Tuesday, June 26, 2012

monolog dalaman




Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi bukan hak kita.

Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. 

Jika Allah takdirkan untuk kau memilikinya, maka dia pasti akan menjadi milikmu. Jika Allah tidak mentakdirkan kau memiliknya, maka Allah akan menggantikan dengan jauh yang lebih baik dari itu. insyaAllah.

Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan milik kita. kerana sesungguhnya Allah lah yang dapat menentukan segala-galanya. ^_^


monolog dalaman~
bagi chance hati berbicara


mood :: yehh, jiwang la sgt!!
credit to ::Rusydee art






Friday, June 22, 2012

Bila abg.ben si blogger otai terjah blog aku.

Assalamualaikum...


terkezut kemain bila tau abg.ben folo blog nih,
ni la kata orang pepatah "pipik sama enggan" sapa cakap tak boleh kamcing...bukan kucing k.
(refer kpd a.ben si blogger otai dengan aku si blogger petai)
muahaahaa..


ingatkn abg.ben nk buli aku balik since tadi aku .....
(refer post ni TEKAN SINI)

Segmen BEN ASHAARI dan Saya ..


see...see....
dah tengok belum? da tahu cerita sebenar and dah terjawap kenapa??
haah, belum lagi?

tekan balik SINI.

so, thanks abg ben folo sini...
tak lupa jugak kepada bloggers yg lain, i lobiu oll larh!!

            

Thursday, June 21, 2012

Segmen BEN ASHAARI dan Saya ..

Assalamualaikum...

Malam ni semangat aku nk men-join segment papa.ben kite ni...
yea.aaah,

Segment nya berlauk bertajuk :: BEN ASHAARI DAN SAYA .. (klik ni tuk join sma)

Senang je ! tak perlu pikir lama since korang just bgtau kat rakan anda "blog camanakah yang anda suka baca dan kenapa ? ".  tak perlu jugak wat revision pun kan.. apa?? susah jugak?? Takpe tiru jwpn aku nih... haarhaa..

Jawapan aku ::
 Ben::"blog camanakah yang anda suka baca?"
aku :: emm... blog yg menarik iaitu blog mempunyai daya tarikan seperti megnet ataupun "chewgum"..

 ben :: " kenapa ? "
 aku :: "no comment ! ! muahaha...."
 ben :: "nak kene gak dak nih ngan aku"

ps:: sekadar gurauan untuk menceriakan lagi segment ni.. 
tiada maksud lain , ampunnnn !!

gambar : sumber pokcik goog..le...





Wednesday, June 20, 2012

Aku minah rempit's (bhg. 2)


Assalamualaikum..

Time duduk kat rumah rasa macam cepat je masa berlalu. Tup-tup dah dekat  seminggu lebih dah jadi pengganggur. Bukan tak dapat kerja, just belum apply lagi mana-mana. Tunggu result keluar dulu. Then, baru decide nak apply kat mana.. or ter-salah technique aku ni?? Since, member-member aku sekarang da ramai duk tunggu surat tawaran keje sampai. Emmm…. (ko jawab bedah… ko jawab..)


But aku ada reason kukuh di kenapa?…why?…maza?... weyoo?(korea la sangat) aku tak apply mana-mana dalam waktu sekarang even nak mintak part-time job kat mana-mana cafe or supermarket.
Nak citer pun seday medey sebenarnya.. sob..sob…


Tapi ku gagahkan jua tangan ini untuk menaip keypad… membesarkan mata ini untuk menyemak kesalahan ejaan… merenggangkan otot buntut ini untuk setia berada dalam posisi duduk yang betul… dan menahan air hingusan ini dari meleleh dek sedih..huaawaa…

Semua ni gara-gara 3 minggu yang lepas…
Jom fleshback…. Zrooommm….Zrrooommmm…… (naik mesin putar masa)

Mei,2012 :: 26hb bersamaan hari ahad. (habis paper exam da !!)

Pukul 9.30 pagi:: aku bangun awal dari waktu selalunya iaitu 11.00 pagi untuk packing-packing barang untuk bawak balik ke rumah. Since, last semester aku kena la kosongkan semua barang dalam bilik. Nota-nota sepanjang semester semua aku sedekahkan dengan ikhlas seiklasnya pada junior2 yang sudi mengambil,  baju-baju aku on the ways sumbat dalam beg besau (selagi ada ruang kite sumbat yok), barang-barang lain aku dah asingkan dalam beg-beg tertentu, and lastly satu kotak khas untuk buku-buku text yang sayang untuk diberi kepada junior plus beberapa barang lain termasuk file-file penting.

Pukul 12.50 t/hari:: Dalam sibuk berkemas, tetiba perut “berdisko”. Perut bagi signal awal pada otak. Otak mula memahami kemudian passing kepada seluruh anggota badan..  konon-konon dah tak berdaya la nak mengemas tu! Tak ada pilihan, aku terus pakai cardigan and sarung tudung turun café melantak. Alang-alang turun tu aku decide angkat la satu dua barang terus. Then, aku pun amek la kotak buku since itu barang paling berat and da siap packing. Sampai bawah aku letak la kotak tu atas bangku tepi office..(sila focus lebih pada cerita kotak ini)

Pukul 4.30 petang:: Parent aku sampai. Time to go home bebeh!! Cepat-cepat aku bawak turun semua barang yang siap packing. Jenuh turun naik angkat barang. 3-4 kali jugak aku ulang-alik. Ketiak jangan habaq la tahap kebasahannya. Tak lupa salam-salam kekawan yang still tak habis paper lagi. (dalam sedih-sedih tu, dengki kat aku balik dulu…huaahuaa..)

Pukul 5.15 petang:: Gerak balik rumah. Byby unibersiti… byby fren….

Dalam perjalanan, highway karak-bentong :: baru perasan kotak buku TER-tinggal..  cepat-cepat message rumate suruh tengokkan. DIA reply “OK! Nanti malam aku tengok”. Beberapa jam kemudian atau boleh kira keesokan harinya… masuk 1 message rumate aku.

Si rumate : “Beb! Tak ada pun kotak tu..? aku dah try tengok kat atas kerusi and lunge room tak ada! Malam semalam aku tak turun since ada hal”

Aku : “Siyes? Kat atas kerusi tepi office kan…”

Si rumate : “Aah, aku dah tengok tak ada pun!”

Kesimpulannya:: kotak itu dah H.I.L.A.N.G ! sekali dengan file-file penting aku tu.
Aku tak kesah la kalau ada orang yang ambil buku-buku aku tu. Rela aku halalkan. Tapi masalahnya tolonglah pulangkan atau hantar ke office file-file penting aku semula. Since aku sekarang dah jadi seorang student yang tiada kelayakan apa-apa kerana ::

#Habis sijil-sijil UPSR, PMR, SMP even MATRIK aku hilang sekali. #
#Habis semua sijil-sijil kokurikulum aku hilang jugak.. (termasuk segala bagai sijil yang aku kumpul sepanjang tempoh pengajian)#

Jadi itu la alasan kukuh kenapa aku still tak apply mana-mana lagi. Tapi aku pegang prinsip “setiap masalah ada penyelesaianya..” Transcript degree and curriculum still ada.

Pesanan penaja :: SILA RAHSIAKAN HAL INI DARI PENGETAHUAN MAK N AYAH aku…..
Mood :: sensara ! !




Thursday, June 14, 2012

Bila adik aku claim "tolong" masak !


Assalamualikum.

Before ni aku pernah cakap one of my job as minah rempit’s my brother kan? Haa… korang jangan ingat kat Key Ael (KL) je orang rempit. Aku pun merempit tapi dengan kuasa motor cipan yang paling tinggi.. paling power pun 30 meter setengah! ! tu pun puas aku press handle motor tu ukeh! (tolong la cakap korang percaye…(^..^)


But the problem aku paling tak suke bila tunggu lama-lama kat skull tu. Bukan apa, kebanyakkan yang datang yang jemput tu ayah-ayah diaorang.. and ada setengahnya mak diaorang.. then, bila aku sampai mula la mereka yang tunggu kat luar pagar tu buat muka tak pelik je.. pandang tu pulak kemain  lagi, rasa cam sekarang tu jugak nak pakai helmet besar kebapak ala-ala baldi je! apa hal, nak pandang beria sangat. Perlu EMO nih !


Nak-tak-nak kena juga la. Akak yang baik hati malah penuh dedikasi tidak patut mengalah kan..(rasa sekarang mesti korang tengah letak tangan didada sambil mata pandang ke atas kan… ~over! Haha)..


Tapi dalam sayang-sayang tu selalu jugak la aku takpuas hati dengan adik-adik aku ni bila dah sampai kat rumah. Ada je jawapan diaorang bagi. Kalau dari pagi sampai tengah hari sunyi sepi macam tak ada penghuni dalam rumah, then bila adik aku balik muncul macam-macam bunyi keluar. Tu belum soalan-soalan yang diorang tanya lagi.


Macam waktu tengah makan semalam…

Sini (aku) :: waah, penatnya + hausnya.
Sana (lil bro) :: Penat apanya, apis kat sekolah tadi ada gotong-royong langsung. Kemas bilik tepi PRA tak penat pun.
Sini :: Penat la. Jemput korang tadi, puas tunggu… pastu masak lagi.
Sana :: Tunggu pun penat. Masak tu apis pun tolong..
Sini :: Bila masa awak tolong ngah masak?
Sana :: Tolong ape.. Tolong rase..
Sini :: kreeekkk…kreekkkkkk (sound effect tetiba muncul)

THEN…

Sana (lil bro sorang lagi menyampuk) :: ijan pun tolong ngah masak jugak..
Sini :: Tolong bilanya.
Sana :: Tolong tengok
Sini :: LOL… (aku give up! !) +.+

Till then, wasalam…


aku minah rempit’s (bhg. 1)


Assalamualaikum..

Hari ni masuk 4 hari aku di kategori under unemployment’s person atau bahasa yang kebanyakan orang gelar newbie menanam anggur (penganggur) sejak last day semester aku bergelar pelajar . Tak sangka macam sebelum ni rutin 4 tahun ulang alik dari bilik-ke-kelas tiap-tiap hari berakhir akhirnya.  Dah tok sah nak bangun awal pikir nak pergi kelas or tak, buat assignment and project case, tutor, quiz n test. Finally…finally weeehh… huaahaahaa…  (dalam sebenarnya hati rindu =.=)


 Tapi aku takkan pegang gelaran ini lama. Sekarang aku tengah start survey vacancy job kat internet and job street. Banyak tapi most of the job required >1 year experience.. alahai… cikai-cikai pengalaman yang aku ada just 3 month internship je.  That the problem ! ! korang ada kerja tak nak offer?? Don’t forget PM me yea…  (angkat kening double..wink..wink…) 


Sekarang ni just tunggu result final exam keluar.. hopefully everything in the best dot! (Dean On Top) a.m.i.n…. bukan senang nak naikkan pointer last-last sem nih. Jenuh menggadap buku siang malam beb. Bak kata saat tu la nak ngorat and kenen-kenen dengan buku.  Ber-cinta cintun sakan dengan buku and slide. Boypren tolak tepi je saat tu. Tapi kadang-kadang satu je masalah. Tersalah bercinta dengan buku lain.. yela ada saingan hebat.. “FaceBook”.. ~alahai…  dah ter-bersalah since telah menduakan kekasih gitu!


Sekarang aku duduk rumah tunggu result and next begin new life as working person. Duduk rumah pun macam-macam keje aku buat.. lengkap keje sebagai full time house wife. Mengemas… memasak… membasuh baju… jadi minah rempit’s jemput adik aku.. haa.. adacadabra tak adacadabra la aku sekarang. Siapa nak masuk ambil borang application kat teett…teeettt….teeetttt.. (sori line tidak dapat di sambungkan ! !)ha..haa…
“job you’ve never hear of is job you’d never do!

Till then, wasalam..


Thursday, June 7, 2012

Jodoh

Assalamualaikum..

Musim sekolah ni ramai sangat la orang ambil peluang untuk buat majlis kenduri kawin..
tak kira la kawan sekolah rendah, menengah, ,matrik or uni...
tu tak termasuk lagi dengan sedara sepupu sepapat, jiran tetangga, jiran kekerusi... (erkkk!)
bahagia aku dengar..
mereka dengan soulmate masing-masing duduk di jinjang pelamin...

tapi bagi orang yang alone or forever alone ni datang makan jela..
bukan senang nak rasa nasi minyak orang.
tunggu diri sendiri punya tak puas nanti since punya la cover duk kat meja makan pengantin...
ye takk!~lalala
so, datang makan disamping snap-snap gambar...
amek berkat la katakan... (=.=')

pernah juga aku dengar kalau bukan jodoh kita lagi,
"menangis sampai banjir macam mana sekalipun , kalau ALLAH kata dia bukan jodoh kamu , maka bukanlah. Terima lah dengan hati terbuka.. dan banyakkan istigfar"




Jangan bazirkan air mata anda hanya kerana dia.
yang bukan jodoh sebenar bagi kita..

tapi jangan la kita just duduk tunggu jodoh itu sampai..
usaha pun perlu..
and yang penting selalu minta pada-Nya agar dipertemukan kita dengan jodoh yang ditentukan bagi kita.


till then..wsalam













Wednesday, June 6, 2012

baby oh baby

Assalamualaikum...

baby sangat la comel bila dia senyum... ketawa.... tidur....
TAPI..
bila dah start menangis.. aduhh mula lah hilang segala kecomelan yang sebelum tadi dok puji2..liking2...poking2.. bak kata alif aziz. haha~

tapi bila once dah tau cara or starategy apa yang boleh bagi cepat senyap baru la lega.
yela, kot budak tu boleh bercakap senang la sikit tau nak apa.
lapar ke... ngantuk ke... yakyak ke... kan...
sebagai contoh.. bila start nangis bagi puting susu..
cam ni...



fulamak, tak tau la plak sekarang da ada macam-macam jenis design puting susu...
bila tengok lama-lama lawak tetiba.. nak-nak yang gambar last..
gigi erot petot..haha!
nasib la baby tu tak tau apa2... iye kan aje... lagi nyenyak tido adalah...

till then, byby!











Saturday, June 2, 2012

friendship..

Assalamualaikum...

Berkawan makin best bila kita mula memahami kedua-dua belah pihak..
Start dari malu-malu kuceng, kepada hyper punya tak malu beruk..
huhu, punya la contra perumpaan kn..
sebenarnya nak kaitkan dengan satu post dari seorang kawan dari facebook..


copied!

Dalam berkawan, ada banyak suka dan duka.
Dan sudah menjadi lumrah kalau ada pihak yang mudah termakan hati.

Makin rapat seseorang dengan kawannya yang lain, makin cepatlah sensitif, even benda kecil pun.kan?
Jadi, seharusnya belajar2lah mengalah..bukan sebelah pihak je taw, tp dua2..barulah aman damai..
Always think POSITIVE and husnus zon..try to get rid our SELFISHNESS...

Cuba fikir, kalau kita berada pada tempat dia,apa kita akan buat? maybe dy ada masalah2 tertentu yg menghalang dy..dia pun sama, cuba fikir pasal kita juga..

Nak cakapnya kat sini dua2 pihak kena main peranan. That's why cara komunikasi tu penting. Berterus-teranglah, baru selisih faham akan hilang..

But for me, komunikasi through alam maya is not the best solution. Sebab orang akan mudah salah faham juga. Lagipun, kita akan baca dgn tone yg berbeza. Even 1 'dot' dlm msj pn mksdnya lain. Jadi, baik lagilah bersemuka. 

sebagai contoh:

minah : sori! jenab tadi aku berksar dengan awak..
OR
minah :: soriiiii.... jenab tadi terkasar dengan awak..

Biasalah manusia, ada salah silapnya. Tak ada yang sempurna. Aku yakin, kebanyakannya bukan ada niat pun nak sakitkan hati org lain, cuma tersilap cara.

in my opinion, kalau kita tgh sakit hati, cuba ingat kebaikan2 yang kawan dah beri. Mestilah lg banyak dari keburukan kan? Xpelah kalo rasa susah pn..bersabarlah..mmg makan masa pn. tp prcyalah, being patient heals everything...alah,benda kecik je pun..byk lg dugaan kena tempuh masa hadapan..;p

Jadi, sayangilah sahabat anda. Mungkin hari ini hari terakhir anda bersamanya.
Jangan menyesal kemudian hari jika kamu tak sempat memohon maaf padanya... 

end!


lumrah la tu, kejap kawan kejap gaduh..
bila ingat balik masa kecik2 berapa kali konon-konon gaduh pastu jadi geng balik.
dari situ lah sebenarnya kita diuji seerat and setia mana kita berkawan..
"sometimes Allah bagi rasa bahagia sekejap saje..... kadang-kadang Dia bagi kita rasa sedih sangat... tapi apa pun yang kita rasa, selalu erdoa padaNya.. Dia ada bersama kita..."

to all friends satu pantun aku nak kongsi..

"1st time jumpa langsung tak kenal,
 bila dah mesra perangai makin nakal,
asal jumpa je kecoh takterkawal,
sekarang jarang bersua harap tetap kekal,
perhubungan kita walau sampai ajal..."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...