Wednesday, October 26, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

assalamualaikum..

sempena hari cuti ni aku nak wat satu kempen.. kempen yang diberi nama kempen "Jom Kita Pakat Tidur Sampai Lebam"..haha.. memang agak teruk perangai la kan kalau wat kempen camtu.. waahh.. sejak bile tetibe aku jadi pelajar yang berjaya ni.. =.= ~konon yer..

arini tak nak citer panjang-panjang since banyak keje kena settle walaupun da tercatat dalam kalendar hari ini cuti. TEETT, so itu semua hanya tinggal mimpi la fiez oooii. discussion berderet penuhi note book aku arini. jelas kalahkan buku note meeting CEO gitu.. (buat muke tak pueh ati, tanda boikot!!..haha)

ok, seperti da tertulis dekat tajuk post ni aku dah join satu kempen bukan demo ye iaitu"Kempen Tingkatkan Jumlah Follower" dari blogger  Siapa nak join sama kempen ni klik kat banner di bawah.


menarik kan..macam ala-ala kempen pilihan raya la plak.. mentang-mentang da nak dekat.. (siapa da cukup umo da mendaftar sebagai pengundi ke?? ~ iklan yang tak ditaja)kihkih. 

Tempoh masa kempen : 
23/10/2011 - 29/10/2011 hingga jam 12.00 tengah malam

ada masa lagi ni.. jom sama-sama memeriahkan kempen ni.. Jadi, lagi ramai yang menyertai KEMPEN ini, lagi ramailah followers blog anda. agreed! !


P/s: before ni just join contest n segmen je.. best juga kadang-kadang tukar kepada kempen..






Monday, October 24, 2011

Jodoh melalui internet

assalamualaikum..

baru lepas dengar lagu najwa latif cinta muka buku or meaning senang "cinte fecebuk" la kan..
pastu terkena pulak dengan topik post aku ni.. ibarat makan nasi cecah budu..hehe..
siap mereka dalam FB pun tanya pasal ni..

gambar hiasan...


so, what u all's think pasal ni...?
bagi aku ia senang je.. since kita kena ingat....
CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you"
... Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata

Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH..
setuju??
p/s :: sekadar tulis.. tak der kena mengena dengan life aku sekarang ukeh.. ~lalala...



Friday, October 21, 2011

Post korang pasti terliur

assalamualaikum...
Perhatian :: this post contain 100% "bento*" food

maksud bento* :: a thin box, made of plastic or lacquered wood, divided into compartments which contain small separate dishes comprising a Japanese meal, esp lunch..

\










da tengok semua..
tu antara bekalan makanan yang kiut lagi comel.. (Japanese n Korea)
kalau bagi aku la salah satu makanan tu konferm rasa tak sampai ati makan...terharu sih...
nampak sangat siapa yang buat menyediakan makanan tu dengan penuh kasih sayang.. wa..gitu kan..
tapi kat malaysia kebanyakkan kita da jarang bawak bekal especially time ke sekolah..
antara sebab :: malu la....xder kelas la.... x matang la...n bla..blaa..
tu sekolah.. time kerja???
lagi la.. siapa still ada memang aku sokong and salute..

nak rasanya, time ak da kawen nanti buat bekal untuk anak kite..
mesti tiap2 ari anak kite sayang kat kite kan....
tapi jangan pulak time kite buat makanan diaorang tanya dari A - Z
as contoh kat bawah ni..
puas pulak nak explain.. =.=''


takpun... bila bukak-bukak je..
just ada yang ni je..
rela puasa sehari... T.T

 p/s:: post ni dibuat setelah tak puas hati makanan yang dibeli lunch tadi sangat tak sedap tapi harga punya la mahal.. takkan bungkus makanan pun nak charge sampai $0.30 kot...??

and sori if tajuk post ni agak mengancam* 



Tuesday, October 18, 2011

Bebelan seringgit seposen

assalamualaikum..
have a nice and bright day readers..

baru lepas habis lunch, so spend masa update post..
yela, perut kenyang suka ati la kan..
luckily kelas pagi tadi cancel.. on the spot madam bagitau before nak tepek-tepek sapu bedak kat muka..
dengar je madam cakap camtu terus tak  jadi makeup bagai.. (kunun...gi kelas tak leh makeup2 ukehh)
capai handphone text massage send kat kekawan...
pastu tak sampai seminit berderet-deret massage masuk... 

*yeeayy... class takde..*
*siyes ke?? kelas takde? mdm bagitau ehh...?* -(dah cakap tak de tak caye lak..huhu T.T)
*xdop kelas.. thanks babe..*
and bla..bla...blaaa.. malas nak type.. =.=

suke sangat la kan takde kelas...
tapi bila time nak buat kelas ganti nanti sume buat muka seposen macam ni
and aku as usual termasuk antara orang yang akan buat muka seperti diatas jugak la..haha
sehati sejiwa la tu namanya.. sila sokong !!
tapi petang ni ada kelas management accounting.
adeehh... satu kelas yang mencabar bukan sebab subject dia tapi sebab kelas ni kelas lepas waktu lunch.. 
maksudnya...time kelas yang paling best untuk mata ni tetiba buat manja-manja mintak bantal.
  ngantukk sih.. siap madam duk depan bagi lecture,  budak kat belakang kroohh..krohh...
aku mesti la antara yang paham.. siap anguk-anguk sampai cecah lantai..*(-.-)..zzzz


~ energy come to mama....

p/s:: currently, get pain at my back.. 





Sunday, October 16, 2011

Before and after redesign new header

assalamualiakum...
and have nice weekend readers...

no plan kemana-mana ujung minggu yang penuh bahagia ni.. -.-"
just duduk bilik menghabiskan menyiapkan kerja-kerja n case presentation next coming monday yang memang dinanti-nanti oleh semua pelajar.. 
ececeh... sedapkan hati sendiri la katakan...
padahal... tak moo kot! sape setuju kelip mata sekarang.. yeass...

btw siapa perasan blog ni da ada header baru..
bukan yang before ni tak cun, just nak tukar mood..
tadi da boring duk bilik, rumate pulak arini pergi naik bukit pagi-pagi tadi since ada program club..
waa...jeles2 tak dapat pergi..

aritu aku ada buat satu post pasal mintak viewer pick satu header untuk blog ni...
really appreaciate them all...
banyak respondent kot.. thanks ya...
siapa miss aku bagi ulangan.. klik je sini KITA PUTAR HALIM
so since header ke-4 tu yang banyak pilih aku guna pakai untuk new header..
ini bukan bermaksud aku tak setuju yang no4 tu..no..no...NO..
just nak buat little big redesign..kalau perasan ala-ala da nak dekat sama..
cuma aku main sedikit warna..kasi mood naik sikit...
sape tak setuju comment je kat kotak komen tu ye..
aku tak kesah...sungguh tak kesah....^^

BEFORE..
AFTER..

 P/S:: batman_girl n shasa_fiez orang yang sama ukeih...^^






Friday, October 14, 2011

Pagi-pagi dah kena dera?


as salam... and have a nice day readers..

PERHATIAN!! : Sila pastikan anda dalam keadaan sedar  sebelum melakukan apa-apa pekerjaan

sila jangan risau bila baca tajuk post kali ni..
ini takde kaitan dengan kes-kes dera yang melibatkan media dan juga pihak berkuasa..
cuma akibat daripada melakukan pekerjaan dalam keadaan separuh sedar..
jeng...jeng.. contoh apa yang telah berlaku pada aku 2hari lepas..
gara-gara "iron" baju ketika mata still mengantuk..
surpp....  menyinap darah bila kena iron wehh.
mata pun otomatik celek* ( cerah secerahnya..) no more sweet dream..
sedar-sedar dapat satu cop parut cun kat tangan..
tadaaa...


datang kelas mula la ngadu kat kawan..
sok..sok...bla..blaa.blaa.. citer dalam kelas time lecture..
pe yang pasti aku dapat satu pengajaran..
jangan bangun tidur terus swich on iron then gosok baju bila still blur...
tak pasal-pasal dapat parut.. aduss....

p/s: mood : makin hari makin banyak test n assignment.. =.=''



Tuesday, October 11, 2011

NO MORE OMG or OH MY GOD or OMAAIIGADDD

salam...
and welcome viewer...
post kali ni nak share satu artikal yang mungkin kita pandang remeh...
tapi hakikatnya perkara remeh ini jika tidak diperbetul kan mungkin akan menjadi tabiat and terbiasa..
aku sendiri kadang-kala terlepas pandang pasal ni..
mulut... memang bila da bercakap kadang-kadang laju daripada tindakan..
satu ungkapan yang biasa didengar "OMG"....
asal terkajut sikit mula la... "Oooo...mmmm...ggggg.."
bila terfikir balik... memang kita terikut budaya barat.
payah sangat ke nak ucap "Ya Allah....."
kan lebih besar makna berbanding cakap "OMG tuu..."
hukum menyebut perkataan tu di bincangkan dlm artikal dibawah...

dah baca...dah tahu...n dah paham...
jadi.. .xmo tiru dh..
Allahuakbar..:)



Thursday, October 6, 2011

Tips hilangkan boring

salam...

welcome viewers....
ini baru je siap satu assignment yang due date jumaat ni.. fuhh.. walaupun belum submit and dapat approval dari groupmate sekalian tapi ada masa nak rahat bersama kit kat akhirnya....
so habis je buat tadi jeling jap FB..
pastu tergelak baca satu status kawan aku yang sorang ni::
jom sama-sama intai...
 
TIPS HILANGKAN BORING SEMASA DI DALAM LIFT .

1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
...
"diam, semuanya diam..!"

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...

5. b'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"

hahahahaha.... lawak ilang tension...~
 amacam.... memang gelak sakan la tak pasal-pasal lepas baca ni tadi.. 
P/s :: aku tau kamu pun tengah buat assingment yang sama kan my groupmate....^^



 

Saturday, October 1, 2011

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

salam..

join segmen ke-2 untuk malam ni sebelum memujuk mata ni pergi study and sambung buat slide untuk presentation next week... =.="
segmen ni datang dari blog "budak biasa yang ingin menjadi insan luar biasa" iaitu Mr.Haris Kaito

join sama dengan menekan banner dibawah dengan penuh senyuman dipipi dibibir.. ^^


DONE!! masa untuk tambah kenalan bloggers alam maya ni..
"Salam kenal...."



Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October

salam...

da masuk bulan oktober ni banyak pulak segmen dari rakan-rakan blogger..
so bagi memeriahkan lagi,
aku dengan berbesar hati... opss silap... dengan berbesar blog* join sama..
kali ni dari segmen dari Bloglist Miss Nadya.
nak join klik kat banner...

simple je kan....
"selamat datang oktober bloggers, viewers n follower... to my blog"

Join sama b4 Close Date :: 31 / October / 2011



Baby comel..


salam..

baby ataupun anak adalah anugerah yang tak ternilai yang diberi oleh Yang Maha Esa bagi pelengkap  sesebuah kelarga.. ~ intro..

post ni sempena budak comei yang aku jumpe malam tadi... 
baby boy yang baru nak pandai berjalan. terkedek-kedek, senyum tengok aku and kawan aku.. 
sooo...kiut. bak kata kalau aku ada anak pompuan nak je aku cakap 
"akak nanti besar kawinkan anak kita berdua ye.." cehhh, serius berangan~sila abaikan ayat tersebut

ok, motif post ni adalah pasal bila anda berhadapan dengan baby.
situasi :: bila anda jumpa baby apa yang anda akan geram dulu...
adakah mata....pipi.....bulu mata.... gigi (kalau da besar sikit la kan)... idung.... etc
ni antara ayat yang aku biasa dengar..

1. Mata..

"alolo...bulat nye mata dia......"

 


2. Pipi

"geramm nye kat pipi tembam dia....."
"lembutnye..."


3. Hidung

"kiut nye idung.... meh nak tarik sikit meh..."



4. Bulu mata.

"lebatnya bulu mata..... mesti besar encem"



5. Mulut

"aaauu.... kecik-kecik dapandai nye posing..."


5. Gigi
"alala...baru tumbuh 2 batang gigi...sweett..."


 tu antara dialog yanga biasa dengar bila kawan-kawan aku jumpa baby or budak kecik..
bila tengok budak kecik rasa sejuk je mata. mana tak nya insan yang masih suci daripada perkara-perkara yang melalaikan dan juga kejahatan..
masih tak kenal apa itu reality kehidupan yang bakal mereka tempuh suatu hari nanti..

lihat je la situasi /keadaan sekarang. kes-kes yang melibatkan baby..kadang kala tak sanggup nak tengok..
itu jika kita dapat lihat pada waktu ini..
akan datang..??? kita sendiri belum pasti...
tapi yang PASTI anak-anak kecil ini yang bakal mewarisi generasi akan datang..
jadi moralnya, as parent hiasi dan bekalkan mereka-mereka ini dengan segala bekalan baik dari akhlak, moral, ilmu dan didikan yang terbaik...

 hopefully mereka akan mewarisi generasi yang terbaik dan berakhlak. 


 thanks my mum..dad.... bekalkan anakmu yang sorang ni dengan segala didikan dan pendidikan yang terbaik sebagai bekalan kehidupan akan datang  ^^

pic model-model :: google.com 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...