Monday, September 26, 2011

Belajar..belajar dan belajar..

Salam.. 

Dunia sebagai pelajar memang mencabar. kalau dulu time sekolah rendah memang tak tau ape, datang sebab nak jumpe kawan.. pastu men kejar-kejar depan kelas.. wuu memang best. balik je rumah kat mana beg sekolah tinggal, kat situ jugak la tempat beg tu nak bawak sekolah pagi  besok. kerja sekolah?? jangan cakap la, "takder je jawapanye.." tapi yang pasti result gempak mak eih..!! then, nek sekolah tinggi, da makin pandai. lain cara belajar, yela ramai saingan.. takkan nak masuk kelas last. wuu tak "macho" beb. so mula nampak kerajinan. lagipun target dalam kepala nak masuk "unibesiti"..

alhamdulillah, da makin besar sekarang da kat "unibesiti". sejuk perut mak mengandung tengok anak dia berjaye. tapi wuu memang subject bukan "kacang" la kan. sume tough and buku pun "obersi" edition. naik la urat kepala pikir. jawapnya tak datang kelas memang sengaja nak menempah maut time di final.. ko nak?? . hoho, baik jangan..  and now i become final year student.. wuu tak lama leh "grad".. cari keje best pastu bawak parent gi jejalan. 

so sape cakap kita tak boleh berjaya.. walaupun bermacam halangan sepanjang perjalanan itu, at the end bermacam kenikmatan juga akan kita dapat.  macam 2 artikal akhabr baru-baru ni aku baca. da tua bukan penghalang untuk memiliki ijazah or paling tepat untuk menuntut ilmu. pegang la pepatah "Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat" sebab pepatah "Tuntutlah ilmu sampai ke negara China" bagi aku da tak "consistent".  mana taknya nek je flight da sampai china. tapi satu apa pun korang tak ambil.. shopping je!!
jom review artikal di bawah ^^, ::


Genggam ijazah usia 74 tahun GEORGE TOWN – 

Seorang warga emas berusia 74 tahun membuktikan bahawa umur bukan penghalang kepadanya untuk mencapai kejayaan dalam akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kemanusiaan pada majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-44 di sini semalam.

Pada majlis itu, Ab. Hamid Yunos yang berasal dari Melaka turut mencatat rekod baharu bagi USM apabila pertama kali menganugerahkan ijazah kepada graduan berusia lebih 70 tahun.


Menurut datuk kepada lima cucu itu, keinginannya untuk belajar adalah kerana tidak mendapat peluang sedemikian ketika usia muda apabila berkhidmat dengan tentera selepas tamat sekolah pada 1954 sehinggalah bersara.


Dia yang menyambung pengajian di USM menerusi Skim Warga Emas tiga tahun lalu secara sepenuh masa juga aktif berpersatuan dan dilantik sebagai penasihat jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).


“Dua cabaran yang saya hadapi sepanjang pengajian iaitu untuk menguasai bahasa Melayu standard dan mempelajari bahasa Inggeris kerana saya hanya bersekolah aliran Melayu yang berbeza sukatan pelajarannya.


“Mujurlah rakan-rakan sekuliah sudi membantu, di samping para pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi galakan,” ujarnya yang bersara daripada perkhidmatan Tentera Darat dengan pangkat Pegawai Waran 1 pada 1980.


Sebelum ini, Ab. Hamid merupakan pelajar diploma di Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan dalam bidang syariah.


Seorang lagi graduan warga emas yang menerima ijazah pada majlis sama ialah Abdul Barit Abdul Kader, 56, yang bertugas sebagai Pegawai Sumber Manusia di Penang Port Sdn. Bhd.


Bapa kepada enam anak dan empat cucu itu menamatkan pengajian dalam bidang pengajian Sains Sosial.

 berita ke-2:

Genggam ijazah (CPA 3.92) pada umur 64 tahun::

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Usia bukan penghalang bagi Datuk Ruhanie Ahmad, 64, untuk menggapai impiannya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Beliau menyifatkan ketekunan dan fokus kepada kajian yang dijalankan sebagai rahsia kejayaan menamatkan pengajian dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dan menerima anugerah itu daripada Pro Canselor UKM, Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Ruhanie berkata, kejayaan itu milik ahli keluarganya yang mendorong beliau melanjutkan pelajaran.


"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada anggota keluarga yang memberi semangat untuk terus melanjutkan pelajaran. Selain itu, saya juga bercadang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (Phd)," katanya ketika ditemui
Utusan Malaysia di Majlis Konvokesyen Ke-39 UKM di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor melanjutkan pengajian di UKM secara sepenuh masa mulai September 2009.


Katanya, kajian yang bertajuk Dasar Luar Malaysia terhadap Amerika Syarikat (AS) 1957-2010: Perspektif Neoklasikal Realisme mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.


"Kajian ini disediakan berdasarkan maklumat sekunder menerusi buku-buku dan artikel jurnal serta maklumat yang diperoleh menerusi wawancara secara
e-mel dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan wawancara secara bersemuka dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Ini kerana dasar luar di era Mahathir dan Najib merupakan dua era penting dalam dasar luar Malaysia-AS," katanya.


Beliau berkata, kajian yang dijalankan ini bertindak menganalisis dasar luar Malaysia terhadap AS dari tahun 1957 sehingga 2010 bagi mengenalpasti faktor-faktor sistemik dan domestik yang menentukan perilaku dan mempengaruhi pembentukan Malaysia sepanjang tempoh 53 tahun yang lalu.


"Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Mahathir kerana data-data daripada mereka memberikan perspektif baharu kepada dasar luar Malaysia-AS.


"Di samping itu, saya juga terhutang budi kepada anggota akademik di Fakulti Sains Sosial yang telah banyak membantu menyiapkan kajian ini," katanya.


Sumber : KOSMO, UTUSAN
 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...