Friday, April 13, 2012

Weekdays VS Weekends

Assalamualaikum,

Weekdays VS Weekends..
Or Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday VS Saturday, Sunday
Dalam banyak-banyak hari ni, hari apakah yang membuatkan korang rasa more happy?


Keberangkalian kalau aku buat survey, jawapannya adalah weekends.. or ratio Weekdays VS Weekends maybe 20:80. Okeh, let’s say aku buang weekend, tinggal 5 hari dalam weekdays je.. keberangkalian Friday yang mendominasi carta yang paling tinggi. Setuju !! 

Kenapa situasi ini berlaku? Adakah sebab Friday yang paling hampir dengan weekend.. atau Monday yang paling jauh untuk sampai ke weekend.. atau Friday bermula dengan huruf “F” bukannya “M”, “T”, “W”.  Pernah aku terbaca satu pepatah dari penulis yang tak dikenali “Hari isnin adalah cara terburuk menghabiskan 1/7 masa daripada minggu kita”.
 Sampai begitu sekali? Bukankah better to be first than last.. tapi dalam context atau situasi ini pulak berbeza atau terbalik. Ini berlaku sebab mindset kita telah di set-kan begitu, dan menyebakan kita motivate untuk jadi begitu.. wahh… mendalam makna disebalik kata-kata itu. So, tak payah point kan jari korang kat orang lain, since aku sendiri fikir perkara yang sama.


Dari zaman sekolah lagi hari isnin adalah hari paling malas nak bagun pagi pergi ke sekolah sampailah kat university sekarang. Dah besar panjang macam ni perangai masih sama.  Tapi da sampai sekolah tak ingat apa dah, lari sana sini. Heppi sangat la katakan jumpe “geng”, kongsi citer.. pot pet pot pet dah takley nak stop.~ =.=’’.  Then, bila tiba hari jumaat pula aku akan bertepuk tangan dan bersorak dalam hati, “Horrey! Hari jumaat, besok cuti!” mood jadi heppi menantikan hari-hari untuk dihabiskan menonton cartoon kat rumah. Waktu itu kelihatan seolah-olah seluruh dunia sedang meraikan kedatangan hari jumaat.


That why sekarang aku da mula baiki semula mindset aku untuk menjadikan “setiap hari adalah hari istimewa…..setiap hari ibarat hari jumaat…” baru kita motivate untuk menjalani kehidupan kita dengan lebih gembira dan semangat.  Bak kata ~Ruth Ann Schabacker, “Setiap hari yang dating membawa hadiahnya sendiri. Jadi bukalah reben hadiah itu”


Takkan selamanya kita hanya menunggu datangnya hari minggu atau jumaat. Ketika menunggu itu kita sudah banyak membazirkan masa yang dianugerahkan oleh Tuhan dan kebahagiaan yang patut kita rasai setiap hari. Alangkah baik sekiranya kita dapat meminjamkan “perasaan hari Jumaat” kita itu kepada hari-hari yang lain, yang kurang ceria, seperti hari Isnin, selasa, rabu, ataupun khamis. Sudah tentu hidup kita akan menjadi lebih bahagia ~ adaptasi dari nukilan Elaine L. Bridge.
Renung-renugkan.. should we? Till then, wasalam..


Pesanan penaja ::
- Salam Jumaat viewers
- get the meaning for all the numbers (hints: ask your handphone) - refer to the last post



>

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...