Followers

Wednesday, July 18, 2012

Ejek-mengejek. normal kah?

Assalamualaikum..

teringat kembali zaman budak-budak dulu..
zaman kanak-kanak rebina yang baru belajar nak jadi kanak-kanak blueberry..
zaman yang paling banyak menyimpan kenangan bila start menjejakkan kaki masuk sekolah rendah dari kelas PRA or tadika.
zaman bila kena pukul sikit da mata merah berair... hingus leleh... pastu start la lari kejar si "jahat" satu kelas.
kalau dendam tak terbalas, siap la besok sambung balik. (dapat baling kapur tulis pun jadilah)
hahaha !

tu baru sikit nak cerita...
belum bab-bab bila start ejek mengejek.
ada je bahan boleh dijadikan sebagai penyebab tercipta nya nama untuk di "e.j.e.k"..
kurus sikit dapat la nama cicak kubeng, gemuk sikit badak, kalau garang siap nama harimau, ada jerawat sikit mentol lampu, kalau budak hyper sikit panggil monyet.. etc..etcs...
haaa...tu  lom lagi masuk bab main nama mak ayah.
cakap kang ... cakap kang .... =.='
cam normal jek bila zaman budak-budak main ejek-ejek canggini.. yeke??

ingat dulu-dulu je fenomina ni tapi rupanya sekarang pun ada lagi ! bak kate 'tak luput dek zaman' ewahh
since teringat balik cerita sebulan lepas, bila kawan aku stori kat aku pasal anak jiran dia :
watak (shasa : budak skull lagi) (k.k : kawan aku)

shasa : hai kak kina... kak kina...kak kinaaaa...
k.k : hai, shasa (haaahh dia da mai da...dia da mai daa..) ye dik?
shasa : nak tau kan hari tu kat skola semua budak nak kawan dengan shasaaaa..
k.k : o yeke..
shasa : kalau dulu sume ejek shasa je..
k.k : laa, kenapa pulak dia ejek shasa.
shasa : diaorang ejek shasa budak mata stem.. (sambil refer kat mata dia).. kak kina tengok mata shasa ni    mata stem tak?
k.k : (sambil besarkan mata)eh takde la. comel je. (dalam hati, adalah jugak termasuk dalam kategori mata stem). bagusla, sekarang ni diorang dah tak ejek shasa dah kan? semua nak kawan dengan shasa dah.
shasa : ejek. tapi diaorang dah tukar
k.k : tukar?
shasa : sekarang diaorang tak panggil shasa budak mata stem dah, tapi panggil shasa budak BM. sebab aritu driver shasa tak dapat hantar shasa kat skolah, pastu mama la yang kena hantar shasa. mama antar naik BMW. kat skolah semua budak pandang, bila diaorang tau shasa anak orang kaya baru diaorang nak kawan dengan shasaaa...


seee..seee... siap boleh main tukar-tukar lagi..
aku gelak jela bila dengar kawan aku stori aritu. dalam hati "kalau ko dengar citer aku lagi la ko nak gelak wehhh ~) huhu !

2 comments:

sea_lavender said...

Terus rindukn zaman kanak2 heee ;D

shasa_fiez said...

@ sea_lavender :: heee ~ sama la kite

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...