Sunday, July 22, 2012

Di bulan ramadhan ni la saya nak tengok perangai awak yang sebenar - benarnya

Assalamualikum.


Alhamdulillah, selamat menempuhi hari pertama ramadhan. Dan hari ni terasa macam kanak-kanak yang tak sabar nak berbuka.. yela, pagi tadi bangun dah lambat, makan ala kadar cukai tol jela. makan laju-laju macam touch and go. nasib ngam-ngam je berhenti waktu da imsak. kalau TAK? mmm... telan air luir jap

Puasa tidak menghalang kita untuk bekarya, selagi tidak melampaui batas. (jangan duk melekat 24 jam lagi dah lepas ni. peringatan tuk batang idung sendiri INGAT !! "caps lock on" ).  Jadi sementara menunggu azan magrib berkumandang sempat jugak la aku tulis post ni. alhamdulillah..

Since dibulan yang ,mulia ni tak salah saling ingat mengingati dan post tajuk-tajuk yang boleh beri manfaat bersama. Since aku ni pun bukan "sempurna", tapi sama-sama la kita baiki diri kan. Uke, pernah tak ada orang cakap camni  :


"Di bulan ramadhan ni la saya nak tengok perangai awak yang sebenar - benarnya . Sebab syaitan semua dah diikat"
Haa.. betul sangat la tu. Aku pun telan air liur kejap bila kalau ada orang cakap camni. Yela, kalau sebelum ni asal malas or liat sangat nak bangun buat solat sunat or even solat fardhu, boleh la korang cakap "ala, ni semua keje setan yang kaco aku.. aku nak buat ! tapi tu la, dugaan la katakan.." amboih, salah menyalah satu same lain ye?
macam la diri tu ada dua, kejap si setan yang kawal then balik kepada rupa asal korang kan? Tapi waktu sekarang ni memang u are the one! takde nak salah kat si setan tu da.. sekarang semua si setan kena ikat, jel, gari ... jangan nak tunding jari and cari alasan lain. 
Jadi sama-sama la berubah perangai yang tak berapa baik kepada yang baiikkkkk-baiiiikkkkkk aje.. insyaAllah. Lepas tu kita kekal kan, serap and hadam betul-betul supaya jadi satu amalan kebiasaan. 
Yassin ~ alhamdulillah song:
ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….
p/s: when the vision is clear, the action gets easier..

2 comments:

SoLy SoLicious said...

dugaan kita melawan godaan nafsu ^^

shasa_fiez said...

@ SoLy SoLicious : totally ! nafsu mkan terutama nya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...