Tuesday, August 23, 2011

Red Velvet Cake

salam..

Apa yang terjadi kalau ada seorang ahli keluarga or kawan bilik kita amek kos kuninari, teknologi makanan or senang cerita amek kos yang ada kaitan dengan bab-bab makanan?? Best kan.. Mau kata tak best. ari2 boleh rasa makanan baru. yela, diaorang nak test resepi baru, so yang jadi mangsa kena jadi bahan ujikaji nya "kitew ni" la jugak.. Sama la dengan aku, my sis amek kos teknologi makanan. so tiap2 kali balik rumah ada jela resepi baru.

but yang aku rasa antara makanan paling best my sis pernah buat "Red Velvet Cake". nak tau, hari ni kongsi resepi kek dengan semua. bak kate orang ilmu yang kita ada, lebih berkat kalau sampaikan kepada yang lain.


Bahan-bahan

Kek:

250g tepung superfine

½ tsp garam

½ tsp baking powder

15g serbuk koko

113g mentega (unsalted)

200g gula kastor

2 biji telur (gred A)

1 tsp esen vanilla

200ml whip cream (kotak)

40ml susu segar penuh krim

1 tbs pewarna merah

1 tbs jus lemon

1 tsp baking soda

Topping:

3 tbs tepung gandum

250ml susu segar penuh krim

¾ cawan gula fine-granulated

1 cawan butter

2 tsp esen vanilla

Cara-cara membuat

Kek:

1) Ayak tepung bersama garam dan baking soda, dua kali.

2) Pukul whipping cream, susu segar serta jus lemon. Biarkan rehat selama 10-20 minit. Kemudian tambah baking soda, biarkan sebati.

3) Campurkan serbuk koko, pewarna merah dan sedikit air suam. Kacau sehingga larut.

4) Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang.

5) Masukkan tepung, whipping cream, pewarna dan esen vanila secara berselang seli.

6) Bakar dalam oven pada suhu 180ºc selama 40 minit.

7) Sejukkan.

Topping:

1) Campurkan susu dan tepung, kacau sehingga tiada ketulan. Masak atas api sehingga pekat.

2) Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan campuran tepung dan susu, bersama esen vanilla. Pukul sehingga sebati dan kembang dengan cantik.

Fuhh... bahan2 bukan main banyak. aku tengok my sis buat aritu pun pening.. isi itu la..letak pulak ini la... mana tak sedap. kalau suruh aku buat memang jd "black Velvet Cake" hangus!! huhu.. that why aku amek bisness..kuang2.

neway, resepi da ada. raya pun da dekat. kalau nak wat kelainan leh la try buat kek ni. selamat mencuba..

1 comment:

bunga said...

yah..sedap..buat tuk bunga leh..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...