Wednesday, June 20, 2012

Aku minah rempit's (bhg. 2)


Assalamualaikum..

Time duduk kat rumah rasa macam cepat je masa berlalu. Tup-tup dah dekat  seminggu lebih dah jadi pengganggur. Bukan tak dapat kerja, just belum apply lagi mana-mana. Tunggu result keluar dulu. Then, baru decide nak apply kat mana.. or ter-salah technique aku ni?? Since, member-member aku sekarang da ramai duk tunggu surat tawaran keje sampai. Emmm…. (ko jawab bedah… ko jawab..)


But aku ada reason kukuh di kenapa?…why?…maza?... weyoo?(korea la sangat) aku tak apply mana-mana dalam waktu sekarang even nak mintak part-time job kat mana-mana cafe or supermarket.
Nak citer pun seday medey sebenarnya.. sob..sob…


Tapi ku gagahkan jua tangan ini untuk menaip keypad… membesarkan mata ini untuk menyemak kesalahan ejaan… merenggangkan otot buntut ini untuk setia berada dalam posisi duduk yang betul… dan menahan air hingusan ini dari meleleh dek sedih..huaawaa…

Semua ni gara-gara 3 minggu yang lepas…
Jom fleshback…. Zrooommm….Zrrooommmm…… (naik mesin putar masa)

Mei,2012 :: 26hb bersamaan hari ahad. (habis paper exam da !!)

Pukul 9.30 pagi:: aku bangun awal dari waktu selalunya iaitu 11.00 pagi untuk packing-packing barang untuk bawak balik ke rumah. Since, last semester aku kena la kosongkan semua barang dalam bilik. Nota-nota sepanjang semester semua aku sedekahkan dengan ikhlas seiklasnya pada junior2 yang sudi mengambil,  baju-baju aku on the ways sumbat dalam beg besau (selagi ada ruang kite sumbat yok), barang-barang lain aku dah asingkan dalam beg-beg tertentu, and lastly satu kotak khas untuk buku-buku text yang sayang untuk diberi kepada junior plus beberapa barang lain termasuk file-file penting.

Pukul 12.50 t/hari:: Dalam sibuk berkemas, tetiba perut “berdisko”. Perut bagi signal awal pada otak. Otak mula memahami kemudian passing kepada seluruh anggota badan..  konon-konon dah tak berdaya la nak mengemas tu! Tak ada pilihan, aku terus pakai cardigan and sarung tudung turun café melantak. Alang-alang turun tu aku decide angkat la satu dua barang terus. Then, aku pun amek la kotak buku since itu barang paling berat and da siap packing. Sampai bawah aku letak la kotak tu atas bangku tepi office..(sila focus lebih pada cerita kotak ini)

Pukul 4.30 petang:: Parent aku sampai. Time to go home bebeh!! Cepat-cepat aku bawak turun semua barang yang siap packing. Jenuh turun naik angkat barang. 3-4 kali jugak aku ulang-alik. Ketiak jangan habaq la tahap kebasahannya. Tak lupa salam-salam kekawan yang still tak habis paper lagi. (dalam sedih-sedih tu, dengki kat aku balik dulu…huaahuaa..)

Pukul 5.15 petang:: Gerak balik rumah. Byby unibersiti… byby fren….

Dalam perjalanan, highway karak-bentong :: baru perasan kotak buku TER-tinggal..  cepat-cepat message rumate suruh tengokkan. DIA reply “OK! Nanti malam aku tengok”. Beberapa jam kemudian atau boleh kira keesokan harinya… masuk 1 message rumate aku.

Si rumate : “Beb! Tak ada pun kotak tu..? aku dah try tengok kat atas kerusi and lunge room tak ada! Malam semalam aku tak turun since ada hal”

Aku : “Siyes? Kat atas kerusi tepi office kan…”

Si rumate : “Aah, aku dah tengok tak ada pun!”

Kesimpulannya:: kotak itu dah H.I.L.A.N.G ! sekali dengan file-file penting aku tu.
Aku tak kesah la kalau ada orang yang ambil buku-buku aku tu. Rela aku halalkan. Tapi masalahnya tolonglah pulangkan atau hantar ke office file-file penting aku semula. Since aku sekarang dah jadi seorang student yang tiada kelayakan apa-apa kerana ::

#Habis sijil-sijil UPSR, PMR, SMP even MATRIK aku hilang sekali. #
#Habis semua sijil-sijil kokurikulum aku hilang jugak.. (termasuk segala bagai sijil yang aku kumpul sepanjang tempoh pengajian)#

Jadi itu la alasan kukuh kenapa aku still tak apply mana-mana lagi. Tapi aku pegang prinsip “setiap masalah ada penyelesaianya..” Transcript degree and curriculum still ada.

Pesanan penaja :: SILA RAHSIAKAN HAL INI DARI PENGETAHUAN MAK N AYAH aku…..
Mood :: sensara ! !




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...