Tuesday, May 22, 2012

Tutorial buat header blog

Assalamualaikum..


Oleh kerana hari ini mood untuk stady agak lambat loading dan otak pun memerlukan masa untuk relex, aku ingin berkongsi satu tutorial mudah dengan mengunakan Phota Scape.

 

PhotoScape ini adalah satu software yang agak friendly dan ringkas berbanding dengan AdobePhotoshop.

Since kalau korang perasan, header blog ini dah banyak kali bertukar wajah. Dan semuanya aku buat sendiri dengan mengunakan masa hanya selama 5 ke 10 minit. Tak percaya??? Refer pada post yang lalu.. KLIK HERE untuk kembali kemasa lalu… cekedauit…

Ukeh, as yang diberitahu tadi aku ingin memulakan kelas tutorial ini. Simple miple aje.. hopefully korang boleh follow since this is my first time buat kerja rajin nak bagi tutorial ni..

Step 1:

cari la gambar yang korang mahu jadikan sebagai header
Sebagai contoh aku mengunakan gambar dua pelakon ini::
Sandra dewi derings dan pelakon dari jepun ini.




Step 2:

Bukak PhotoScape dan pilih EDITOR.
Mainkan tone pencahayaan dan grafik dengan pilih menu kat HOME iaitu FILTER.
Kat dalam FILTER terdapat macam-macam film effect, blur, texture and etc…

Ikut la korang inginkan gambar itu di edit sebagaimana rupa. As contoh kat sini, aku memilih PITRIORIALIZATION and pick COLOURED PENCIL/ WATERED PENCIL

And untuk tone color aku pakai black n white aje.. klasik sikit..

Then da siap pilih grafik yang berkenan dihati, just klik dekat BLOOM or SHARPEN untuk kejelasan gambar.

Then klik je SAVE.
Kat sini aku dah edit 4 keping gambar yang asal menjadi 4 gambar baru. Tone color dari jenis FILTER yang berbeza.


Step 3:

Dari gambar yang telah diedit tadi korang pilih menu COMBINE.
Grab and combine gambar-gambar yang telah korang edit tadi mengikut susunan yang korang suka. Selang-selikan atau mengikut turutan dibawah.



Lepas tu SAVE.

Step 4:

Dari gambar yang telah disave tadi bukak balik menu EDITOR dan masukkan FRAME.
Korang boleh pilih bermacam-macam jenis bentuk frame.
Dan kat sini aku pilih TAPE 04.

Then sebelum terlupa untuk mainan pencahayaan kat sini aku mengunakan FLITER and pilih LINEAR GRADIENT.. then klik LEFT. Kat situ barulah terjadinya seperti header dibawah ni.



Or korang boleh jugak pilih macam-macam function effect yang lain.
Da puas hati, then SAVE again.

Step 5:

Klik menu EDITOR sekali lagi dan pilih gambar yang telah korang telah save dan framekan dari step 4.
Kemudian sekali lagi pilih FRAME dan kali ini aku mengunakan frame SLIDE MOUNT 01 since aku ingin menambah nama blog ni iaitu “WORD AFTER WORD” dan URL blog.

Tak lupa juga sedikit sebanyak description untuk blog ini.
Lastly, untuk tambah cool, macam hiasan rama-rama and bunga etc tu korang boleh pilih je dekat OBJECT then pilih PHOTO.
Masukkan dan hiaskanlah korang punya header se-kreatif yang mungkin.
Macam header aku ni, just simple n not crowded.



Dah puas hati, jangan lupa SAVE lagi..
The end. Senang aje kan..

Kebanyakan header blog ini aku menggunakan teknik yang sama..

The latest sekali header yang sedia ada ni hah. Sorang mamat and sorang gadis.. concept lebih kurang je kan… haha, ada aku kesah..

By the way, selamat mencuba..

Till then, wasalam..









Monday, May 14, 2012

belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu.”

Assalamualikum..


Malam sabtu lepas adalah satu malam yang aku berjaya atasi ketakutan dalam diri aku sejak dari dulu lagi. Pertama ketakutan “mystic” dan kedua “gayat”. Maksud?? Haha, jangan risau jap lagi ai habaq mai noo…

Ukeh, korang pernah pergi fun fair? Ala-ala mini genting la lebih kurang. Tak pun kalau korang masih ingat ada satu cerita S.I.N.A.R.I.O yang saiful apek keje kat sana. Macam tu la fun fair. Dulu kecik-kecik banyak je fun fair. Kat tengah bandar, tak kiralah pekan besar or kecik ramai yang pergi sana nak-nak malam minggu. Tapi aku tak la, tak pasal kena “smash!”dengan ayah aku. Ko nak?? Baik jangan la kan. Da besar canni la baru nak pegi, tu pun sonyap-sonyap ikut kawan. Aku ingat sekarang ni tak ada lagi, tapi silap! Ada lagi rupanya..

Nak jadikan citer, malam sabtu lalu aku tengah makan dengan rumate aku. Then, ada satu message masuk! “salam, korang jom keluar malam ni. Pergi fun fair dekat sri Gombak”- text dari kawan aku, Kina!. Hah! Korang tau bila sorang da jumpa tempat baru, mula la roger-roger. Boleh kata tiap-tiap hari nak keluar. Habis plan konon nya nak stadi tengah malam aritu cancel. Bizi assignment pun kena cover esok nya pulak. Adoiii~ (nak tolak, hati kate pergi, so canne?? (=L,=)lalaa..

Da sampai sana, memang boleh tahan ramai orang. Mainan pun boleh kata banyak. Tapi kebanyakan untuk kanak-kanak. So, aku just main 2 game je. Masuk rumah hantu dan main piring/roda pusing. Korang tahu sepanjang hidup aku tu la dua permainan yang aku paling anti, nak-nak masuk rumah hantu.. tapi berjaya juga atas desakan and sokongan padu kawan-kawan aku yang tersayang... (korang memang..~huhu)

But, memang happening giler. Masuk rumah hantu tu aku berjaya overcome perasaan takut aku selama ini yang aku kategorikan sebagai ketakutan “mystic”. Siyes tak takut langsung, since aku tak tengok sekeliling pun dalam rumah hantu tu. Berlagak la kan! padahal mata and telinga tu da siap tutup rapat-rapat before masuk lagi. Sedar-sedar da habis. Haha .. Buat bazir duit je masuk. Tapi takda hal, yang penting aku da berjaya masuk, kan.. ingat senang ke, kalau dulu ajak macam mana sekalipun aku refuse mati-mati kot. Sebab utama aku tak suka disergah! Kusemangat! Lemah jantung mak oii, tak pasal pengsan. Lagi satu sebab aku mudah terbayang n teringat. Nanti mula la tak dapat tidur malam. (korang nak teman..(=..=)

Dan yang kedua aku berjaya overcome perasaan “gayat” bila naik piring/roda pusing tu. Fulamak la weh.. boleh melayang aku naik, pusing sampai nak tercampak ! suara jangan cakap la, jerit kemain lagi. Scary ya amat, sampaikan nak telan air liur pun tak sempat.. glup..glup.. bila ingat balik. Tapi main yang ni memang best giler. Puas n hilang semua stress!

ni la piring pusing yang aku nek. tapi aku panggil piring senget..

Tapi betul la orang ada cakap, “kita takkan berjaya atasi perasaan takut itu selagi tak menempuhi perasaan itu dahulu sendiri..” bak kata “ belum cuba belum tahu, da cuba baru tahu.” Terus tak leh nak berhenti, silap-silap boleh “addicted”.

Bila teringat balik kata-kata dari Baruch Spinoza, “Ketakutan dan harapan tidak pernah berasingan, malah keduanya bercampur baur”. Sinonimnya kat sini, aku boleh katakan or relate kan bahawa selagi kita belum kata YES!,Aku mampu lakukan! selagi itu perkataan NO! takkan muncul. Jadi terokailah diri korang, sebab hanya korang yang tahu diri korang sendiri!

Till then, wasalam.

Peace no war! Road to my destiny…










Jauh dimata dekat dihati… dekat dimata jauh dihati?”

Assalamualaikum..


“Jauh dimata dekat dihati… dekat dimata jauh dihati?”

Bila kali terakhir korang call your mum? Or your beloved one:- dad, grandpa, grandma, etc? Soalan pertama yang sengaja aku tanya korang dan juga tanya diriku sendiri.. beberapa minggu yang lepas aku dapat satu berita yang agak mendebarkan. Adik aku message “ salam, tadi bas wan accident kat jempoi.. wan tak pa-apa, wan chek yang cedera sikit”. Aku dapat berita tu betul-betul waktu magrib. Terkejut! Berdebar-debar hati, jantung, limpa semua… nasib hempedu tak terkejut. (=.=)’

Bila tanya aku, perkara yang paling aku takut bila dapat message atau call adalah berkaitan dengan hal K.E.M.A.L.A.N.G.A.N dan K.E.M.A.T.I.AN. aku pasti korang pun sama! Saat itu rasa semacam gelap, seram sejuk. Tak tau apa nak dibuat. Mulut mula terkumit-kumit berdoa kepada-NYA memohon tiada sesuatu yang buruk berlaku. Mengucap dan beristighfar… sampaikan air mata tak sedar turun mengalir membasahi pipi!

Ukeh, ini mukadimah yang cuba aku gambarkan bila berhadapan dengan satu situasi berhadapan sebarang kemungkinan yang kita tak jangka. bak kata pepatah ::

“ Kita tidak dapat membaca hari esok. Malah kita tidak tahu sama ada kita masih berpeluang menikmati hari esok. Maka, hargailah hari ini..”

Betul dan tepat sekali. Belajarlah menghargai orang yang dekat dengan kita. Even bila ditanya pernahkah korang hargai ibu or orang tersayang sebagaimana mereka menghargai korang? Mungkin kita boleh jawap , yes! Sure! Sudah pasti! Tapi betul ke? Jauh dimata dekat dihati… dekat dimata jauh dihati? Kadang-kala bila da berjauhan baru rasa kehilangan, sedangkan bila mereka disisi tak pernah terfikir pun nak menghargai mereka.

Aku bukan nak ber-emo disini, tapi situasi ini aku sering dengar melalui luahan rasa kawan-kawan even dari media. Kes-kes buang parents sendiri semata- mata mengejar kerjaya, kes lari dari rumah, kes cerai etc.. apa hal ! ! fikir-fikir kan lah..

Till then, wasalam..










Thursday, May 10, 2012

Majalah "hijabista"- untuk yang sopan & stylo

assalamualaikum..

tertarik dengan satu majalah baru keluaran karangkraf iaitu hijabista.
baru-baru ni time pesta buku di PWTC ramai orang yang berkesempatan membeli dan menyaksikan majlis pelancaran secara live di pentas utama..


Selama ini kita tengok banyak je majalah feshion kat luar. tapi tiada lagi majalah yang diterbitkan khusus untuk pemakai tudung di Malaysia. Namun kini dengan kewujudan majalah Hijabista terbitan karangkraf, pastinya pemakai tudung di Malaysia akan lebih teruja untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung terbaru. Sebagai permulaan, Diana Amir menjadi penghias muka depan untuk majalah Hijabista edisi pertama ini.



diana amir hijabista

Wow! HIJABISTA on the 'BEST SELLER' shelf just after days it was released in the market!



GIMIK PELANCARAN HIJABISTA BY DATIN JUMA & DIANA AMIR


Hijabista fantabulous crew with Datin Norjuma & covergirl, Diana Amir


banyak kandungan menarik di dalam,
antaranya::



so apa tunggu lagi,
bolehlah dapatkan majalah ini! ! v(['],[']) yeahh...
PESANAN PENAJA : HIJABISTA PENCETUS FENOMENA HIJAB!










Tuesday, May 8, 2012

Kisah Renungan


assalamualaikum..

sekadar kongsian and renungan !



Subhanallah...


Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah
...negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...
kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...
lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...
dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...
lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...
pemuda tersebut berasa hairan...
lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA..
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...
Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...

insyaallah!
till then, wsalam

Wednesday, May 2, 2012

just for share

Assalamualaikum...

terharu bila tengok 2 pic ni...

"I am an Animal Rescuer. My work is never done, my home is never quiet, my wallet is always empty. But my heart is always full.." - Annette King Tucker -
A very thoughtful photo from Allen Journal.


Although this beggar had no money, and food donated by good samaritan, but at least he shares his food with other animal.





bagi minum air kat anjing pun dah dapat masuk syurga, kalau macam ni? subhanAllah, mudah sangat nk buat baik. Cuma tinggal kudrat kita antara nak atau x nak je.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...