Monday, July 30, 2012

Baca post sampai kembang lubang hidung

Assalamualaikum..

Harini anak kepada pak usop post satu status yang aku gelak sampai kembang hidung..
mula-mula boleh la cover sengeh-sengeh macam kerang busuk..
tapi bila dah due kali pandang pastu tambah dengan perisa jeling-jeling tahap tenggeling memang dah macam sengeh ikan kering busuk la pulak.

meh aku kongsikan kat sini post dia.

(1) - saye nak cakap sesuatu kat awak. tgk no .5
(2) - Jawapannya tgk no.11
(3) - Jangan maraa ea.. tgk no . 15
(4) - bertenang, jangan marah, tgk no.13
(5) - Tgk no.2 dulu.
 
(6) - Jangan Maki Hamun, Tgk number 12
(7) - saye just nak cakap, selamat berpuasa. miss u like "muahh..muaahh" ^^
(8) - Ape yang sye nak bgtau awk ialah. TGK NUMBER 14
(9) - Sabor ya, tgk Number 4 dulu.
(10)- pergh, ni last sye buad mcm ni. tgk number 7
(11)- Harapny awak tak marah kat saya bile sy kta tgk no.6
(12)- Maaf, tgk number 8
(13)- Jgn marah-2, tgk No 10
(14)- sye tak tao mcm ne nak ckp ni, tp tgk number 3
(15)- Awak mesti marah gila pnye kan, tgk number 9
Arrhhh, mula-mula sangat la annoying. sampai taknak tengok nombor lagi dah. pastu bila da habis rase cam alolololllooo sewit la. tapi siyes cakap, kalau duduk bersembang dengan anak pak usop ni memang susah la nak stop. then, kalau da berjaya stop tu pulak ada jela "to be cont.". tak sempat besoknya, pagi tu bukak je mata start la pot..pett balik...
so..best quotes dedicate for "U" la pren.
People always think that the most painful thing in life is losing the one you value. The truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too.

Sunday, July 29, 2012

Pesanan bagi yang ingin "Bergelar Isteri Solehah"

Assalamualaikum.

Satu post yang "nothing to lose". Pesanan bagi yang ingin "Bergelar Isteri Solehah"

1. Bacalah Al-Quan setiap hari walaupun hanya 8 ayat

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk cukup dengan mencium Al-quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga tidak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini"
2. Mendidik anak secara islam
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masuun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya
3. Hidup bersederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup bersederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir untuk memohon keampunan kepada Allah ke atas wanita itu"
Alangkah bahagianya diri kita dilahirkan sebagai wanita. sungguh bertuah ! 
4. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah
Galakkan suami untuk bersolat jamaah di rumah, masjid atau surau kerana ia akan dapat pahala berjamaah suaminya  termasuk solat dia sendiri.

p/s: bukan untuk orang lain. renungan untuk aku juga. NOTED THAT !

Wednesday, July 25, 2012

oh my ramadhan..

Assalamualaikum..


Seperti biasa beri laluan kepada "tazkirah ramadhan" yang penuh barokah ini untuk manfaat bersama.. insyaAllah.
"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa. (H.R. Bukhari dan Muslim)"

Alhamdulillah.. satu lagi tazkirah yang dapat dikongsikan bersama. ;)

Seperti biasa, puasa kali ini full time aku kat rumah.yeaaa.. (yela selama ni kat mesti pose kat Uni, so,patut sekali di beri kebenaran untuk menunjukkan sipat-sipat(sifat) untuk menyerlahkan perasaan hepi kan..kan. .).buat muke yang memang nak kena flying kick. redha jela ~ (-.-)

kali ni tak payah da pening-pening nak carik tiket bas bila tiba hujung minggu. then, bila time berbuka pulak tak payah da nak message/kol mak kat rumah tanye menu berbuka. pastu menyesal sendiri sebab menu yang diberitahu  sangat2 "marbelus" sampai telan air liuq je. tu belum masuk waktu nak bersahur. tak payah da nak rajin bangun since dah tahu just minum air masak je kalu kat Uni (kat rumah mesti akan makan nasi punya). cikai-cikai pun mesti ada "serunding" ke...telur masin ke... tu pun da best gile !

Ok sekarang mari kita tadah tangan dan berterima kasih pada tuhan cepat. "Ya Allah aku bersyukur padaMu". :) oh may ramadhan kali ini lebih bermakna disamping family terchenta. Plus my sibling yang tengah cuti sem pun hado. so agak meriah ramadhan kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

tapi, still dalam mood hepi yang "terkinja-kinja""ter-ngada-ngada" ni pun moment berpuasa kat Uni totap dalam kenangan kepala otak. mana bole lupa kalau dulu dalam kelas pun da pot pet bincang menu nak berbuka padahal tengahari pun tak lagi, pastu tukar-tukar makanan kasi round satu lantai (macam ada dinning table jek kat hostel kann), berbalas bunyi perut bila time tak terbangun sahur sampai malu kat "mamat" meja sebelah, and yang paling penting turun bertarawih bersama-sama. 

but then, berpuasa tetap berpuasa walau kat mana kita berada. even diaorang nun diperantauan.. and diorang nin diperasaan... sama-sama perbanyakkan amalan pada bulan puasa ini. kita tidak tahu bulan puasa yang akan datang kita dimana? till then, wsalam.

Monday, July 23, 2012

Selamba redah

Assalamualaikum..

Mukadimah pertama eloklah dikongsi sedikit "tazkirah ramadhan" semoga sama-sama mendapat kebarakatan di bulan mulia ini. insyaAllah~

Rasullullah s.a.w bersabda: "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumannya demi Aku. Untuk setiap orang puasa ada dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan waingan kasturi" (HR Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah..
berbalik pada topik kita semula, bulan puasa camni memang tak sah kalau tak pergi ke bazar ramadhan. tak kira kat ceruk mana korang tinggal mesti ada tempat yang dijadikan lokasi untuk menjual juadah berbuka puasa. yang menampakkan bezanya cuma saiz besar kecik...panjang pendek...bazar tersebut aje. lagi besar lagi la meriah bak kate orang. kate bukan orang tu aku tak tau la... ;p



macam kat tempat aku memang la panjangggg... korang pilih je nak juadah ape "macam-macam ado ! " dari kuih yang bako-bako, yang goreng, yang panggang .. cari je. sampaikan korang jadi pelik since tengok jenis kuih sama tapi "kaler" uihh jangan nak cakap la. tah dari plenet mana muncul. hijo la, biru la, kuneng la, cekelat, meroh..hoho (hamek ejaan ayat aku punya la loghat.haha). contoh senang macam apam or cupcake. pokidot sana, pokidot sini.. tompok sana..tepek sini... =.='. Itu belum kire yang nasi, bubur, ayam, ikan, mee lagi.

bukan tu je, macam-macam jenis orang pun ado! nak-nak time awal-awal puasa macam ni. kalau tak de semangat "selamba redah" memang takleh nak jalan. (dah kurang amalan puasa). so jaga la pandang.. sama dengan pergulaian pergaulan ye. nak selamat pakai la baju kebal ke..baju nak gi perang (jangan bawak tembok or pedang dah la).. tapi jangan buat tabiat pakai baju tunjuk hero cam supermen dah la, "sepende seluar kecik" kat luar tu. ishh..issshh ko hingat hensem ke haa?

jadi sama-sama kita waspada dan kekalkan amalan ibadah yang kita kumpul sehari-harian. insyaAllah..
akhir kata dari aku biar selamba beribadah, jangan selamba redah.. peace! till then, wsalam.

p/s : selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. maaf jika ada yang tersinggung oleh mana-mana kata dalam penulisan ini.

credit, photo by orang temerloh fan club



Sunday, July 22, 2012

Di bulan ramadhan ni la saya nak tengok perangai awak yang sebenar - benarnya

Assalamualikum.


Alhamdulillah, selamat menempuhi hari pertama ramadhan. Dan hari ni terasa macam kanak-kanak yang tak sabar nak berbuka.. yela, pagi tadi bangun dah lambat, makan ala kadar cukai tol jela. makan laju-laju macam touch and go. nasib ngam-ngam je berhenti waktu da imsak. kalau TAK? mmm... telan air luir jap

Puasa tidak menghalang kita untuk bekarya, selagi tidak melampaui batas. (jangan duk melekat 24 jam lagi dah lepas ni. peringatan tuk batang idung sendiri INGAT !! "caps lock on" ).  Jadi sementara menunggu azan magrib berkumandang sempat jugak la aku tulis post ni. alhamdulillah..

Since dibulan yang ,mulia ni tak salah saling ingat mengingati dan post tajuk-tajuk yang boleh beri manfaat bersama. Since aku ni pun bukan "sempurna", tapi sama-sama la kita baiki diri kan. Uke, pernah tak ada orang cakap camni  :


"Di bulan ramadhan ni la saya nak tengok perangai awak yang sebenar - benarnya . Sebab syaitan semua dah diikat"
Haa.. betul sangat la tu. Aku pun telan air liur kejap bila kalau ada orang cakap camni. Yela, kalau sebelum ni asal malas or liat sangat nak bangun buat solat sunat or even solat fardhu, boleh la korang cakap "ala, ni semua keje setan yang kaco aku.. aku nak buat ! tapi tu la, dugaan la katakan.." amboih, salah menyalah satu same lain ye?
macam la diri tu ada dua, kejap si setan yang kawal then balik kepada rupa asal korang kan? Tapi waktu sekarang ni memang u are the one! takde nak salah kat si setan tu da.. sekarang semua si setan kena ikat, jel, gari ... jangan nak tunding jari and cari alasan lain. 
Jadi sama-sama la berubah perangai yang tak berapa baik kepada yang baiikkkkk-baiiiikkkkkk aje.. insyaAllah. Lepas tu kita kekal kan, serap and hadam betul-betul supaya jadi satu amalan kebiasaan. 
Yassin ~ alhamdulillah song:
ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….
p/s: when the vision is clear, the action gets easier..

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Kenal ke idok pokcik ni?
Hang tak kenai noo, tiap-tiap taun due kali keluar tivi
dah la tu, siap buat live lagi.. gelemer tak gelemer pokcik ni.. hang adoo..? ?


jadi suka disini aku ingin mengucapkan.. penggunaan ayat skema disini

.....AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....
Bulan mulia di mana terbukanya pintu segala kebaikan dan tertutupnya pintu kejahatan..
semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 ( even lebih lagi ) kebaikan kepada semua.. insyaAllah.

since malam besok kita start tarawih, bangun sahur serta melipat kali gandakan..darapkan..tambahkan... (no tolak-tolak) amalan. Jangan lupa sama-sama kita :
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar

☑ Delete Dosa
☑ Approve Maaf
☑ Search Pahala



yang tetiba terputus fius hilang ingatan baca niat puasa jangan risau.. aku sebagai seorang sister se-islam , perlu lah saling ingat mengingat.. tak gitu...


Fully prepared?
O Allah ! Make us reach Ramahan !
(In A state of good health and high eeman !)
Allahumma Amin..
p/s : actually, tak pernah miss tgk pengumuman puasa.tp kenapa tahun nih aku trlepas ? Arggh ! Kenapa! tapikan.. bila dua kali tengok bukan ke pokcik ni pokcik baru ke? 



Hijabista magazine edisi 2

Assalamualaikum..

Exclusively present hijabista magazine second edition..
waa... congratulation...CONGRATULATION... (nyanyi seket ~ bertepuk-tepuk tangan, bertepuk dengan riang.)
fresh dari oven ni, since dyorang pun baru update dekat fb.


rasanya baru je lagi keluaran pertama keluar. (time promosi dekat book fair @ PWTC dulu)
tup.tup.... da keluar pun second edition.



so, siapa yang memang da mengikuti dan memiliki majalah ni mesti korang da tak sabar-sabar nak pergi merompak  mendapatkan nya di kedai buku.
tambah lagi satu koleksi majalah korang yek..

akhir kata dari aku.. kenang aku dalam doamu ~ ehh, tak pasal (sengkeh kepala sendiri)


Cara hadapi masalah Virus 'short cut'

Assalamualaikum...

V.i.r.u.s adalah salah satu penyakit kronik yang dihadapi oleh 'baby' kesayangan korang yang bukan setakat menyerang si acer je malah si asus, hewlett packard (hp), compex, toshiba, oren apple, lenovo, alienware, sony, samsung, dell and etcs...
since aku ni pun bukanlah pakar comp sangat bila si virus and the geng (trojen, zebra, worm dll) datang serang the best way pakai la anti-virus (as the defense la kalau dalam game bolasepak terajang)

itu baru dalam kategori laptop yang diserang. and aku pun tak boleh nak tolong kalau si virus tu still boleh serang ur laptop even da pakai anti-virus tahap power ranggers pun tak membantu..
sila la contact atau hantar kat si "terer bab-bab comp" pula kan. reformat balik kasi clean and clear dia punya face daaa~ !

but kalau dulu problem yang selalu aku hadapi yelah virus shortcut niha..
sebab utama bila kite ni save pakai pendrive and cucuk kat banyak comp/laptop yang dijangkiti virus.
sampaikan korang terpaksa scan punya scan punya scan then habis semua file-file penting ..
pernah hadapi tak? ?
sekarang tak perlu risau lagi..
Entri kali ini aku jemput Sis Fiza untuk kongsikan cara untuk menangani virus 'short cut' secara satu persatu memandangkan semakin ramai yang terkena virus ini di komputer mereka.

Scan disk yang terkena virus tersebut sama ada C / D / E / pendrive / external hard disk dll (gambar ini menggunakan antivirus Avira)
 Setelah siap scan, buka bahagian yang di 'scan' tadi sama ada melalui 'address bar' sebagaimana gambar ini atau buka melalui 'explorer', atau boleh juga dibuka melalui 'right click' partition tadi  - OPEN. Elakkan buka disk dengan 'double click' disk tersebut.
Ni foto virus 'short cut' yang menyerang laptop korang.
Folder yang tertulis 'short cut' ini hendaklah di 'delete' satu persatu. Bagaimana nak mengenal sama ada folder itu adalah virus atau tidak?  Kebiasaannya saiz folder virus adalah sama contohnya berkapasiti 1KB (seperti foto ini), atau 2,3 folder berlainan berkapasiti 100KB/150KB dll. Point di sini, folder itu bukan milik anda tetapi  mempunyai kapasiti yang sama besar.

Setelah folder virus di 'delete', hanya fail ini yang tinggal sedangkan ada lagi fail yang hilang. Cara untuk dapatkan semula fail / folder yang hilang ikuti langkah di bawah ini
-> MY COMPUTER -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP)
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> tick pada ‘Show hidden files and folders’.
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu
      ‘Hide extentions for known file types’ dan 
      ‘Hide protected operating system files’. 
Selepas untick "Hide Protected Operating System Files", akan keluar Warning begini, klik YES



Anda akan dapati folder anda yang hilang tadi muncul semula tetapi warna folder tersebut samar-samar. Anda letakkan 'cursor' pada folder yang diingini, kemudian  'right click' - Properties – General-

Untick ruangan 'Hidden'



selesai satu masalah..hopefully lepas ni bolehla selamatkan file-file penting yang ada dalam tumbdrive and pendrive korang.
p/s : for students especially yang banyak save file-file penting dalam tumbdrive, aku saran kan untuk buat backup or buat satu copy dalam laptop korang. yela segala kemungkinan tak boleh dijangka.. kalau da kena ngangis berlagu cindai la sayang "dato' siti" pun takde makna...


Wednesday, July 18, 2012

Terasa nak marahkan diri sendiri?

Assalamualaikum..

Malam ni terasa nak marahkan diri sendiri..
sebab ? ? huhu malas nak stori nanti sedeh. leleh kang...leleh kang...so biar la rahsia
then,  terus online, konon-konan nak update status la sangat.
tapi kalau sebelum ni pun aku bukan jenis yang ber-emo sikit nak report kat facebook bagai so aku HENTIKAN jela..
wat kecoh je kan.. sikit-sikit nak repot kat makcik pacebuk (facebook)
baik amek air sembahyang, ngadu kat Allah. that the best way...should be, ukeh ! !

since nak memujuk diri sendiri ni tetiba ada la post sorang member ni..
terkena lak dengan mood aku lak tu,
eeeh..ehhh... cam tau-tau je orang tengah feeling-feeling kan.
so update blog kongsi dengan korang..

WAHAI JIWA

Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas  bumi Allah yang luas,
sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang,
selagi engkau terkurung dalam ruangan yang sempit itu,
wahai jiwa yang memilih untuk memanjangkan kesedihan,
kerana kehilangan sesuatu yang dicintai,
sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus,
tidak akan dapat mengembalikannya kembali.

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas,
dan merasa tidak terampun,
dan sesungguhnya rahmat Allah itu luas menjangkaui seluruh ciptaan,
kecapilah rahmat tersebut,
janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali,
sesungguhnya jalan itu banyak,
tinggal lagi engkau harus mencari,
malangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku wahai jiwamu, aku ingin berbicara...
orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih,
orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.



syahdu tetiba...
sekarang mood da kembali o.k.e.h..

 p/s: Patince is a virtue, the moon and the sun learned long ago that, if each patiently waits its turn, they will both have chance to shine...

Ejek-mengejek. normal kah?

Assalamualaikum..

teringat kembali zaman budak-budak dulu..
zaman kanak-kanak rebina yang baru belajar nak jadi kanak-kanak blueberry..
zaman yang paling banyak menyimpan kenangan bila start menjejakkan kaki masuk sekolah rendah dari kelas PRA or tadika.
zaman bila kena pukul sikit da mata merah berair... hingus leleh... pastu start la lari kejar si "jahat" satu kelas.
kalau dendam tak terbalas, siap la besok sambung balik. (dapat baling kapur tulis pun jadilah)
hahaha !

tu baru sikit nak cerita...
belum bab-bab bila start ejek mengejek.
ada je bahan boleh dijadikan sebagai penyebab tercipta nya nama untuk di "e.j.e.k"..
kurus sikit dapat la nama cicak kubeng, gemuk sikit badak, kalau garang siap nama harimau, ada jerawat sikit mentol lampu, kalau budak hyper sikit panggil monyet.. etc..etcs...
haaa...tu  lom lagi masuk bab main nama mak ayah.
cakap kang ... cakap kang .... =.='
cam normal jek bila zaman budak-budak main ejek-ejek canggini.. yeke??

ingat dulu-dulu je fenomina ni tapi rupanya sekarang pun ada lagi ! bak kate 'tak luput dek zaman' ewahh
since teringat balik cerita sebulan lepas, bila kawan aku stori kat aku pasal anak jiran dia :
watak (shasa : budak skull lagi) (k.k : kawan aku)

shasa : hai kak kina... kak kina...kak kinaaaa...
k.k : hai, shasa (haaahh dia da mai da...dia da mai daa..) ye dik?
shasa : nak tau kan hari tu kat skola semua budak nak kawan dengan shasaaaa..
k.k : o yeke..
shasa : kalau dulu sume ejek shasa je..
k.k : laa, kenapa pulak dia ejek shasa.
shasa : diaorang ejek shasa budak mata stem.. (sambil refer kat mata dia).. kak kina tengok mata shasa ni    mata stem tak?
k.k : (sambil besarkan mata)eh takde la. comel je. (dalam hati, adalah jugak termasuk dalam kategori mata stem). bagusla, sekarang ni diorang dah tak ejek shasa dah kan? semua nak kawan dengan shasa dah.
shasa : ejek. tapi diaorang dah tukar
k.k : tukar?
shasa : sekarang diaorang tak panggil shasa budak mata stem dah, tapi panggil shasa budak BM. sebab aritu driver shasa tak dapat hantar shasa kat skolah, pastu mama la yang kena hantar shasa. mama antar naik BMW. kat skolah semua budak pandang, bila diaorang tau shasa anak orang kaya baru diaorang nak kawan dengan shasaaa...


seee..seee... siap boleh main tukar-tukar lagi..
aku gelak jela bila dengar kawan aku stori aritu. dalam hati "kalau ko dengar citer aku lagi la ko nak gelak wehhh ~) huhu !

Tuesday, July 17, 2012

Aummm... cak !

Assalamualaikum..

"if laa.. if people could read my mind, i would get slapped ... a LOT"
why?
sebab who are told u to read my mind ...... !!!! u know wat i thnk about rite now.. =.='
haha, no kidding.. but the most reason tak semua yang korang pikir tu betul
even, kalau betul pun memang korang budak physic la, pandai psycho orang.
dan yang penting aku takyah la susah-susah tulis post da pasni.

kenyataan (back to reality),
post ini bertujuaan untuk sengkeh kepala sendiri..
ni berpunca kepada kesilapan yang takpatut korang buat.
PUNCA :: misalan kalu korang tetiba jumpa budak comel
pastu nak main "aum cak...auuummm caakkk ! !"
korang bajet nak buat dia terkejut beruk or ketawa terbahak-bahak la kan.


TAPI . .
bila korang tetiba dapat idea lagi best, 
yang lain dari yang lain macam nak wat surprise yang bukan setakat terkejut beruk dah,
tapi terkejut GODZILLA then kalau ketawa tu tahap terkentut-kentut (maaf dengan penggunaan kata disini)
baik korang hentikan. !! 
sebab ia mengandung mengundang kepada situasi di bawah.


akan keluarlah bunyi nyaring sampai duepoloh tune suara... WAAAA ! !
tu belum campur dengan pitching lagi.
huhuhu !

the END puas la kena pujuk tahap wat mata kucing dalam cerita shrek pun tak dlayan..

There are stick together

Assalamualaikum,

Sometime some are things stick  together..
when, it happen.
we really say " oooo "




lastly...





Sunday, July 15, 2012

Kenduri

Assalamualaikum..

Harini ada satu kenduri kat depan rumah,
aku macam biasa, akan keluar serentak macam orang yang datang dari nun jauh disana wlaupun hakikat yang memang dah nyata lagi terang rumah aku nin disini jek.  
tak pun terlebih jauh macam kena tukar train 2-3 kali pastu "stuck" kat dalam jam dek ada eksiden, pastu dah sampai lak kena naik bukit macam bukit batu cave sana, dah rasa nak sampai boleh la lap-lap peluh sikit sambil celet sikit 1drop popium (perfume)..
fuhh, explen kemain. punya la tak logic.

kenyataanya, 
rumah aku ni kalau ikutkan pepatah ibarat sekangkang kera je dari rumah orang kenduri.
tak pun ibarat panjang sejengkal bak kate orang tua dulu-dulu..
pastu mula la cakap dalam ati..~ heleh tipu sangat, sekangkang denasor tu aku caye la jugek! sambil wat mata takder insurans
time orang berpusu-pusu datang tu la ada aku menyelit diantara mereka. (ce cari aku ...ce cari aku)

kat dalam rumah kenduri tu pula mula la buat muka macam newbie kat kampung ni.
padahal, dengar je makcik cakap anok sape te...? teee..anok bang mat! rumoh belakang niha...
haaahhh kan dah kantoi terang-terang. newbie la konon... newbaby tu ye la jugak orang tak kenal anak siapa

yang kita boleh buat adalah dengan memberikan sepenuh senyuman manis yang ada..
senyum itu kan sedekah ~
nak cerita lagi tapi mata kata tido.. so tak boleh inkar. yeahh mata menang !! 

mood : so sleepy tahap takleh tahan-tahan da.

Saturday, July 14, 2012

Rindu kawan-kawan bila da grad

Assalamualikum..

saat indah ~
saat hiba ~
kunya nyikan (ku nyanyi kan) lagu ini untuk mu... huuu....




hoyehhh...
to all ~
Nurliana Zulkifli, Liyana Abdul Karim, Umairah Shahrir, Nina Syakina, Asmawati Mamat, and Nur Hafizah Mat Saad.

rindu korang like orang 'gilak' la.

mood masa tulis post :: teringat memori lama. Memori time "study" yang paling banyak simpan kenangan dalam poket.

Friday, July 13, 2012

Ini semua salah internet

Assalamualaikum...

Some people don't sleep
because they have Insomnia,
and I cannot sleep
because I have internet connection.

And  i sure that happen to you alls sometime.
it START from :






If NOT ::




Projek pelita bukan tunggu bila nak raya je

Assalamualaikum.

hai *sambil lambai-lambai tangan , menunjuk-nunjuk gigi jongang

biasa dengar pepatah " sekumit kau berkongsi, rantaian kebaikan bertautan" ~ sambil kembang kuncup hidung
tak penah ! !
bukan korang je aku ni ha pun baru first time dengar..
saja bikin gempak, padahal dua kali lima tolak lima tambah lima darap lima bahagi lima jawapan duepoloh jugak sama dengan korang jugak. (sila baca dengan sekali lafaz...huahuaahhaa..)

kiranya, pepatah ini bermaksud apa kita pegang dan ada, perlulah saling berkongsi justeru hidup kita lebih bermakna. Dan ini adalah sempena satu program amal yang ingin aku kongsikan bersama orang ramai tak kiralah blogger, sahabat handai, tuan puan, kakak abang adik.

This is one community program where a program is to help underprivileged children and students in rural area of Sarawak. And the main objective of the program is DONATE YOUR OLD BOOKS and VOLUNTEER NOW! Join and be a part of the biggest book drive in Malaysia's history.




dijemput  wartawan dari sarawak membuat laporan ::
"ehemmm... mic test.. 1...2....3.... oke clear..
kiranya, ini yang masing-masing kitak pegang, bahwa hidup ini hanya bisa diertikan dalam kitak saling berkongsian, jadinya berbesar hati kami untuk berkongsi acara amal oleh Projek Pelita yang sedang melakukan aktiviti pengumpulan bahan bacaan untuk kegunaan anak-anak di perpustakaan pendalaman Sarawak.

ayuh bersama kitak menyokong penuh acara amal ini dengan langsung menyumbang bahan bacaan untuk kegunaan anak-anak kecil di sana.

maklumat lanjut boleh diperolehi di laman Facebook Projek Pelita ya !"
http://www.facebook.com/ProjekPelita
so what are you waiting for , lets start donate your books! that program will be held on 16-22 July, 10 am to 8 pm. Drop your book at those respective place. OU, Ikano Power Centre, Subang Parade, Bangsar Village @ ProjectPelita # bookdrive.We appreciate donation of all types of educational books.

Monday, July 9, 2012

Wakeup and be part of running man

Assalamualaikum...

Last post, aku ada tulis pasal running man..
yeaahh lari sikit dari random story yang biasa aku tulis
bagi yang TAK minat cerita korea ni memang akan rase ~ uweekkkk...uweeillkkkk..
then, pada yang memang layan giler citer ni akan cakap ~ deebbbaakkkkk..!


Femes memes sangat variety show ni ha, bukan je kat tanah air diorang Korea even kat seluruh Asia.
termasuk la Malaysia.
Episod series pun da lebih 100+ (mak aih kalah cerita indon yang ber-episod2 yang makin hari makin mengarut tengok)
tapi walaupun da cecah 100+ episod dia, still fan-fan and penonton setia diaorang tertunggu-tunggu nak tengok the next episod, termasuk la aku (korang pun kan yang hantu cerita ni jugak.... gimmi five skit..paapppp~ yang laki-laki no...no..no...takley-takley bukan muhrim.)



by the way kalau kita tengok diaorang ni refer to those in running man ni bukan la set-set kite yang umo belasan tahun or awal 20..
yang boleh dikategori kalau berjalan, berlari tu still tak semput lagi..
yang kalau bershopping 12 jam tu still cool, tak penat.. tak berpeluh pun (yela indoor shooping kan, duduk dalam ekon aircond berjam-jam)
tapi diaorang ni da umo 30-45 dah.. (except si gwang soo)
maintain je boleh berlari, main kejar-kejar..hid n seek (cak..cakk lagi), kena macam-macam tugasan,
siap si VJ of the artis tu pun kena fobia lari-lari sekali.
fulamak la kan, ce korang bayangkan kalau kat Malaysia ni ha
pakcik-pakcik kita duk main lari-lari, kat tangah public lagi..
tak ke korang akan cakap "huuh.. da buang tabiat ke hape orang tua ni"


korang tengok...
siap cakap buang tabiat lagi.. mengalahkan orang yang buang anak..
tak caya try korang sendiri tetiba masuk shopping complex or kat tengah bandar main lari-lari?


p/s :: ambil yang positif dari cerita ni
1. Even bila tengok cerita ni, gelak-gelak sampai boleh putus urat k*n*t*t ia bagus sebagai terapi menghilagkan stress.
2. Kalau seminggu sekali korang tengok diaorang lari-lari, pe kate korang pun at least seminggu sekali pergi main lari-lari jugak. maksud aku jogging or exercise. (ingat bukan di shopping complex or tangah-tengah bando)
3. Kekalkan semangat berkumpulan and persahabatan.

till then, wsalam.

Running man in cartoon version

Hye and Gud days !
special for running man fan
those are cartoon version for each cool characters.

















Thursday, July 5, 2012

Setinggi Rooftop rant

Asslamualaikum..

hari ni sipe siapa puasa sunat?
alhamdulillah... bukan senang nak amalkan perkara-perkara sunat camni.
sedangkan puasa wajib bulan ramadhan pun ramai yang ter-miss and cari alasan ni kan pulak puasa sunat.
so tuk korang yang berpuasa, tumb up..
banyak pahala kita dapat, insyaallah.

But then, puasa..puasa..jugak..
amalan harian jangan di jadikan alasan untuk TAK NAK buat..
we need to balance...
dan amalkan zikir2 untuk menambahkan ke-ba-ro-ka-tan puasa kita.

Like to shara one "kalam" or tulisan dari Tirsy

a story that mix inspiring story,'hlovate falsafah' and something for us to think to become a better person for here and hereafter.
from the brutal girl to faminin girls.

"Dan apabila ternampak benda yang lawa, kena la sebut "Subahanallah", Maha Suci Allah. sebab semua benda Allah yang buat. Ada ke dalam sejarah manusia itu cipta biji kacang cinonet yang boleh tumbuh besar jadi pokok kacang? Memang tak de. tu kalau nak kira kacang yang kecik cineenot tu. Belum lagi matahari bulan bintang."

"Dan bila dapat rezeki kena la kata "Alhamdulillah" sebab semua rezeki Allah yang bagi. Segala puji bagi Allah. walaupun mak bapak kita yang bagi makan hari-hari, tapi semua tu Allah juga yang bagi. Rezeki Dia punya. Makhluknya hanya alat untuk Dia menyampaikan rezeki itu."

"Dan apabila kita buat silap kena la sebut "Astaghfurullah". Kalau bukan Allah yang mengampun dosa, siapa lagi? Kecuali dosa sesama insan. Kena la mintak maaf dengan mangsa keadaan tu sama, dan minta maaf dengan Allah juga.."

Sound like ustazah ehhh....
Better saund like an ustazah daripada yang dah tau tapi buat-buat tak tau. Baik la orang kata poyo daripada kumpul dosa percuma berkoyan-koyan.

 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...