Monday, November 28, 2011

Susah nak ungkapkan perasaan lapar di tengah malam

assalamualaikum..

satu pagi yang menyegarkan..
aikk sejak bila boleh stay up lepas subuh ni?? nak..nak time cuti canggini..
ehem..ehemm.. da pecah rahsia.. =.-''
xder, bila mood rhajen* rajin da datang jangan dihalang kan..wahh gitu..

since semalam tido awal, so buat azam nak bangun awal, setadi la sikit..
next days rabu ada quiz ye tuan2..n puan2.. (kalau tak xder maknernye ukehh...)
then da habis cover chapter yang masuk sambung buat assignment yang da lama terbantut dalam file.
selagi belum due date, selagi tu tak bukak n buat..
adehh... the bad habit of mine. tak ubah-ubah lagi ni..

tadi time buat assignment teringat kata-kata kawan aku tiap kali stay up stadi dengan dia.
"susah la nak ungkapkan perasaan lapar di tengah malam+sambil perah otak siapkan esaimen ni kan..lapar lah wey! pekena roti bakar+roti telur sgt sedap jugak time2 mcmni..huhu"
 korang tengok...
pastu mulala, bancuh air secawan, bukak tin biskut mancis munchy's. pastu krup..krup makan cekedis lak.. nak sambung buat keje sejam lepas makan tu plak.. cammana tu?? 
kalau hari-hari buat, boleh gemuk jadinya.hahaa.. tapi best things bila stadi sesama ni tak der la boring n cepat bosan.. yang paling best susah sikit nak mengantuk.. mana taknye, bila sorang ngantuk ada jela bahan nak bagi gelak.. pastu mula la cover cakap
"weh.. cover-cover.. kang jatuh sume ilmu kite bace tadi..."  
wahh akhirnya done download new song pagi tadi since line laju.. yeaah.. 
jom layan satu darinya..

Tuesday, November 22, 2011

kisah wanita dan bola

assalamualaikum..

antara lelaki dengan wanita siapa lebih fanatik bola?
haahh, kalau tanya susah da aku nak jawap !
dulu boleh la aku cakap lelaki yang lebih dominance, tapi sekarang "fair n square"
nak-nak 2hari lepas semakin ramai wanita lebih cenderung dengan bola..
contoh senang bila sejam before game berlangsung bila jejakkan kaki ke Shopping Complex boleh katakan lengang dengan orang terutama melayu..
korang ingat senang ke waktu-waktu nak tengok waktu camtu !hah...?
takder makne nye.... =.=
member aku sendiri pun  sanggup tinggal kan assignment yang boleh di kategori sebagai "kritikal assignment" -(killerr millerr assignment)yang kena siapkan before submit pagi2 besok semata-mata tengok bola.. TERBaik Wook! !
aku?? tak layan bola sangat. reason kukuh! no television maaa dalam bilik.... if nak tengok kena turun. bila kena turun kena la jalan. bila kena jalan mesti berpeluh... bila berpeluh.... TEEETTTT !! 
stop sekarang. sebelum aku MEREPEK*  ! ! lalala.~
tak der. sebab utama adalah aku kena.. harus... wajib siapkan project paper yang teammate aku semangat nak buat juga malam tu jugak ukehh..
by the end dari bilik aku pun, sorakan dari kolej sebelah boleh dengar! clear kaw kaw lagi..
tu baru sorak belum termasuk jerit-jerit ! tapi takpe, FB kan ada...
segala update news semua di hujung jari mari gitu... cewah..ha..haa..
yang penting malaysia menang... yeaayy..
the first update aku dapat lepas malaysia menang...
"esok cuti kahhh??"

till then,
assalamualaikum:)







Friday, November 18, 2011

5 Makanan baik untuk kulit

assalamualaikum..

post ini adalah post perkongsiaan..

What you eat is important for your health, yes, but did you realize that what you put in your mouth can have an effect on your beauty, too? Here, we identified five foods to include in your diet for glowing skin.

                                                  1. Sweet Potatoes



Keep your skin silky smooth by including sweet potatoes in your diet. They are rich in beta-carotene and, when ingested, are converted into vitamin A, a prime factor in keeping skin touchably soft, says Lisa Drayer, MA, RD, and nutritionist. Not a potato person? Carrots will do the trick, too.




2. Kiwi



Kiwi.Any food with lots of vitamin C, like kiwi, oranges, and grapefruit, is a big skin saver, according to Drayer. Vitamin C stimulates collagen synthesis and protects against wrinkles. In a study done by the American Journal of Clinical Nutrition, women who had a diet high in vitamin C foods had noticeably less dryness and fewer wrinkles.
Kiwi.




3. Dark Chocolate




Dark chocolate.This has to be too good to be true, right? Wrong! Drayer says enjoying a small piece of dark chocolate will provide high levels of cocoa flavanols, which have been associated with softer, more hydrated skin. Notice we said small. Eating a jumbo Hershey's bar probably won't make you look or feel very good after the fact.
Dark chocolate.


4.  Yogurt


Yogurt. Yogurt makes your skin and nails glow, according to Paula Simpson, international nutritionist and beauty expert. It's a good source of protein and has been found in clinical studies to help stimulate fat metabolism and whittle your waistline. An added bonus: Drayer says thanks to the biotin found in yogurt, it helps increase nail strength.
Yogurt.





 5. Nuts and Seeds


Nuts and seeds.
Snack on some almonds or sunflower seeds, says Robyn Flipse, MS, RD. They contain anti-inflammatory and immunity-enhancing nutrients, including vitamin E, that help reduce skin flare-ups.
Nuts and seeds.



source:

Saturday, November 12, 2011

“Running Man” telah terjual ke 9 negara di Asia

assalamualaikum..
luang kan masa 15 minit before nak pergi kelas jap lagi tuk tulis post ni..
nak tanya.. siapa peminat setia variety show "Running Man" kat sini??
aku?? opkos la, antara peminat setia jugak.. saat streess mmg kena la tengok cerita ni.. conferm gelak sakan..ha..ha..haa.. tak caya? ce cayya... try join tengok sekali.. tak pun dua kali... tiga kali pun lagi orait.. (-..-'') lalala~


baru-baru ni SBS Contents Hub mengumumkan  variety show “Running Man” telah terjual ke 9 negara2 di Asia. memang fulamak la kan...
SBS telah mengumumkan dalam sebuah konfrensi press bahawa  ”Running Man” telah dibeli oleh agensi2 siaran di Taiwan, Thailand, China, Hong Kong, Japan, Singapore, Malaysia, Indonesia, dan Cambodia.
Menurut official, popularitas rancangan ni meningkat sejak pertama kali disiarkan dan menerima banyak panggilan mengenai acara dari negara2 di Asia. termasuk malaysia..
“Running Man” adalah antara salah satu program entertainment  ”Good Sunday” yang disiarkan setiap Minggu malam di Korea Selatan. (astro kite pun ada...ce cuba check! !) Fokus utama adalah pada misi2 tang diberi dan diantara member2 tetap MC Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, singer Kim Jongkook, Haha, Leessang’s Gary, actor Lee Gwangsoo and actress Song Jihyo, dengan tetamu undangan yang bergabung dengan pemain tetap. tahun ini je rancangan ni telah mengalami popularitas mereka di luar Korea Selatan setelah shooting episode special di  Thailand and China.

Source: 10 Asiae
credit; Koreaboo




Thursday, November 3, 2011

Cara pemakanan yang sebenar kekal sihat

assalamualaikum...

post ni agak panjang.. tapi gerenti korang takkan menyesal baca...
siapa rasa-rasa pernah/tengah berdiet tapi tak pasti kenapa still tidak berkesan.. and siapa rasa-rasa tak pernah sekali pun berdiet tapi berat badan still maintain.
mari kaji sebab-sebab kemungkinan nya...

solution terbaik adalah kita kaji cara pemakanan rasululullah::

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

( Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.)

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

``````````````````````````
Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.(Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk)

- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.(so jangan liat nak bangun subuh lepas ni)
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa mi-lime. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
 

- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
 

Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia


2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 

4. Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


Sama2lah kita mengamalkannya..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...