Saturday, December 29, 2012

Belajar buat doodle : Part 1

Sekarang ni aku perasaan ramai bloggers yang pandai buat doodle..
Art Doodle la, Cartoon Doodle la, Muslim Doodle la..
Sangat-sangat cute and berbakat la u alls semua ukeh.. (terharu ~)
so then, ToT sekarang mula terpengaruh dek kecomelan doodle-doodle tu semua.

Baru-baru ni ToT adalah start buat doodle sikit-sikit since haritu ada keluar bandar. so sambar la duah buku scratch book.
Cantek ke idok yang hang buat tu??
Hahaha ! ! TEEEETTTTT
NO or YES answer for that question rite now !

Masih lagi belajar.. and terus belajar...dan akan mengajar...bila sampai masanya..
Jadi sebelum kita ambil pensel untuk start melukis, biar ToT bagi definisi jelas tentang apa sebenar maksud "doodle" ni..
adakah maksudnya dodol? ataupun dodoi? ataupun dolydoly makan cendol? ERK ! !

well, the right meaning for doodle is "an unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes.

Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephone conversations if a pen and paper are available.

Popular kinds of doodles include cartoon versions of teachers or companions in a school, famous TV or comic characters, invented fictional beings, landscapes, geometric shapes and patterns, textures, banners with legends, and animations made by drawing a scene sequence in various pages of a book or notebook." - wikipedia

For those yang tak clear dengan meaning ni sila belek-belek kamus dewanbahasa dan pustaka atau taip google translate pada URL laptop/PC anda atau terus dail nombor ToT di talian 012-9764tekantekan takdapat ...

if tak paham jugak apa yang diterangkan oleh mr wiki tu, biar ToT terang kan dengan cara ToT sendiri.
well, doodle ni macam satu scratching atau contengan yang korang buat or lakar tanpa memerlukan satu situasi/penumpuan penuh untuk sesuatu lukisan. contoh nya bila dalam kelas, time boring-boring korang tak sedar je yang tanggan korang scratch something dalam buku text or latihan.. even gambar karton, lakaran muka cikgu kelas korang,etcs.. so, apa yang korang lakar tulah "doodle".

Ngerti or enggak ? ?
Sample nya lebih kurang macam ni la:

tapi bagi yang dah profesional, tak de la sampai nak scratch macam cakar ayam dah.. peralatan, pemikiran, and daya imaginasi kena lah tip top ! !
siap ada tablet bagai.. dok main dah pakai pensel 2B .. 3B.... nihah...
So, bagi the beginner macam aku ni, jom la pakat asah pensel tajam-tajam dulu.
Kita mula dari A... pastu B...then C.... sampai la ke Z....

Nak belajar buat doodle dengan ToT? ?
Tunggu up-coming post dari ToT.. till then, wsalam...

Friday, December 28, 2012

Handphone besar kedabak.. Ko jeles?

Assalamualaikum..

Teknologi..dan manusia memang tak susah nak dipisahkan.
Lepas satu trend kepada satu trend baru..
Lepas satu design kepada satu design baru..
Lepas satu warna kepada touch-up baru..

Pastu bila dah dapat yang baru or ter-baru, mulalah rasa tak puas..
Ingin mencari sesuatu yang lebih baru.
Yang lama makin dilupakan.. wajar keee? ?
ToT rasala, sepatutnya siapa yang pakai yang lama ni patut di-respect.
Yela, ce cuba korang bandingkan teknology korang yang terkini dengan teknology mereka yang da out-to-date, siapa lebih tua?
Contoh senang bila orang pakai I-phone dengan orang pakai henset yang besar "kedabak" yang bila kena lenyet langgar dengar lori pun tak de hal.. sebalikya tayar lori tu mungkin pecah dan meletop..jeng.jeng..jenngg... !

macam gambar ni...


see..see....
what the right about it....! ! di antara handphone ni...
siapa yang makan garam dulu..? ? (~eehhh..)
siapa yang merasa dirinya dipanggil handphone dulu?
siapa yang kena cuba buat SMS dulu?
siapa yang kena cuba buat phone call dulu?

Fuhh, punya la ToT ni cuba pertahankan hak handphone-handphone yang teraniaya.
Dapat award "the protection of un-criminal handphone" tak ni?? haha
Jadi kepada mereka-mereka yang pakai handset canggih manggih tu jangan la merendah-rendah kan pemakai henset lama.
They may look older, but they experience more than yours.. and if they are not exist for the past, yours maybe not be exist 100 times in the present and future..
Thinks about it. ! ! till then, wsalam

p/s : post ni dibuat sempena kehilangan henset mahal ToT.

Aku anak hitam. Negro ke?

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak lagu dulu- kala yang berbunyi camni..
Ehemm...hemm..hermmm. (adjust anak tekak sikit)
3....2....1....Ready u allssss...! !

"Sepoloh anok itam, main kejar-kejar satu jatuh parit..tinggal lagi sombilan..
sombilan anok itam, main lompat-lompat, satu patoh kaki..tinggal lagi lapon..
Lapon anok itam main sorok-sorok, satu tak jumpa-jumpa..tinggal lagi tujoh..
Tujoh anok itam main renang-renang, satu tak timbul-timbul..tinggal lagi enom..
Enam anok itam, cuba lintas jalan, lime kena langgor..tinggal lagi sorang..
Sorang anok itam, main sorang-sorang, sorang kena serang..tinggal lagi >>>>>"


Hah ! ! punya la nak tercabut urat otak pikir balik lagi lagu ni balik
even, yang origanal punya bukan macam kat atas tu..
tapi ala-ala la.... Bak kate lisa surihani .. S.O.. S.O la...

motif pless? ? Kenapakah..mengapakah...tak siumankah??
Tiba-tiba nak nyayi lagu anak itam bagai . . (ingat hang puteh sangat =^=)
Kau ingat nak testing vikol buken sekoder skodeng ke?? hahaha !!
Neyh..not really la.. the meaning post ToT kali ni.

"Fall down seven times...
Stand up, eight!!
It is okay to fall but it is not okay when u do not get up
"

Jatuh sekali tak bermakna kita gagal selamanya.. and jatuh kali kedua tidak akan terjadi atau berlaku jika kita tak cuba untuk bangkit pada masa pertama kita terjatuh..
Biar banyak kali kita jatuh, untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari sebelumnya..

Peringatan untuk diri sendiri dan juga kongsian untuk viewers..
Till then, wsalam..


Colourful picture : Candy warehouse.... the up-coming post by me

Monday, December 17, 2012

Selamba Badak

Assalamualaikum..

Lets begin our post by "pray for Gaza" - amen..

Limitation of idea menyebabkan aku jarang sangat untuk update blog.. - JUJUR =.=''
kalau blog ni ibarat macam sekeping kertas, dah lama aku conteng lukis gambar bulat-bulat... wat gambar orang lidi... lukis bunga... touch-up sikit dengan corak kat tepi2..
pastu TADAA... tu dia gambar yang tak ter-ungkit or ter-ucap oleh kata-kata..
bila nak seni sikit mula la buat dialog tersendiri..
pastu bangga and tak sangka dengan diri sendiri begitu hebat... haha ! !

Tak kesah la tu, yang penting dapat menyerlah kan bakat "CONTENGAN" anda yang tersendiri...
pastu kalau orang kutuk sikit korang cakap je...
"HaH ! jeles ler tue.... uwekk :p"
u alls pun mesti da experience buat keje macam ni kan?? - Ngaku cepat !!!! haha...

Ukeh, tu dia mukadimah yang riak yang tak boleh belah. ~(*.*)~
Motip : memang nak kena side-kick + tornado kick + reverse side-kick A.K.A spinning side kick dari jacky chan.. uhukk ! muntah darah '( >|||||<)/

hoyeh, selamba badak adalah tajuk post ni..
meaning....perangai selamba badak atau selamba tapir ini kadang-kala membuatkan ia sangat annoying atau BM nya 'men-ayam-pah' 'menyampah' dalam satu-satu masa.
mana tak nya, perangai canggini boleh jadi lebih mudarat bila dah sampai tahap kurang ajar...
kat sini aku boleh kategorikan dalam 2.
yang pertama selamba badak dalam percakapan
and yang kedua selamba badak dalam perbuatan.
atau boleh jugak masuk dalam kategori ketiga yang aku rasa ada certain orang je terrer buat iaitu selamba badak dalam pandangan.. cam ada leser gitu...

dan ia boleh berlaku dalam banyak situasi..
dalam kelas, bilik / dorm, rumah, shopping mall, kedai makan / cafe, klinik, office, etcssss...
even contohnya dalam kereta pun boleh jadi : bila tetiba je time korang bawak kereta ada la sorang mamat ni jalan lenggang kangkung tonggek kiri kanan dengan penuh gemalainya depan kereta korang tetiba.
bukan ke namanya "selamba badak" ke??

Entahla aku pun tak paham. macam tak sayang nyawa.
kalau la badan tu besi macam transformers ke.. robocop ke.. besi buruk ke (ni pun jadi gak la, asal besi) takpe la..
ini tak, buatkan aku nak je hon gagnam style punya tune kat dia.
tapi tak jadi, coz takut tetiba lak dia wat joget menari gangnam style pulak.. lagi haru ~
so wat membebel jela dalam  kereta. cakap sorang-sorang.
Well aku kan seorang yang mengamalkan sifat "well manner" and "caring toward others"even .


till then, wsalam..
p/s : once upon a time punya story

Tuesday, December 4, 2012

Love Alone




Lyrics | Miss A lyrics - Love Alone lyrics

Monday, October 1, 2012

Kesian wahai perempuan

assalamualaikum...

Perempuan...wanita....gurlz or gepreen...
Setiap dari mereka mempunyai personaliti atau daya tarikan yang tersendiri..
Walaupun boleh di samakan atau seiraskan dari segi rupa,
tapi bila di bandingkan dengan dalaman / hati, kadang kala memang di luar jangkaan
Seperti contoh apabila : DIA ~ perempuan
diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — bila beranak? .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
tak tutup — lagilah heboh .
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain²kan .
terlalu berjaga — dimarah²kan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .


tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan, 
SYURGA adalah tempatnya, 
cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, patuh segala perintah Allah, insyallah dirinya sebaris dgn para bidadari & mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak,
 insyallah.. ♥

Wednesday, September 12, 2012

Kes tak keje hari ni

Assalamualaikum...

Yeaahh, arini tak keje !  !..
Walaupun weekend and weekday rasa macam sama je since aku keje 6 hari 'seheminghu', and cuti pun tak tetap hari apa yang dapat..
tapi bila sehari cuti rasa macam beeezzzzzttt gileerrrrr....
rasa cam tak nak bagun-bangun dari katil.. adoiiaa.. buruk perangai ~

but then, aku kan just cakap tulis "rasa" tadi ..
akibat dari tiap-tiap pagi da di-train-kan mata niha tuk bangun pagi-pagi pegi keje or kalau lewat pun mata da 'otomatik' celek,
tak leh jugak nak memerap kan diri atas katil..



so tak de keje lain bukak FB then dapat la meng-hapdet blog ni.
lagipun tadi terbaca satu artikal menarik tuk share ngan korang sama..

"Bismillah.
Fitrah manusia suka benda yang seronok-seronok dan suka ingat pengalaman manis-manis sahaja.(◕‿◕). Antara banyak yang menyeronokkan dan manis-manis itu, ada satu perkara yang 'paling manis' untuk diusahakan iaitu mengecapi kemanisan iman. (◕‿◕).

Bagi gadis-gadis yang sudah layak bergelar isteri, antara yang boleh dilakukan bagi mengecapi kemanisan iman ialah menerima atau menolak lamaran seseorang kerana Allah.

Yang dikatakan menerima kerana Allah mempunyai ciri-ciri berikut;-

1. Telah diselidiki agama dan akhlak di jejaka. Kemudian didapati ia bertepatan dengan kehendak al-Quran dan sunnah.

2. Telah dibawa berbincang dengan ibubapa (bapa terutamanya kerana bapa adalah wali. Jika bapa sudah tiada, rujuk wali-wali yang sah menurut turutan sebagaimana digariskan fiqh).

Peranan penting orang tua di sini ialah untuk menyelidiki latar belakang keluarga dan keturunan.

3. Setelah diusahakan melihat zahirnya, solat istikharah bagi mencapai kata putus dari Allah.

~ Bila kita menerimanya berdasarkan ciri-ciri di atas walaupun pada awalnya kita tidak pernah pun 'jatuh cinta' dengannya, maka itulah dikatakan menerima kerana Allah.

Yang dikatakan menolak kerana Allah;-

1. Si Jejaka mungkin lulusan agama tapi dia ajak 'couple' dulu sebelum melamar.
2. Si Jejaka kaya, 'hensem' dan keturunan 'glamer' atau memiliki salah satu darinya tetapi buruk akhlaknya.
3. Si Jejaka tidak solat, tidak puasa dan mengabaikan lain-lain perkara wajib dalam agama.
4. Si Jejaka suka ambil mudah dalam perkara dosa-dosa kecil walaupun dia solat dan puasa.
5. Boleh tambah sendiri. (Point utamanya ialah kurang beragama)

~ Ciri-ciri di atas ada pada si Jejaka sedangkan hati kita sudah mula menyayanginya. Bila kita menolaknya kerana terdapat ciri-ciri yang Allah tidak reda walaupun hati suka mungkin dengan sebab sifat 'caring'nya, atau 'hensem' atau 'nampak romantik', itulah dikatakan menolak kerana Allah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم. berkata,

من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنع لله فقد استكمل الإيمان.

“ Sesiapa menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menahan (tidak memberi) kerana Allah. Sungguh dia telah menyempurnakan keimanan.”

Hadis direkod oleh Imam Ahmad."

sekian~
lagi lama online, rasanya makin banyak la bazir masa.
rumah n bilik pun tak komas-komas lagi..
till then, may Allah bless u all.. wasalam..

Thursday, September 6, 2012

Running Man in Yellow

now time for running.....
what ?? running??
yeahh RUNNING MAN !














Monday, August 27, 2012

Jawapan kepada soalan "Kenapa tak kahwin lagi"

Assalamualaikum...

Sejak - sejak dah raya ni bukan je ramai yang buat open house, tapi sekali dengan kenduri tunang la, kenduri kahwin la...
2 in 1 sekali la kate orang tu.
Da jemu makan kuih raya , boleh la merasa nasi minyak sepinggan pulek kan..kan....
Lagipun yang kenyang perut si empunya diri juga. pastu suka la hati..
sempena riang ria di aidilfitri.. ~ yeeahhhuuu

btw nak share satu artikal dari FB tadi...
best la pulak.. so ce... ce ke da outtt  >[]<




A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~


"Tuhan telah memberikan kenikmatan yg lebih dari cukup. Berhentilah mengeluh. Semakin disyukuri akan terasa nikmatnya"

Sunday, August 19, 2012

Selamat hari raya

Assalamualaikum...

Wish u all "Selamat Hari Raya Aidilfitri"
~Taqabbalallahuminna waminkum, wajaa'lna minal ai'ldin walfaizin, aminn...~
Mintak maaf banyak-banyak sepanjang aku bergelar blogger termasuk dari segi penulisan, penghayatan DAN semuanya...
semoga ukhuwah kita terus berpanjangan , insyaAllah..

Friday, August 17, 2012

Balik cuti raya

Assalamualaikum..

Hello friends and viewers, i  know that many of you are beating the jam to balik kampung. So please remember. Drive carefully and may you reach home to your loved ones safely for this hari Raya..

And for those yang still tak dapat cuti lagi or cuti still tak di-approve oleh bas boss masing-masing jangan moody-moody. Terus letak jawatan je..hahaha.... ukeh, yang ni aku tipu.
Kebanyakkan yang kena kerja lagi if swasta company kan.. Aku paham situasi itu since aku pun bekerja company swasta..

But luckly tempat aku bekerja ni dekat dengan rumah..so, nak kata haru if tetiba dengar lagu raya 'dendang perantau' or 'hohoho balikk kampong..hohoho balikkk kampooonggg' tu memang taklah kan. Tu yang untung. And memang malas and taknak cari pun kerja jauh-jauh since baru first time nak keje. Bila dapat offer keje aritu yang dekat dengan rumah ni memang terus taknak lepaskan peluang..

6 tahun duk KL time belajar aritu memang dah serik dengan traffic jam and kehabisan tiket bas. so cukup..cukup sudah.. cukup sampai di sini sajaaa... =.=' ~ nada lagu miwarna band.

Jadi kepada yang baru nak packing or berangkat nak pulang beraya sekali lagi aku nak pesan pandu hati-hati. and yang balik besok pun pandu hati-hati... and pada yang nak balik nanti-nanti pun still pandu hati-hati.. Ingat orang yang tersayang !





Thursday, August 16, 2012

Menu patin tmpoyak aku VS ikan patin kau !

assalamualaikum..

"al-qadr
surely We revealed it on the grand night # and what will make you comprehend what the grand night # the grand night is better than a thousand months # The angels and Gibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair # Peace! it is till the breake of the morning "

tik..tikk..tikk...
7.24 pm. Waktu berbuka bagi daerah T******* dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya..
alhamdulillah.. selamat berbuka !

hari ni dah hujung-hunjung ramadan..
masing-masing berebut menjalani dan mengumpul sebanyak mana amalan ibadah.
insyaAllah diberkati dalam apa jua yang kita lakukan. Amin... (selagi kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk)

lets open new stori tuk post kali ni..
berbuka puasa selalunya kita akan cari menu yang dapat memikat selera
bukan sahaja rupa rupa tapi lubang hidungnya rasanya tetap kena menjadi pojaan hatiku dan hatimu... kan..kan.. 

sebagai contoh bila resepi yang kita pakar boleh lah di-share kan pada orang lain.
macam member aku sorang ni.. dak kedah siap 'PM' nak resepi ikan patin masak tempoyak.
punya la kemaruk nak makan sebijik dengan yang aku penah bawak kat dia time kat uni aritu..

"resepi ikan patin masak tempoyak. mula2 tumbuk lada kecik+kunyit hidup, then tumbuk sekali dgn tempoyak (option leh bland je). pastu isi dalam periuk bersama2 dengan air+bunga kantan+daun kelsum. pastu dah mendidih masuk ikan tu. jangan lupa asam keping, garam n perencah(if nak). hahaha.... hopefully jadi ye. aku sendiri baru tya 'pakar'... lom penah buat sendiri..;p" 



punyalah excited dia hapload kat aku hasilnya.
so, memang terbaik la since sekali cuba dah jadi. aku tengok pun sampai leh cakap "mantop, waa cakap samalu..":)..



Monday, July 30, 2012

Baca post sampai kembang lubang hidung

Assalamualaikum..

Harini anak kepada pak usop post satu status yang aku gelak sampai kembang hidung..
mula-mula boleh la cover sengeh-sengeh macam kerang busuk..
tapi bila dah due kali pandang pastu tambah dengan perisa jeling-jeling tahap tenggeling memang dah macam sengeh ikan kering busuk la pulak.

meh aku kongsikan kat sini post dia.

(1) - saye nak cakap sesuatu kat awak. tgk no .5
(2) - Jawapannya tgk no.11
(3) - Jangan maraa ea.. tgk no . 15
(4) - bertenang, jangan marah, tgk no.13
(5) - Tgk no.2 dulu.
 
(6) - Jangan Maki Hamun, Tgk number 12
(7) - saye just nak cakap, selamat berpuasa. miss u like "muahh..muaahh" ^^
(8) - Ape yang sye nak bgtau awk ialah. TGK NUMBER 14
(9) - Sabor ya, tgk Number 4 dulu.
(10)- pergh, ni last sye buad mcm ni. tgk number 7
(11)- Harapny awak tak marah kat saya bile sy kta tgk no.6
(12)- Maaf, tgk number 8
(13)- Jgn marah-2, tgk No 10
(14)- sye tak tao mcm ne nak ckp ni, tp tgk number 3
(15)- Awak mesti marah gila pnye kan, tgk number 9
Arrhhh, mula-mula sangat la annoying. sampai taknak tengok nombor lagi dah. pastu bila da habis rase cam alolololllooo sewit la. tapi siyes cakap, kalau duduk bersembang dengan anak pak usop ni memang susah la nak stop. then, kalau da berjaya stop tu pulak ada jela "to be cont.". tak sempat besoknya, pagi tu bukak je mata start la pot..pett balik...
so..best quotes dedicate for "U" la pren.
People always think that the most painful thing in life is losing the one you value. The truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too.

Sunday, July 29, 2012

Pesanan bagi yang ingin "Bergelar Isteri Solehah"

Assalamualaikum.

Satu post yang "nothing to lose". Pesanan bagi yang ingin "Bergelar Isteri Solehah"

1. Bacalah Al-Quan setiap hari walaupun hanya 8 ayat

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk cukup dengan mencium Al-quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga tidak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini"
2. Mendidik anak secara islam
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masuun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya
3. Hidup bersederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup bersederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir untuk memohon keampunan kepada Allah ke atas wanita itu"
Alangkah bahagianya diri kita dilahirkan sebagai wanita. sungguh bertuah ! 
4. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah
Galakkan suami untuk bersolat jamaah di rumah, masjid atau surau kerana ia akan dapat pahala berjamaah suaminya  termasuk solat dia sendiri.

p/s: bukan untuk orang lain. renungan untuk aku juga. NOTED THAT !

Wednesday, July 25, 2012

oh my ramadhan..

Assalamualaikum..


Seperti biasa beri laluan kepada "tazkirah ramadhan" yang penuh barokah ini untuk manfaat bersama.. insyaAllah.
"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa. (H.R. Bukhari dan Muslim)"

Alhamdulillah.. satu lagi tazkirah yang dapat dikongsikan bersama. ;)

Seperti biasa, puasa kali ini full time aku kat rumah.yeaaa.. (yela selama ni kat mesti pose kat Uni, so,patut sekali di beri kebenaran untuk menunjukkan sipat-sipat(sifat) untuk menyerlahkan perasaan hepi kan..kan. .).buat muke yang memang nak kena flying kick. redha jela ~ (-.-)

kali ni tak payah da pening-pening nak carik tiket bas bila tiba hujung minggu. then, bila time berbuka pulak tak payah da nak message/kol mak kat rumah tanye menu berbuka. pastu menyesal sendiri sebab menu yang diberitahu  sangat2 "marbelus" sampai telan air liuq je. tu belum masuk waktu nak bersahur. tak payah da nak rajin bangun since dah tahu just minum air masak je kalu kat Uni (kat rumah mesti akan makan nasi punya). cikai-cikai pun mesti ada "serunding" ke...telur masin ke... tu pun da best gile !

Ok sekarang mari kita tadah tangan dan berterima kasih pada tuhan cepat. "Ya Allah aku bersyukur padaMu". :) oh may ramadhan kali ini lebih bermakna disamping family terchenta. Plus my sibling yang tengah cuti sem pun hado. so agak meriah ramadhan kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

tapi, still dalam mood hepi yang "terkinja-kinja""ter-ngada-ngada" ni pun moment berpuasa kat Uni totap dalam kenangan kepala otak. mana bole lupa kalau dulu dalam kelas pun da pot pet bincang menu nak berbuka padahal tengahari pun tak lagi, pastu tukar-tukar makanan kasi round satu lantai (macam ada dinning table jek kat hostel kann), berbalas bunyi perut bila time tak terbangun sahur sampai malu kat "mamat" meja sebelah, and yang paling penting turun bertarawih bersama-sama. 

but then, berpuasa tetap berpuasa walau kat mana kita berada. even diaorang nun diperantauan.. and diorang nin diperasaan... sama-sama perbanyakkan amalan pada bulan puasa ini. kita tidak tahu bulan puasa yang akan datang kita dimana? till then, wsalam.

Monday, July 23, 2012

Selamba redah

Assalamualaikum..

Mukadimah pertama eloklah dikongsi sedikit "tazkirah ramadhan" semoga sama-sama mendapat kebarakatan di bulan mulia ini. insyaAllah~

Rasullullah s.a.w bersabda: "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumannya demi Aku. Untuk setiap orang puasa ada dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan waingan kasturi" (HR Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah..
berbalik pada topik kita semula, bulan puasa camni memang tak sah kalau tak pergi ke bazar ramadhan. tak kira kat ceruk mana korang tinggal mesti ada tempat yang dijadikan lokasi untuk menjual juadah berbuka puasa. yang menampakkan bezanya cuma saiz besar kecik...panjang pendek...bazar tersebut aje. lagi besar lagi la meriah bak kate orang. kate bukan orang tu aku tak tau la... ;p



macam kat tempat aku memang la panjangggg... korang pilih je nak juadah ape "macam-macam ado ! " dari kuih yang bako-bako, yang goreng, yang panggang .. cari je. sampaikan korang jadi pelik since tengok jenis kuih sama tapi "kaler" uihh jangan nak cakap la. tah dari plenet mana muncul. hijo la, biru la, kuneng la, cekelat, meroh..hoho (hamek ejaan ayat aku punya la loghat.haha). contoh senang macam apam or cupcake. pokidot sana, pokidot sini.. tompok sana..tepek sini... =.='. Itu belum kire yang nasi, bubur, ayam, ikan, mee lagi.

bukan tu je, macam-macam jenis orang pun ado! nak-nak time awal-awal puasa macam ni. kalau tak de semangat "selamba redah" memang takleh nak jalan. (dah kurang amalan puasa). so jaga la pandang.. sama dengan pergulaian pergaulan ye. nak selamat pakai la baju kebal ke..baju nak gi perang (jangan bawak tembok or pedang dah la).. tapi jangan buat tabiat pakai baju tunjuk hero cam supermen dah la, "sepende seluar kecik" kat luar tu. ishh..issshh ko hingat hensem ke haa?

jadi sama-sama kita waspada dan kekalkan amalan ibadah yang kita kumpul sehari-harian. insyaAllah..
akhir kata dari aku biar selamba beribadah, jangan selamba redah.. peace! till then, wsalam.

p/s : selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. maaf jika ada yang tersinggung oleh mana-mana kata dalam penulisan ini.

credit, photo by orang temerloh fan club



Sunday, July 22, 2012

Di bulan ramadhan ni la saya nak tengok perangai awak yang sebenar - benarnya

Assalamualikum.


Alhamdulillah, selamat menempuhi hari pertama ramadhan. Dan hari ni terasa macam kanak-kanak yang tak sabar nak berbuka.. yela, pagi tadi bangun dah lambat, makan ala kadar cukai tol jela. makan laju-laju macam touch and go. nasib ngam-ngam je berhenti waktu da imsak. kalau TAK? mmm... telan air luir jap

Puasa tidak menghalang kita untuk bekarya, selagi tidak melampaui batas. (jangan duk melekat 24 jam lagi dah lepas ni. peringatan tuk batang idung sendiri INGAT !! "caps lock on" ).  Jadi sementara menunggu azan magrib berkumandang sempat jugak la aku tulis post ni. alhamdulillah..

Since dibulan yang ,mulia ni tak salah saling ingat mengingati dan post tajuk-tajuk yang boleh beri manfaat bersama. Since aku ni pun bukan "sempurna", tapi sama-sama la kita baiki diri kan. Uke, pernah tak ada orang cakap camni  :


"Di bulan ramadhan ni la saya nak tengok perangai awak yang sebenar - benarnya . Sebab syaitan semua dah diikat"
Haa.. betul sangat la tu. Aku pun telan air liur kejap bila kalau ada orang cakap camni. Yela, kalau sebelum ni asal malas or liat sangat nak bangun buat solat sunat or even solat fardhu, boleh la korang cakap "ala, ni semua keje setan yang kaco aku.. aku nak buat ! tapi tu la, dugaan la katakan.." amboih, salah menyalah satu same lain ye?
macam la diri tu ada dua, kejap si setan yang kawal then balik kepada rupa asal korang kan? Tapi waktu sekarang ni memang u are the one! takde nak salah kat si setan tu da.. sekarang semua si setan kena ikat, jel, gari ... jangan nak tunding jari and cari alasan lain. 
Jadi sama-sama la berubah perangai yang tak berapa baik kepada yang baiikkkkk-baiiiikkkkkk aje.. insyaAllah. Lepas tu kita kekal kan, serap and hadam betul-betul supaya jadi satu amalan kebiasaan. 
Yassin ~ alhamdulillah song:
ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah….
p/s: when the vision is clear, the action gets easier..

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Kenal ke idok pokcik ni?
Hang tak kenai noo, tiap-tiap taun due kali keluar tivi
dah la tu, siap buat live lagi.. gelemer tak gelemer pokcik ni.. hang adoo..? ?


jadi suka disini aku ingin mengucapkan.. penggunaan ayat skema disini

.....AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....
Bulan mulia di mana terbukanya pintu segala kebaikan dan tertutupnya pintu kejahatan..
semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 ( even lebih lagi ) kebaikan kepada semua.. insyaAllah.

since malam besok kita start tarawih, bangun sahur serta melipat kali gandakan..darapkan..tambahkan... (no tolak-tolak) amalan. Jangan lupa sama-sama kita :
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar

☑ Delete Dosa
☑ Approve Maaf
☑ Search Pahala



yang tetiba terputus fius hilang ingatan baca niat puasa jangan risau.. aku sebagai seorang sister se-islam , perlu lah saling ingat mengingat.. tak gitu...


Fully prepared?
O Allah ! Make us reach Ramahan !
(In A state of good health and high eeman !)
Allahumma Amin..
p/s : actually, tak pernah miss tgk pengumuman puasa.tp kenapa tahun nih aku trlepas ? Arggh ! Kenapa! tapikan.. bila dua kali tengok bukan ke pokcik ni pokcik baru ke? 



Hijabista magazine edisi 2

Assalamualaikum..

Exclusively present hijabista magazine second edition..
waa... congratulation...CONGRATULATION... (nyanyi seket ~ bertepuk-tepuk tangan, bertepuk dengan riang.)
fresh dari oven ni, since dyorang pun baru update dekat fb.


rasanya baru je lagi keluaran pertama keluar. (time promosi dekat book fair @ PWTC dulu)
tup.tup.... da keluar pun second edition.



so, siapa yang memang da mengikuti dan memiliki majalah ni mesti korang da tak sabar-sabar nak pergi merompak  mendapatkan nya di kedai buku.
tambah lagi satu koleksi majalah korang yek..

akhir kata dari aku.. kenang aku dalam doamu ~ ehh, tak pasal (sengkeh kepala sendiri)


Cara hadapi masalah Virus 'short cut'

Assalamualaikum...

V.i.r.u.s adalah salah satu penyakit kronik yang dihadapi oleh 'baby' kesayangan korang yang bukan setakat menyerang si acer je malah si asus, hewlett packard (hp), compex, toshiba, oren apple, lenovo, alienware, sony, samsung, dell and etcs...
since aku ni pun bukanlah pakar comp sangat bila si virus and the geng (trojen, zebra, worm dll) datang serang the best way pakai la anti-virus (as the defense la kalau dalam game bolasepak terajang)

itu baru dalam kategori laptop yang diserang. and aku pun tak boleh nak tolong kalau si virus tu still boleh serang ur laptop even da pakai anti-virus tahap power ranggers pun tak membantu..
sila la contact atau hantar kat si "terer bab-bab comp" pula kan. reformat balik kasi clean and clear dia punya face daaa~ !

but kalau dulu problem yang selalu aku hadapi yelah virus shortcut niha..
sebab utama bila kite ni save pakai pendrive and cucuk kat banyak comp/laptop yang dijangkiti virus.
sampaikan korang terpaksa scan punya scan punya scan then habis semua file-file penting ..
pernah hadapi tak? ?
sekarang tak perlu risau lagi..
Entri kali ini aku jemput Sis Fiza untuk kongsikan cara untuk menangani virus 'short cut' secara satu persatu memandangkan semakin ramai yang terkena virus ini di komputer mereka.

Scan disk yang terkena virus tersebut sama ada C / D / E / pendrive / external hard disk dll (gambar ini menggunakan antivirus Avira)
 Setelah siap scan, buka bahagian yang di 'scan' tadi sama ada melalui 'address bar' sebagaimana gambar ini atau buka melalui 'explorer', atau boleh juga dibuka melalui 'right click' partition tadi  - OPEN. Elakkan buka disk dengan 'double click' disk tersebut.
Ni foto virus 'short cut' yang menyerang laptop korang.
Folder yang tertulis 'short cut' ini hendaklah di 'delete' satu persatu. Bagaimana nak mengenal sama ada folder itu adalah virus atau tidak?  Kebiasaannya saiz folder virus adalah sama contohnya berkapasiti 1KB (seperti foto ini), atau 2,3 folder berlainan berkapasiti 100KB/150KB dll. Point di sini, folder itu bukan milik anda tetapi  mempunyai kapasiti yang sama besar.

Setelah folder virus di 'delete', hanya fail ini yang tinggal sedangkan ada lagi fail yang hilang. Cara untuk dapatkan semula fail / folder yang hilang ikuti langkah di bawah ini
-> MY COMPUTER -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP)
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> tick pada ‘Show hidden files and folders’.
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu
      ‘Hide extentions for known file types’ dan 
      ‘Hide protected operating system files’. 
Selepas untick "Hide Protected Operating System Files", akan keluar Warning begini, klik YES



Anda akan dapati folder anda yang hilang tadi muncul semula tetapi warna folder tersebut samar-samar. Anda letakkan 'cursor' pada folder yang diingini, kemudian  'right click' - Properties – General-

Untick ruangan 'Hidden'



selesai satu masalah..hopefully lepas ni bolehla selamatkan file-file penting yang ada dalam tumbdrive and pendrive korang.
p/s : for students especially yang banyak save file-file penting dalam tumbdrive, aku saran kan untuk buat backup or buat satu copy dalam laptop korang. yela segala kemungkinan tak boleh dijangka.. kalau da kena ngangis berlagu cindai la sayang "dato' siti" pun takde makna...


Wednesday, July 18, 2012

Terasa nak marahkan diri sendiri?

Assalamualaikum..

Malam ni terasa nak marahkan diri sendiri..
sebab ? ? huhu malas nak stori nanti sedeh. leleh kang...leleh kang...so biar la rahsia
then,  terus online, konon-konan nak update status la sangat.
tapi kalau sebelum ni pun aku bukan jenis yang ber-emo sikit nak report kat facebook bagai so aku HENTIKAN jela..
wat kecoh je kan.. sikit-sikit nak repot kat makcik pacebuk (facebook)
baik amek air sembahyang, ngadu kat Allah. that the best way...should be, ukeh ! !

since nak memujuk diri sendiri ni tetiba ada la post sorang member ni..
terkena lak dengan mood aku lak tu,
eeeh..ehhh... cam tau-tau je orang tengah feeling-feeling kan.
so update blog kongsi dengan korang..

WAHAI JIWA

Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas  bumi Allah yang luas,
sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang,
selagi engkau terkurung dalam ruangan yang sempit itu,
wahai jiwa yang memilih untuk memanjangkan kesedihan,
kerana kehilangan sesuatu yang dicintai,
sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus,
tidak akan dapat mengembalikannya kembali.

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas,
dan merasa tidak terampun,
dan sesungguhnya rahmat Allah itu luas menjangkaui seluruh ciptaan,
kecapilah rahmat tersebut,
janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali,
sesungguhnya jalan itu banyak,
tinggal lagi engkau harus mencari,
malangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku wahai jiwamu, aku ingin berbicara...
orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih,
orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.



syahdu tetiba...
sekarang mood da kembali o.k.e.h..

 p/s: Patince is a virtue, the moon and the sun learned long ago that, if each patiently waits its turn, they will both have chance to shine...

Ejek-mengejek. normal kah?

Assalamualaikum..

teringat kembali zaman budak-budak dulu..
zaman kanak-kanak rebina yang baru belajar nak jadi kanak-kanak blueberry..
zaman yang paling banyak menyimpan kenangan bila start menjejakkan kaki masuk sekolah rendah dari kelas PRA or tadika.
zaman bila kena pukul sikit da mata merah berair... hingus leleh... pastu start la lari kejar si "jahat" satu kelas.
kalau dendam tak terbalas, siap la besok sambung balik. (dapat baling kapur tulis pun jadilah)
hahaha !

tu baru sikit nak cerita...
belum bab-bab bila start ejek mengejek.
ada je bahan boleh dijadikan sebagai penyebab tercipta nya nama untuk di "e.j.e.k"..
kurus sikit dapat la nama cicak kubeng, gemuk sikit badak, kalau garang siap nama harimau, ada jerawat sikit mentol lampu, kalau budak hyper sikit panggil monyet.. etc..etcs...
haaa...tu  lom lagi masuk bab main nama mak ayah.
cakap kang ... cakap kang .... =.='
cam normal jek bila zaman budak-budak main ejek-ejek canggini.. yeke??

ingat dulu-dulu je fenomina ni tapi rupanya sekarang pun ada lagi ! bak kate 'tak luput dek zaman' ewahh
since teringat balik cerita sebulan lepas, bila kawan aku stori kat aku pasal anak jiran dia :
watak (shasa : budak skull lagi) (k.k : kawan aku)

shasa : hai kak kina... kak kina...kak kinaaaa...
k.k : hai, shasa (haaahh dia da mai da...dia da mai daa..) ye dik?
shasa : nak tau kan hari tu kat skola semua budak nak kawan dengan shasaaaa..
k.k : o yeke..
shasa : kalau dulu sume ejek shasa je..
k.k : laa, kenapa pulak dia ejek shasa.
shasa : diaorang ejek shasa budak mata stem.. (sambil refer kat mata dia).. kak kina tengok mata shasa ni    mata stem tak?
k.k : (sambil besarkan mata)eh takde la. comel je. (dalam hati, adalah jugak termasuk dalam kategori mata stem). bagusla, sekarang ni diorang dah tak ejek shasa dah kan? semua nak kawan dengan shasa dah.
shasa : ejek. tapi diaorang dah tukar
k.k : tukar?
shasa : sekarang diaorang tak panggil shasa budak mata stem dah, tapi panggil shasa budak BM. sebab aritu driver shasa tak dapat hantar shasa kat skolah, pastu mama la yang kena hantar shasa. mama antar naik BMW. kat skolah semua budak pandang, bila diaorang tau shasa anak orang kaya baru diaorang nak kawan dengan shasaaa...


seee..seee... siap boleh main tukar-tukar lagi..
aku gelak jela bila dengar kawan aku stori aritu. dalam hati "kalau ko dengar citer aku lagi la ko nak gelak wehhh ~) huhu !

Tuesday, July 17, 2012

Aummm... cak !

Assalamualaikum..

"if laa.. if people could read my mind, i would get slapped ... a LOT"
why?
sebab who are told u to read my mind ...... !!!! u know wat i thnk about rite now.. =.='
haha, no kidding.. but the most reason tak semua yang korang pikir tu betul
even, kalau betul pun memang korang budak physic la, pandai psycho orang.
dan yang penting aku takyah la susah-susah tulis post da pasni.

kenyataan (back to reality),
post ini bertujuaan untuk sengkeh kepala sendiri..
ni berpunca kepada kesilapan yang takpatut korang buat.
PUNCA :: misalan kalu korang tetiba jumpa budak comel
pastu nak main "aum cak...auuummm caakkk ! !"
korang bajet nak buat dia terkejut beruk or ketawa terbahak-bahak la kan.


TAPI . .
bila korang tetiba dapat idea lagi best, 
yang lain dari yang lain macam nak wat surprise yang bukan setakat terkejut beruk dah,
tapi terkejut GODZILLA then kalau ketawa tu tahap terkentut-kentut (maaf dengan penggunaan kata disini)
baik korang hentikan. !! 
sebab ia mengandung mengundang kepada situasi di bawah.


akan keluarlah bunyi nyaring sampai duepoloh tune suara... WAAAA ! !
tu belum campur dengan pitching lagi.
huhuhu !

the END puas la kena pujuk tahap wat mata kucing dalam cerita shrek pun tak dlayan..

There are stick together

Assalamualaikum,

Sometime some are things stick  together..
when, it happen.
we really say " oooo "




lastly...





Sunday, July 15, 2012

Kenduri

Assalamualaikum..

Harini ada satu kenduri kat depan rumah,
aku macam biasa, akan keluar serentak macam orang yang datang dari nun jauh disana wlaupun hakikat yang memang dah nyata lagi terang rumah aku nin disini jek.  
tak pun terlebih jauh macam kena tukar train 2-3 kali pastu "stuck" kat dalam jam dek ada eksiden, pastu dah sampai lak kena naik bukit macam bukit batu cave sana, dah rasa nak sampai boleh la lap-lap peluh sikit sambil celet sikit 1drop popium (perfume)..
fuhh, explen kemain. punya la tak logic.

kenyataanya, 
rumah aku ni kalau ikutkan pepatah ibarat sekangkang kera je dari rumah orang kenduri.
tak pun ibarat panjang sejengkal bak kate orang tua dulu-dulu..
pastu mula la cakap dalam ati..~ heleh tipu sangat, sekangkang denasor tu aku caye la jugek! sambil wat mata takder insurans
time orang berpusu-pusu datang tu la ada aku menyelit diantara mereka. (ce cari aku ...ce cari aku)

kat dalam rumah kenduri tu pula mula la buat muka macam newbie kat kampung ni.
padahal, dengar je makcik cakap anok sape te...? teee..anok bang mat! rumoh belakang niha...
haaahhh kan dah kantoi terang-terang. newbie la konon... newbaby tu ye la jugak orang tak kenal anak siapa

yang kita boleh buat adalah dengan memberikan sepenuh senyuman manis yang ada..
senyum itu kan sedekah ~
nak cerita lagi tapi mata kata tido.. so tak boleh inkar. yeahh mata menang !! 

mood : so sleepy tahap takleh tahan-tahan da.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...