. Ada je jawapan diaorang bagi. Kalau dari pagi sampai tengah hari sunyi sepi macam tak ada penghuni dalam rumah, then bila adik aku balik muncul macam-macam bunyi keluar. Tu belum soalan-soalan yang diorang tanya lagi.


Macam waktu tengah makan semalam…

Sini (aku) :: waah, penatnya + hausnya.
Sana (lil bro) :: Penat apanya, apis kat sekolah tadi ada gotong-royong langsung. Kemas bilik tepi PRA tak penat pun.
Sini :: Penat la. Jemput korang tadi, puas tunggu… pastu masak lagi.
Sana :: Tunggu pun penat. Masak tu apis pun tolong..
Sini :: Bila masa awak tolong ngah masak?
Sana :: Tolong ape.. Tolong rase..
Sini :: kreeekkk…kreekkkkkk (sound effect tetiba muncul)

THEN…

Sana (lil bro sorang lagi menyampuk) :: ijan pun tolong ngah masak jugak..
Sini :: Tolong bilanya.
Sana :: Tolong tengok
Sini :: LOL… (aku give up! !) +.+

Till then, wasalam…


aku minah rempit’s (bhg. 1)


Assalamualaikum..

Hari ni masuk 4 hari aku di kategori under unemployment’s person atau bahasa yang kebanyakan orang gelar newbie menanam anggur (penganggur) sejak last day semester aku bergelar pelajar . Tak sangka macam sebelum ni rutin 4 tahun ulang alik dari bilik-ke-kelas tiap-tiap hari berakhir akhirnya.  Dah tok sah nak bangun awal pikir nak pergi kelas or tak, buat assignment and project case, tutor, quiz n test. Finally…finally weeehh… huaahaahaa…  (dalam sebenarnya hati rindu =.=)


 Tapi aku takkan pegang gelaran ini lama. Sekarang aku tengah start survey vacancy job kat internet and job street. Banyak tapi most of the job required >1 year experience.. alahai… cikai-cikai pengalaman yang aku ada just 3 month internship je.  That the problem ! ! korang ada kerja tak nak offer?? Don’t forget PM me yea…  (angkat kening double..wink..wink…) 


Sekarang ni just tunggu result final exam keluar.. hopefully everything in the best dot! (Dean On Top) a.m.i.n…. bukan senang nak naikkan pointer last-last sem nih. Jenuh menggadap buku siang malam beb. Bak kata saat tu la nak ngorat and kenen-kenen dengan buku.  Ber-cinta cintun sakan dengan buku and slide. Boypren tolak tepi je saat tu. Tapi kadang-kadang satu je masalah. Tersalah bercinta dengan buku lain.. yela ada saingan hebat.. “FaceBook”.. ~alahai…  dah ter-bersalah since telah menduakan kekasih gitu!


Sekarang aku duduk rumah tunggu result and next begin new life as working person. Duduk rumah pun macam-macam keje aku buat.. lengkap keje sebagai full time house wife. Mengemas… memasak… membasuh baju… jadi minah rempit’s jemput adik aku.. haa.. adacadabra tak adacadabra la aku sekarang. Siapa nak masuk ambil borang application kat teett…teeettt….teeetttt.. (sori line tidak dapat di sambungkan ! !)ha..haa…
“job you’ve never hear of is job you’d never do!

Till then, wasalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...