Wednesday, September 12, 2012

Kes tak keje hari ni

Assalamualaikum...

Yeaahh, arini tak keje !  !..
Walaupun weekend and weekday rasa macam sama je since aku keje 6 hari 'seheminghu', and cuti pun tak tetap hari apa yang dapat..
tapi bila sehari cuti rasa macam beeezzzzzttt gileerrrrr....
rasa cam tak nak bagun-bangun dari katil.. adoiiaa.. buruk perangai ~

but then, aku kan just cakap tulis "rasa" tadi ..
akibat dari tiap-tiap pagi da di-train-kan mata niha tuk bangun pagi-pagi pegi keje or kalau lewat pun mata da 'otomatik' celek,
tak leh jugak nak memerap kan diri atas katil..



so tak de keje lain bukak FB then dapat la meng-hapdet blog ni.
lagipun tadi terbaca satu artikal menarik tuk share ngan korang sama..

"Bismillah.
Fitrah manusia suka benda yang seronok-seronok dan suka ingat pengalaman manis-manis sahaja.(◕‿◕). Antara banyak yang menyeronokkan dan manis-manis itu, ada satu perkara yang 'paling manis' untuk diusahakan iaitu mengecapi kemanisan iman. (◕‿◕).

Bagi gadis-gadis yang sudah layak bergelar isteri, antara yang boleh dilakukan bagi mengecapi kemanisan iman ialah menerima atau menolak lamaran seseorang kerana Allah.

Yang dikatakan menerima kerana Allah mempunyai ciri-ciri berikut;-

1. Telah diselidiki agama dan akhlak di jejaka. Kemudian didapati ia bertepatan dengan kehendak al-Quran dan sunnah.

2. Telah dibawa berbincang dengan ibubapa (bapa terutamanya kerana bapa adalah wali. Jika bapa sudah tiada, rujuk wali-wali yang sah menurut turutan sebagaimana digariskan fiqh).

Peranan penting orang tua di sini ialah untuk menyelidiki latar belakang keluarga dan keturunan.

3. Setelah diusahakan melihat zahirnya, solat istikharah bagi mencapai kata putus dari Allah.

~ Bila kita menerimanya berdasarkan ciri-ciri di atas walaupun pada awalnya kita tidak pernah pun 'jatuh cinta' dengannya, maka itulah dikatakan menerima kerana Allah.

Yang dikatakan menolak kerana Allah;-

1. Si Jejaka mungkin lulusan agama tapi dia ajak 'couple' dulu sebelum melamar.
2. Si Jejaka kaya, 'hensem' dan keturunan 'glamer' atau memiliki salah satu darinya tetapi buruk akhlaknya.
3. Si Jejaka tidak solat, tidak puasa dan mengabaikan lain-lain perkara wajib dalam agama.
4. Si Jejaka suka ambil mudah dalam perkara dosa-dosa kecil walaupun dia solat dan puasa.
5. Boleh tambah sendiri. (Point utamanya ialah kurang beragama)

~ Ciri-ciri di atas ada pada si Jejaka sedangkan hati kita sudah mula menyayanginya. Bila kita menolaknya kerana terdapat ciri-ciri yang Allah tidak reda walaupun hati suka mungkin dengan sebab sifat 'caring'nya, atau 'hensem' atau 'nampak romantik', itulah dikatakan menolak kerana Allah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم. berkata,

من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنع لله فقد استكمل الإيمان.

“ Sesiapa menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menahan (tidak memberi) kerana Allah. Sungguh dia telah menyempurnakan keimanan.”

Hadis direkod oleh Imam Ahmad."

sekian~
lagi lama online, rasanya makin banyak la bazir masa.
rumah n bilik pun tak komas-komas lagi..
till then, may Allah bless u all.. wasalam..

4 comments:

mimi halim said...

comei kucing

Ain Dzaya said...

sbb tu syg nak lepaskan seseorang yg kita cinta ..even dia ada sket kurang..hohoho..sbb tkut ta jumpa yg cmtu dah...hmmm..cmne nak tabahkan hati..


Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

shasa_fiez said...

@ mimi halim :: hehe... kucing pinjam.

shasa_fiez said...

@ Ain Dzaya :: ('',) betul. ! !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...