Friday, March 9, 2012

Renungan- FACEBOOK..??? ape tu?

Assalamualaikum...

Some brief post hari ini...

Komunikasi- 7 % perkataaan,
                  - 38% intonasi,
                  - 55% fisiologi ( perasaan happy atau negatif termasuk memek muka).

FACEBOOK..??? ape tu?
F → Fahamilah wahai manusia..
A → ALLAH Swt itu Maha Berkuasa dan Maha Penyayang
C → Cinta pada manusia hanya di dunia namun cinta pada ALLAH kekal selamanya
E → Esok  entah kita masih bernyawa atau tidak
B → Beramallah kita pada yang Maha ESA kerana
O → Orang yang selalu beramal disayangi ALLAH Swt dan
O → Orang yang berbuat kebaikan akan dilimpah kurnia NYA
K → Kerana Allah Swt itu Maha BERKUASA atas SEGALANYA..

p/s : Facebook + komunikasi..



My student life - Preview

Assalamualikum..

Start hari isnin yang lepas aku ada Quiz IA. "internet application"
subject IT yang aku kurang minat since takder geng yang sama satu kelas..
akibatnya... lonely... i'm mrs lonely... i have no body.... for my own..... oooo.... ( lagu Akon)hohok

but, that not the point kat sini..
takkan sebab tak ada kawan ko tak nak belajar kan.
so tu sume aku tolak tepi. buat-buat enjoy je, even aku tak.

ukeh, berbalik pada cerita tadi..
sebenarnya aku bengang time amek quiz aritu..
bukan bengang takdapat jawap soalan, bukan jugak bengang tak dapat duduk sebelah mamat 'ehem..ehem..'
tapi bengang dengan sorang budak ni..
tau la kot yer ko tu duk belakang! port lak paling strategic bebenor ko nak meniru tapi kalau sampai dah over sangat tu aku pun tak puas hati.
yela, aku tengok budak lain cool je, even tak dapat jawap pun.
tu menunjukkan dia jujur.. Tak meniru.

tapi dia ni tak..
selak note tu memang macam letak atas meja je.
bukan tahap selamba badak dah tu, tapi selamba denasor dah.
siap intai2 lagi budak yang duk kat depan dia..
aii.... aku siap wat signal "ehem...Ohookk!...eheekeehemm!" pun dia buat "derk" je!

bukan apa aku nak marah sangat, tapi dia ni memang aku conferm dah plan nak meniru dari awal and tak wat revision untuk stadi pun.
orang lain punyalah kalut, baca selagi termampu la kata orang...
tapi, time aku masuk kelas tu dia duk punyalah relex, layan lagu. (tak kesahla kalau memang da betul-betul prepair.. ko main lari-lari pun aku tak kesah... )
tapi, bila lect masuk je, terus buat-buat pinjam note kat orang depan dia...
last-last memang buat harta pusaka da note sepanjang quiz tu...

mana tak bengang... sesedap dodol je dia..
end !
moral kat sini: STOP meniru la wehh... tak berkat korang belajar tu..



Tuesday, March 6, 2012

EN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU

Assalamualaikum..

ada masa before pergi kelas jap lagi..
so, tak mau terlepas join segmen best ni..
 "EN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU"

since, masih banyak lagi kekurangan dalam blog ni, sila2 la kritik.^^
hopefully, dengan kritikan korang aku akan cuba perbaiki and renovate balik blig ni..
peaceee ('-')v




Monday, March 5, 2012

Jangan terliur sudah

 Assalamualaikum..

minggu lepas aku balik rumah.
biasala, dalam sebulan tak balik mulalah windu-windu.
ececeh... tak ngaku kan anak manja kan.. ahakks..

cam biasa, balik rumah perkara ke-dua yang paling best adalah makan.. (yang 1st and should be the first jumpa parents kesayangan n adik beradik )
cakap je nak makan apa... mak mesti buat.
takpun, jenguk je kat dapur.. macam-macam makanan.
tu belum cari dalam peti....  dalam tapware kat dalam almari..
haah... tak ke tetiba jadi sindrom makan banyak secara spontannya.haha...
u all  gets the meaning kan... :p

so, sekarang bukan masa nak cakap pasal makan yang perlu dimasak or digorang..
coz, macam la aku rajin masak pun kan. (gara-gara lama tak mask dapur sbb belajar...ekk, alasan~)
tapi makanan yang senang.
kita just perlukan dua bahan je.. siap korang cari bahan ni, terus boleh makan.
tak yah pikir lain da... opppsss.. lupa yang penting. baca doa makan dulu... ~bismillah

makanan apa yang aku maksudkan ialah.....
takyah pening pikir, aku bagi jawapan terus.
colek buah... perrhhhsss.... melelih air liur kot.
ni sume kes aku bukak peti then nampak mencecah buah mak bee..
ala yang pemes emes tu.. bukan mak lebah ye..! sila noted kat situ...hehe..


ingredient : 1) kuah rojak kacang mak bee. (kalau takde sangat buat cecah sendiri.... amek gula + kicap sikit. nak pedas campak lada kecik)

2) buah pelam.... or mangga. (buah lain pun boleh.. ikut sedap anak tekak korang nak makan buah apa..hahaa)

perhatian!! : kepada yang belajar and amek exam penting jangan amalkan makan buah yang berjus masam. tak baik untuk ingatan.. so kurangkan ukeh. 

 since aku suka lebih suka makan pelam,
tak tau pulak ada banyak sangat jenis. sampaikan kena labelkan siap satu.
kalau tanya aku, kalau tunjuk mana-mana bentuk sekalipun yang aku jawap

"haa, tu buah pelam la tu...." ~lalala


see..see... punya la banyak bentuk. and mesti rasa yang berlainan...
 if apa pun, kalau nak makan dengan cecah kena cari yang masam sikit..

if macam masak ni tak berapa sedap da:
that it !! lagi panjang tulis lagi rasa nak makan kan..
tapi betul la kata orang, selagi kita berbudi dengan tanah... pasti dapat hasilnya..
macam kat bawah ni...
p/s: Grafted mango trees bear fruit three to four years after planting. Adequate air circulation, irrigation, nutrition and sunlight are vital.

peace no war..
till then, wasalam...

sumber gambar dari Google Image yang terpilih..........





Friday, March 2, 2012

Welcome To Wherever You Are


assalamualaikum..
secebis renungan for today !
remember that you're perfect,because God makes no mistake.if you find yourself lacking,then work it like what He has willed you to - towards the journey of mending and perfecting.
special from hlovate...........
 p/s : Bon Jovi's Welcome To Wherever You Are + endless skygazing = status above




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...