Tuesday, April 24, 2012

Pemberi VS pemberian..

Assalamualaikum..


Pemberi VS pemberian..



It’s another week yang busy and full dengan assignment yang kena siap sebelum due. Semuanya term paper yang kena buat research dulu. Tak boleh pakai sesedap otak je keluarkan fakta and idea baru.. so that why lama tak update. (+...+)

Ukeh, back to the topic. Pemberi dan pemberian? Dua term yang memberikan maksud yang berlainan walaupun hanya dibezakan dengan imbuhan –“an”. Agreed!! Ataupun boleh dimudahkan dan dicategori sebagai memberi VS penerima. Macam mana nak relate, meh aku citer apa yang berlaku pada aku.

Malam sabtu yang lepas aku and kawan aku bertiga keluar makan. Pergi candle dinner dekat restaurant “Planet” yang tak jauh dari kampus. Saja tukar selera, jemu hari-hari makan kat café. Menu sama je hari2, walaupun dalam list buku menu berlambak list makanan sebenarnya. Lepas magrib je terus gerak, since masing-masing da kebulur. Tak ingat tadi tengahari makan punya la banyak makan. Lalala~

Jadi sampai-sampai je, terus park kereta tempat yang paling strategic. Betul-betul depan pintu masuk. Fuuhh terbaik la.. orang pun tak ramai lagi, meja banyak kosong. Terus je cari port yang paling best, yela lepas makan dah rancang nak stay kejap. Borak-borak… emmm, manusia kan. Aku pun 2X5 dalam hal ini.. lepas order sampai, masing-masing makan dengan penuh tata-tertib untuk cover ada lelaki hensem kat meja sebelah..(ukeh, yang ni aku serius tipu, hoho). Da siap makan dan bersandar kekenyangan tiba-tiba ada la seorang mamat bawah umur datang dekat aku. Atau lebih tepat ada seorang budak yang aku rasa dalam lingkungan 6-7 tahun gitu. (saja wat gimik terlebih untuk ayat b4 ni). Aku pandang dia! Dia pandang aku! Pastu barulah dia mula buka mulut.

“akak… nak beli kuih. Karipap ada, lepat ada..”

Cepat-cepat aku pandang kawan aku. Yela kot-kot diaorang nak. Semua geleng, termasuk aku since da kekenyangan. Aku pun dengan rasa bersalah cakap, “ takpe la adik, terima kasih”. Budak tu macam paham, then bergerak ke meja depan kitaorang memulakan sesi jualan yang sama. Pastu tiba-tiba rasa sayu je dalam hati, kasian.. kawan aku pun sama. “weh, panggil balik budak tu, aku nak beli + beri sikit duit kat dia”. Totally agreed! Aku pun memang rancang nak panggil balik pun.

Lepas kitaorang beli, terus berubah riak muka dia. Hepi + keliru dalam masa yang sama. Hepi sebab hasil jualan nya laku, dan keliru sebab duit yang diterima lebih banyak daripada harga yang sepatutnya. Aku pun cakap, “takpe adik, ikhlas akak bagi. simpan buat belanja beli jajan adik..” walaupun sebenarnya tak bermaksud memang suruh beli jajan pun, tak baik tuk kesihatan. Harap-harap dia paham la.karipap dia panas lagi time kitaorang beli tu, baru masak. END..

Pemberi tak semestinya perlu tunggu kita kaya dulu. kalau macam tu sampai bila pun tak kan terjadi since kita takkan rasa puas untuk merasa kaya. Harta takkan dapat bawak ke dalam kubur, tapi amal kebaikan.. hal ini boleh di besarkan dalam context “sedekah” bukan sahaja related dengan cerita aku tadi.

Pernah dengar pepatah, “beri dengan tangan kanan, biar sampai tangan kiri tak tahu” or “tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah” or something like that la.. aku pun dah lupa. Satu pepatah yang paling tepat bila dikaitkan dengan pemberi dan pemberian. Mungkin kita tak sedar bahawa ganjaran yang kita terima amatlah besar. Tak perlu la banyak atau besar jumlahnya, cukuplah dengan niat ikhlas.

“Ia sukar sekiranya kita perlu, tetapi begitu mudah sekiranya kita mahu”~ kata Annie Gottlier. Sedekahlah pada mereka yang memerlukan. Mungkin dengan jumlah yang tidak seberapa itu memberi sinar kehidupan pada mereka untuk meneruskan hari esoknya.

Till then, wsalam.

1 comment:

IFA Athirah said...

kalau kite bgi RM100, Allah akn bgi triple dlm bntuk lain.stuju!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...