Tuesday, April 24, 2012

Pemberi VS pemberian..

Assalamualaikum..


Pemberi VS pemberian..



It’s another week yang busy and full dengan assignment yang kena siap sebelum due. Semuanya term paper yang kena buat research dulu. Tak boleh pakai sesedap otak je keluarkan fakta and idea baru.. so that why lama tak update. (+...+)

Ukeh, back to the topic. Pemberi dan pemberian? Dua term yang memberikan maksud yang berlainan walaupun hanya dibezakan dengan imbuhan –“an”. Agreed!! Ataupun boleh dimudahkan dan dicategori sebagai memberi VS penerima. Macam mana nak relate, meh aku citer apa yang berlaku pada aku.

Malam sabtu yang lepas aku and kawan aku bertiga keluar makan. Pergi candle dinner dekat restaurant “Planet” yang tak jauh dari kampus. Saja tukar selera, jemu hari-hari makan kat café. Menu sama je hari2, walaupun dalam list buku menu berlambak list makanan sebenarnya. Lepas magrib je terus gerak, since masing-masing da kebulur. Tak ingat tadi tengahari makan punya la banyak makan. Lalala~

Jadi sampai-sampai je, terus park kereta tempat yang paling strategic. Betul-betul depan pintu masuk. Fuuhh terbaik la.. orang pun tak ramai lagi, meja banyak kosong. Terus je cari port yang paling best, yela lepas makan dah rancang nak stay kejap. Borak-borak… emmm, manusia kan. Aku pun 2X5 dalam hal ini.. lepas order sampai, masing-masing makan dengan penuh tata-tertib untuk cover ada lelaki hensem kat meja sebelah..(ukeh, yang ni aku serius tipu, hoho). Da siap makan dan bersandar kekenyangan tiba-tiba ada la seorang mamat bawah umur datang dekat aku. Atau lebih tepat ada seorang budak yang aku rasa dalam lingkungan 6-7 tahun gitu. (saja wat gimik terlebih untuk ayat b4 ni). Aku pandang dia! Dia pandang aku! Pastu barulah dia mula buka mulut.

“akak… nak beli kuih. Karipap ada, lepat ada..”

Cepat-cepat aku pandang kawan aku. Yela kot-kot diaorang nak. Semua geleng, termasuk aku since da kekenyangan. Aku pun dengan rasa bersalah cakap, “ takpe la adik, terima kasih”. Budak tu macam paham, then bergerak ke meja depan kitaorang memulakan sesi jualan yang sama. Pastu tiba-tiba rasa sayu je dalam hati, kasian.. kawan aku pun sama. “weh, panggil balik budak tu, aku nak beli + beri sikit duit kat dia”. Totally agreed! Aku pun memang rancang nak panggil balik pun.

Lepas kitaorang beli, terus berubah riak muka dia. Hepi + keliru dalam masa yang sama. Hepi sebab hasil jualan nya laku, dan keliru sebab duit yang diterima lebih banyak daripada harga yang sepatutnya. Aku pun cakap, “takpe adik, ikhlas akak bagi. simpan buat belanja beli jajan adik..” walaupun sebenarnya tak bermaksud memang suruh beli jajan pun, tak baik tuk kesihatan. Harap-harap dia paham la.karipap dia panas lagi time kitaorang beli tu, baru masak. END..

Pemberi tak semestinya perlu tunggu kita kaya dulu. kalau macam tu sampai bila pun tak kan terjadi since kita takkan rasa puas untuk merasa kaya. Harta takkan dapat bawak ke dalam kubur, tapi amal kebaikan.. hal ini boleh di besarkan dalam context “sedekah” bukan sahaja related dengan cerita aku tadi.

Pernah dengar pepatah, “beri dengan tangan kanan, biar sampai tangan kiri tak tahu” or “tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah” or something like that la.. aku pun dah lupa. Satu pepatah yang paling tepat bila dikaitkan dengan pemberi dan pemberian. Mungkin kita tak sedar bahawa ganjaran yang kita terima amatlah besar. Tak perlu la banyak atau besar jumlahnya, cukuplah dengan niat ikhlas.

“Ia sukar sekiranya kita perlu, tetapi begitu mudah sekiranya kita mahu”~ kata Annie Gottlier. Sedekahlah pada mereka yang memerlukan. Mungkin dengan jumlah yang tidak seberapa itu memberi sinar kehidupan pada mereka untuk meneruskan hari esoknya.

Till then, wsalam.

Monday, April 16, 2012

Aku rasa...aku fikir...

Assalamualaikum..


“Aku rasa…..” = “Aku fikir…..”
“…… ok, kot! “ = “………. Ok!”


Pelik? Tertanya-tanya? Apa kebenda yang aku merepek ni?
Okeh, aku akan explain slow-and-stady je.


Situasi: satu ari korang gi shopping dengan ur kawan. Then, kawan korang minta pendapat buat satu pilihan antara baju yang dia dah berkenan tu. Anda akan….

Perhh.. tetiba macam soalan case study..

Ukeh,

Perasan tak yang kadang-kadang kita selalu mengeluarkan perkataan yang TAK PASTI seperti “aku rasa baju yang ni yang ok, kot!”. Nampak sangat yang kita tak fikir betul-betul sebelum buat sebarang pilihan. Perkataan “KOT ! “ ni yang paling biasa kita, include diri aku selalu guna. Kadang-kadang dah terbiasa, ibarat perlu ada penambahan ayat itu di setiap perkataan yang nak dicakap.


Sebaliknya kita boleh je cakap “aku fikir baju yang ni yang ok!”. See…see.., conclusion yang diberikan pun dah nampak lain yang menunjukkan kita confident dan fikir semasaknya sebelum membuat fikiran. Then, that make another side yang nak terima or tak cadangan itu. Jadi perkataan “fikir” ini telah membuatkan kita fikirkan perkara itu betul-betul. Simple mipple je sebenarnya jika kita biasa dan positive dengan pandangan dan pendapat kita sendiri.


Tapi ingat, pendapat kita tak semestinya akan diterima, tapi paling tidak membolehkan dia mempunyai pilihan. Dan biasanya pilihan itu sentiasa terletak di tangan mereka. Jangan pulak korang kecik ati bila dia tak terima pendapat korang tu.. walaupun ada terlintas dalam ati “lor buat penat je mintak pendapat aku, alik-alik kau pilih yang lain jugak” haahh…. Tak baik tak baik…


Jadi jom start dari sekarang kita cuba elakkan penggunaan “kot !” since perkataan tu sering kita guna dalam percakapan seharian kita. Bila refer balik itu adalah salah satu dari tabiat kita warga/bangsa “malay”. Tak confident ! tak seperti bangsa foreign. Straight to the point.. Memang la tak semua, tapi kita boleh amik bahagian untuk mengurangkan lagi bilangan itu. Jangan kita jadi sebahagian daripada mereka itu. Itu mungkin dipandang sebagai langkah kecil! Yang tak mustahil boleh menggegarkan stadium larian.


Since then aku stop kat sini dulu. Hopefully u all get the points, walaupun kekadang dah terkeluar tajuk. Aku biasanya pakai taip aje. Tak pandai bermadah-madah.. sasterawan bagai. Aku amek kos BBa (finance). So aku assume ni ayat budak business aje.. till then, wasalam..


Pesanan penaja :: lagu Kosong ~ Najwa Latif (best! Best !)










Friday, April 13, 2012

Weekdays VS Weekends

Assalamualaikum,

Weekdays VS Weekends..
Or Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday VS Saturday, Sunday
Dalam banyak-banyak hari ni, hari apakah yang membuatkan korang rasa more happy?


Keberangkalian kalau aku buat survey, jawapannya adalah weekends.. or ratio Weekdays VS Weekends maybe 20:80. Okeh, let’s say aku buang weekend, tinggal 5 hari dalam weekdays je.. keberangkalian Friday yang mendominasi carta yang paling tinggi. Setuju !! 

Kenapa situasi ini berlaku? Adakah sebab Friday yang paling hampir dengan weekend.. atau Monday yang paling jauh untuk sampai ke weekend.. atau Friday bermula dengan huruf “F” bukannya “M”, “T”, “W”.  Pernah aku terbaca satu pepatah dari penulis yang tak dikenali “Hari isnin adalah cara terburuk menghabiskan 1/7 masa daripada minggu kita”.
 Sampai begitu sekali? Bukankah better to be first than last.. tapi dalam context atau situasi ini pulak berbeza atau terbalik. Ini berlaku sebab mindset kita telah di set-kan begitu, dan menyebakan kita motivate untuk jadi begitu.. wahh… mendalam makna disebalik kata-kata itu. So, tak payah point kan jari korang kat orang lain, since aku sendiri fikir perkara yang sama.


Dari zaman sekolah lagi hari isnin adalah hari paling malas nak bagun pagi pergi ke sekolah sampailah kat university sekarang. Dah besar panjang macam ni perangai masih sama.  Tapi da sampai sekolah tak ingat apa dah, lari sana sini. Heppi sangat la katakan jumpe “geng”, kongsi citer.. pot pet pot pet dah takley nak stop.~ =.=’’.  Then, bila tiba hari jumaat pula aku akan bertepuk tangan dan bersorak dalam hati, “Horrey! Hari jumaat, besok cuti!” mood jadi heppi menantikan hari-hari untuk dihabiskan menonton cartoon kat rumah. Waktu itu kelihatan seolah-olah seluruh dunia sedang meraikan kedatangan hari jumaat.


That why sekarang aku da mula baiki semula mindset aku untuk menjadikan “setiap hari adalah hari istimewa…..setiap hari ibarat hari jumaat…” baru kita motivate untuk menjalani kehidupan kita dengan lebih gembira dan semangat.  Bak kata ~Ruth Ann Schabacker, “Setiap hari yang dating membawa hadiahnya sendiri. Jadi bukalah reben hadiah itu”


Takkan selamanya kita hanya menunggu datangnya hari minggu atau jumaat. Ketika menunggu itu kita sudah banyak membazirkan masa yang dianugerahkan oleh Tuhan dan kebahagiaan yang patut kita rasai setiap hari. Alangkah baik sekiranya kita dapat meminjamkan “perasaan hari Jumaat” kita itu kepada hari-hari yang lain, yang kurang ceria, seperti hari Isnin, selasa, rabu, ataupun khamis. Sudah tentu hidup kita akan menjadi lebih bahagia ~ adaptasi dari nukilan Elaine L. Bridge.
Renung-renugkan.. should we? Till then, wasalam..


Pesanan penaja ::
- Salam Jumaat viewers
- get the meaning for all the numbers (hints: ask your handphone) - refer to the last post



>

Tuesday, April 10, 2012

Najwa Latif - Kosong lirik

Assalamualaikum..



Kenal kan korang pada Najwa Latif or Wawa ni.. gadis youtube yang makin hari makin banyak lagunya berkumandang kat stesen-stesen radio. Aku ni bukanlah peminat dia dari mula. Lagu fames “cinta muka buku” then “carta hati” langsung tak buat aku suka pun. Ehh tapi kat sini bukan maksudnya aku tak suka ! nope!.. Nope! Tapi jika diberi pilihan untuk mengundi gadis youtube, aku lebih suka Amalia Alias or Wahana.

But recently lagu “Kosong ~ Najwa Latif” ni buat aku jatuh ati. First time aku dengar lagu ni half je since baru bukak radio. Tak sangka pulak rupanya lagu Najwa. Maybe sebab lirik and melody lagu ni yang lain dari lagu dia sebelum ni. Best ! best ! Good jobs! Love ur new song larh najwa..

Lirik Lagu Kosong -Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar


Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Till the end, wasalam..

Pesanan penaja :: Kenal tak Amalia Alias @ Wahana tu siapa ?? teett ! ! siapa tau angkat idung korang sekarang ..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...