Monday, May 14, 2012

belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu.”

Assalamualikum..


Malam sabtu lepas adalah satu malam yang aku berjaya atasi ketakutan dalam diri aku sejak dari dulu lagi. Pertama ketakutan “mystic” dan kedua “gayat”. Maksud?? Haha, jangan risau jap lagi ai habaq mai noo…

Ukeh, korang pernah pergi fun fair? Ala-ala mini genting la lebih kurang. Tak pun kalau korang masih ingat ada satu cerita S.I.N.A.R.I.O yang saiful apek keje kat sana. Macam tu la fun fair. Dulu kecik-kecik banyak je fun fair. Kat tengah bandar, tak kiralah pekan besar or kecik ramai yang pergi sana nak-nak malam minggu. Tapi aku tak la, tak pasal kena “smash!”dengan ayah aku. Ko nak?? Baik jangan la kan. Da besar canni la baru nak pegi, tu pun sonyap-sonyap ikut kawan. Aku ingat sekarang ni tak ada lagi, tapi silap! Ada lagi rupanya..

Nak jadikan citer, malam sabtu lalu aku tengah makan dengan rumate aku. Then, ada satu message masuk! “salam, korang jom keluar malam ni. Pergi fun fair dekat sri Gombak”- text dari kawan aku, Kina!. Hah! Korang tau bila sorang da jumpa tempat baru, mula la roger-roger. Boleh kata tiap-tiap hari nak keluar. Habis plan konon nya nak stadi tengah malam aritu cancel. Bizi assignment pun kena cover esok nya pulak. Adoiii~ (nak tolak, hati kate pergi, so canne?? (=L,=)lalaa..

Da sampai sana, memang boleh tahan ramai orang. Mainan pun boleh kata banyak. Tapi kebanyakan untuk kanak-kanak. So, aku just main 2 game je. Masuk rumah hantu dan main piring/roda pusing. Korang tahu sepanjang hidup aku tu la dua permainan yang aku paling anti, nak-nak masuk rumah hantu.. tapi berjaya juga atas desakan and sokongan padu kawan-kawan aku yang tersayang... (korang memang..~huhu)

But, memang happening giler. Masuk rumah hantu tu aku berjaya overcome perasaan takut aku selama ini yang aku kategorikan sebagai ketakutan “mystic”. Siyes tak takut langsung, since aku tak tengok sekeliling pun dalam rumah hantu tu. Berlagak la kan! padahal mata and telinga tu da siap tutup rapat-rapat before masuk lagi. Sedar-sedar da habis. Haha .. Buat bazir duit je masuk. Tapi takda hal, yang penting aku da berjaya masuk, kan.. ingat senang ke, kalau dulu ajak macam mana sekalipun aku refuse mati-mati kot. Sebab utama aku tak suka disergah! Kusemangat! Lemah jantung mak oii, tak pasal pengsan. Lagi satu sebab aku mudah terbayang n teringat. Nanti mula la tak dapat tidur malam. (korang nak teman..(=..=)

Dan yang kedua aku berjaya overcome perasaan “gayat” bila naik piring/roda pusing tu. Fulamak la weh.. boleh melayang aku naik, pusing sampai nak tercampak ! suara jangan cakap la, jerit kemain lagi. Scary ya amat, sampaikan nak telan air liur pun tak sempat.. glup..glup.. bila ingat balik. Tapi main yang ni memang best giler. Puas n hilang semua stress!

ni la piring pusing yang aku nek. tapi aku panggil piring senget..

Tapi betul la orang ada cakap, “kita takkan berjaya atasi perasaan takut itu selagi tak menempuhi perasaan itu dahulu sendiri..” bak kata “ belum cuba belum tahu, da cuba baru tahu.” Terus tak leh nak berhenti, silap-silap boleh “addicted”.

Bila teringat balik kata-kata dari Baruch Spinoza, “Ketakutan dan harapan tidak pernah berasingan, malah keduanya bercampur baur”. Sinonimnya kat sini, aku boleh katakan or relate kan bahawa selagi kita belum kata YES!,Aku mampu lakukan! selagi itu perkataan NO! takkan muncul. Jadi terokailah diri korang, sebab hanya korang yang tahu diri korang sendiri!

Till then, wasalam.

Peace no war! Road to my destiny…










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...