Friday, September 30, 2011

Tolong pick satu header untuk aku boleh...?

salam

adoiya, pening..pening...
mungkin penyakit ala-ala magrain aku kini kembali..(oh tidarkkk!)
oleh sebab puasa takleh la telan panadol active5..
kalu ikutkan hati aku sekarang ni da lama aku jadi *^%&( ini bukan mencarut! harap maklum)
tapi aku akan tulis post yang begitu... mau kah???? huhu..
actually...
post kali ini aku nak mintak tolong korang pick satu header untuk blog nie..
disebabkan ada masa terluang then hari panas yang wat aku tak mau keluar dari bilik aritu jadi aku saja n ngade2 wat header tuk blog ni.
so mintak pendapat..pandangan...penglihatan... korang untuk bagitau header mana yang korang rasa ok n suke...
ada 4 header untuk dipilih.....n komen..

1

"ini header yang paling lama bertapak dalam blog ni"

2
"yang ni agak nice tapi......''

3
"more cartoon style"

4

"yang sekarang...??"

5

(tengah pikir.. kira yang ke-5 ni korang suggest... ptt ke aku wat header baru..)


amacam...
walaupun takder la chantek mane, n aku wat pun tak sampai 10minit tuk satu2 header tapi jasa korang untuk kritik n pilih header mana seswai tuk blog ni amat2 aku hargai...
TRIMAS....


Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011


salam..

and welcome viewer.. 
blog Sempoi_Boyz mengadakan satu pencarian header blog paling sempoi& kreatif untuk tahun 2011?
waa... kena la join kan..
so siapa nak join jom tekan banner kat bawah..
mana tau rejeki* u alls..


sebab-sebab hadiah dia masyukk:: aku ni kalau dapat hadiah cekelat* seposen dua pun 3hari 3malam hepi.. ni plak dapat hadiah masyuk.. tak  caya? meh-meh aku habaq::

HADIAH UNTUK PEMENANG:
Tempat pertama : top4 RM30(celcom,maxis,digi dll) serta sijil online.
Tempat kedua: top4 RM15(celcom,maxis,digi dll) serta sijil online.
Tempat ketiga: top4 RM5(celcom,maxis,digi dll) serta sijil online.

see...seee..... siap ada sijil online tu..
jom join sama before TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
04/10/2011(11.59pm)




Wednesday, September 28, 2011

SEGMEN : Lagu Ini ...


salam... and 
welcome viewers..

harini hari rabu.. ada apa dengan hari rabu?? hari rabu ada labu la kot..~lalala, memang sengaja tempah tembakan empat puloh empat das kah..??! T.T

ok, tadi ber-blogwalking terjumpa satu segmen best. lagipun da lama tak join segmen2 camni..
so siapa nak join sudi-sudikan diri klik banner ::


Nama segmen pulak segmen "lagu ni..." waah, sejiwa la ngan aku.. memang bab-bab dengar lagu ni aku memang da tak leh tinggal.. nak-nak lagi bila stress and bila nak ambil balik mood belajar.. kalu tak de lagi tengah stady pun boleh "stado"..  sampai tahap macam tu..
then, dalam banyak-banyak lagu aku dengar aku nak kongsi satu lagu la kan kat segmen ni.
antara lagu yang da lama bertapak kat blog ni and currently still running dalam blog ni..

Perfect Two by Auburn ::


hapefully enjoy dengar lagu ni..
Segmen tutup : 28 Sept. 2011 jam 12 malam..




Monday, September 26, 2011

Belajar..belajar dan belajar..

Salam.. 

Dunia sebagai pelajar memang mencabar. kalau dulu time sekolah rendah memang tak tau ape, datang sebab nak jumpe kawan.. pastu men kejar-kejar depan kelas.. wuu memang best. balik je rumah kat mana beg sekolah tinggal, kat situ jugak la tempat beg tu nak bawak sekolah pagi  besok. kerja sekolah?? jangan cakap la, "takder je jawapanye.." tapi yang pasti result gempak mak eih..!! then, nek sekolah tinggi, da makin pandai. lain cara belajar, yela ramai saingan.. takkan nak masuk kelas last. wuu tak "macho" beb. so mula nampak kerajinan. lagipun target dalam kepala nak masuk "unibesiti"..

alhamdulillah, da makin besar sekarang da kat "unibesiti". sejuk perut mak mengandung tengok anak dia berjaye. tapi wuu memang subject bukan "kacang" la kan. sume tough and buku pun "obersi" edition. naik la urat kepala pikir. jawapnya tak datang kelas memang sengaja nak menempah maut time di final.. ko nak?? . hoho, baik jangan..  and now i become final year student.. wuu tak lama leh "grad".. cari keje best pastu bawak parent gi jejalan. 

so sape cakap kita tak boleh berjaya.. walaupun bermacam halangan sepanjang perjalanan itu, at the end bermacam kenikmatan juga akan kita dapat.  macam 2 artikal akhabr baru-baru ni aku baca. da tua bukan penghalang untuk memiliki ijazah or paling tepat untuk menuntut ilmu. pegang la pepatah "Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat" sebab pepatah "Tuntutlah ilmu sampai ke negara China" bagi aku da tak "consistent".  mana taknya nek je flight da sampai china. tapi satu apa pun korang tak ambil.. shopping je!!
jom review artikal di bawah ^^, ::


Genggam ijazah usia 74 tahun GEORGE TOWN – 

Seorang warga emas berusia 74 tahun membuktikan bahawa umur bukan penghalang kepadanya untuk mencapai kejayaan dalam akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kemanusiaan pada majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-44 di sini semalam.

Pada majlis itu, Ab. Hamid Yunos yang berasal dari Melaka turut mencatat rekod baharu bagi USM apabila pertama kali menganugerahkan ijazah kepada graduan berusia lebih 70 tahun.


Menurut datuk kepada lima cucu itu, keinginannya untuk belajar adalah kerana tidak mendapat peluang sedemikian ketika usia muda apabila berkhidmat dengan tentera selepas tamat sekolah pada 1954 sehinggalah bersara.


Dia yang menyambung pengajian di USM menerusi Skim Warga Emas tiga tahun lalu secara sepenuh masa juga aktif berpersatuan dan dilantik sebagai penasihat jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).


“Dua cabaran yang saya hadapi sepanjang pengajian iaitu untuk menguasai bahasa Melayu standard dan mempelajari bahasa Inggeris kerana saya hanya bersekolah aliran Melayu yang berbeza sukatan pelajarannya.


“Mujurlah rakan-rakan sekuliah sudi membantu, di samping para pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi galakan,” ujarnya yang bersara daripada perkhidmatan Tentera Darat dengan pangkat Pegawai Waran 1 pada 1980.


Sebelum ini, Ab. Hamid merupakan pelajar diploma di Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan dalam bidang syariah.


Seorang lagi graduan warga emas yang menerima ijazah pada majlis sama ialah Abdul Barit Abdul Kader, 56, yang bertugas sebagai Pegawai Sumber Manusia di Penang Port Sdn. Bhd.


Bapa kepada enam anak dan empat cucu itu menamatkan pengajian dalam bidang pengajian Sains Sosial.

 berita ke-2:

Genggam ijazah (CPA 3.92) pada umur 64 tahun::

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Usia bukan penghalang bagi Datuk Ruhanie Ahmad, 64, untuk menggapai impiannya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Beliau menyifatkan ketekunan dan fokus kepada kajian yang dijalankan sebagai rahsia kejayaan menamatkan pengajian dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dan menerima anugerah itu daripada Pro Canselor UKM, Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Ruhanie berkata, kejayaan itu milik ahli keluarganya yang mendorong beliau melanjutkan pelajaran.


"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada anggota keluarga yang memberi semangat untuk terus melanjutkan pelajaran. Selain itu, saya juga bercadang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (Phd)," katanya ketika ditemui
Utusan Malaysia di Majlis Konvokesyen Ke-39 UKM di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor melanjutkan pengajian di UKM secara sepenuh masa mulai September 2009.


Katanya, kajian yang bertajuk Dasar Luar Malaysia terhadap Amerika Syarikat (AS) 1957-2010: Perspektif Neoklasikal Realisme mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.


"Kajian ini disediakan berdasarkan maklumat sekunder menerusi buku-buku dan artikel jurnal serta maklumat yang diperoleh menerusi wawancara secara
e-mel dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan wawancara secara bersemuka dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Ini kerana dasar luar di era Mahathir dan Najib merupakan dua era penting dalam dasar luar Malaysia-AS," katanya.


Beliau berkata, kajian yang dijalankan ini bertindak menganalisis dasar luar Malaysia terhadap AS dari tahun 1957 sehingga 2010 bagi mengenalpasti faktor-faktor sistemik dan domestik yang menentukan perilaku dan mempengaruhi pembentukan Malaysia sepanjang tempoh 53 tahun yang lalu.


"Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Mahathir kerana data-data daripada mereka memberikan perspektif baharu kepada dasar luar Malaysia-AS.


"Di samping itu, saya juga terhutang budi kepada anggota akademik di Fakulti Sains Sosial yang telah banyak membantu menyiapkan kajian ini," katanya.


Sumber : KOSMO, UTUSAN
 



Friday, September 23, 2011

Lelaki pun ada yang dia tak suka

salam...

Dua hari lepas aku ada wat satu post entry pasal "Wanita pun ada perkara yang dia tak suka...Lelaki AWAS". siapa yang terlepas boleh review kat SINI ..
kat sana macam-macam pandangan aku dapat.. so oleh sebab lepas dua hari tu jugak, sekali lagi aku dapat BE yang kedua untuk bulan ni. thanks sekali lagi nuffnang ^^"..

oleh sebab hati da hepi kali ni aku wat entry untuk kaum Lelaki pulak.. nampak tak betapa aku concern nye pada dua-dua pihak...huhu. kira ini part ke-2 la lebih kurang..

tajuk nya::

"Wanita AWAS!!, Lelaki pun ada perkara yang dia tak suka..."

Takkan perempuan je yang mempunyai pantang mereka je kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.


1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya . Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan . Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya , jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah. 

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

sekadar kongsian...


Tuesday, September 20, 2011

Wanita pun ada perkara yang dia tak suka... Lelaki AWAS

salam..

hari ni ada dua berita best. pertama aku dapat BE lagi.."thanks nuffnang!!^^", dan yang kedua kelas pagi ni cancel..waahwaah.. mana tak heaven. so, balik bilik semula la. nak continue tidur, mata SEGAR, bagai baru letak eye mo. jadi decide online sambil don-lod note lecture.. *da nampak ke-rajinan kunun disitu..huhu

jadi beres sume, tiba masa update blog. best topic tuk hari ini:

"AWAS lelaki, wanita pun ada perkara yang dia tak suka"

kita sendiri tau, lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,’angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. kelainan itulah yang mereka inginkan..







Monday, September 19, 2011

rumahku syurgaku, sekolahku "playground"ku

salam...

hye readers...
still dalam mood raya ke? or baru plan nak buat open house ujung minggu ni...?
tudiaa .. jeles-jeles.. ('3')

dekat seminggu lebih aku tak update blog.. sejak masuk semester baru ni, alahai banyak sangat aktiviti, buat schedule baru la, time table, arrange meeting board...* ceycey.... banyak la.. sume tipu~huhu*
bukan apa, kalau bukan laptop ni wat hal sampai "wifi" pun tak leh nak bukak memang tak leh wat apa la.. nak pegi lab. perh... ramai la sangat orang. lagipun kebiasaan awal semester.. time add drop course pulak tu, ikut turn je la nak masuk lab. jadi aku decide tak mau buang masa.. sebab aku bukan jenis yang suka duduk saje. cepat mengantuk.. T.T

jadi dengan sebab tu aku pun jarang bukak internet.. korang len la ipad ada dua.. blackberry lagi. aku setakat SE je. tu je la aku bawak sana sini.. wah, bercekarama tak pasal.

tapi sekarang aku kembali aktive. walaupun takder la se-aktive blogger2 tegar kat luar sana. ada aku kesah.. lagipun sekarang ni kelas dah start and assignment minggu first pun da kena ada yg submit. adoii memang x-cited betul sume lecture semester ni. or mungkin sebab kitaorang da final year student?? emm.. newey, sekarang bermula kembali rutin harian sebagai seorang pelajar.. ikutkan memang tak sabar da nak grad..

walau apa-apa pun, being student adalah satu moment yang takkan aku lupakan..  seperti pepatah yang aku reka "rumahku syurgaku, sekolahku playground ku".. Setuju?? haha..depend lah pada korang..






Sunday, September 4, 2011

maksud di sebalik maksud..

salam..

short post tuk arini..
sempena mereka-mereka yang da nak masuk belajar smula bermula minggu ni.

we go to school, to attend CLASS.
C.L.A.S.S. = Come Late And Sleep Silently.

at home, we have to STUDY.
S.T.U.D.Y. = Sleep, Tv, Unlimited-sms, Dota, Youtube.
... ... ............
in class, we're given HOMEWORK.
H.O.M.E.W.O.R.K = Half Of My Energy Wasted On Random Knowledge.

while doing homework, we refer to TEXTBOOK.
TEXTBOOK = TEXTing + faceBOOK.



hehe... just for joking around..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...