Monday, May 14, 2012

Jauh dimata dekat dihati… dekat dimata jauh dihati?”

Assalamualaikum..


“Jauh dimata dekat dihati… dekat dimata jauh dihati?”

Bila kali terakhir korang call your mum? Or your beloved one:- dad, grandpa, grandma, etc? Soalan pertama yang sengaja aku tanya korang dan juga tanya diriku sendiri.. beberapa minggu yang lepas aku dapat satu berita yang agak mendebarkan. Adik aku message “ salam, tadi bas wan accident kat jempoi.. wan tak pa-apa, wan chek yang cedera sikit”. Aku dapat berita tu betul-betul waktu magrib. Terkejut! Berdebar-debar hati, jantung, limpa semua… nasib hempedu tak terkejut. (=.=)’

Bila tanya aku, perkara yang paling aku takut bila dapat message atau call adalah berkaitan dengan hal K.E.M.A.L.A.N.G.A.N dan K.E.M.A.T.I.AN. aku pasti korang pun sama! Saat itu rasa semacam gelap, seram sejuk. Tak tau apa nak dibuat. Mulut mula terkumit-kumit berdoa kepada-NYA memohon tiada sesuatu yang buruk berlaku. Mengucap dan beristighfar… sampaikan air mata tak sedar turun mengalir membasahi pipi!

Ukeh, ini mukadimah yang cuba aku gambarkan bila berhadapan dengan satu situasi berhadapan sebarang kemungkinan yang kita tak jangka. bak kata pepatah ::

“ Kita tidak dapat membaca hari esok. Malah kita tidak tahu sama ada kita masih berpeluang menikmati hari esok. Maka, hargailah hari ini..”

Betul dan tepat sekali. Belajarlah menghargai orang yang dekat dengan kita. Even bila ditanya pernahkah korang hargai ibu or orang tersayang sebagaimana mereka menghargai korang? Mungkin kita boleh jawap , yes! Sure! Sudah pasti! Tapi betul ke? Jauh dimata dekat dihati… dekat dimata jauh dihati? Kadang-kala bila da berjauhan baru rasa kehilangan, sedangkan bila mereka disisi tak pernah terfikir pun nak menghargai mereka.

Aku bukan nak ber-emo disini, tapi situasi ini aku sering dengar melalui luahan rasa kawan-kawan even dari media. Kes-kes buang parents sendiri semata- mata mengejar kerjaya, kes lari dari rumah, kes cerai etc.. apa hal ! ! fikir-fikir kan lah..

Till then, wasalam..










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...