Thursday, March 24, 2011

Cara-cara tersirat untuk anda bershopping

Salam..


Tak boleh nak focus sekarang. Jadi stop sekejap, curi masa tulis post ni..


Mula-mula nak tanya..korang ni antara orang yang gila ber-shopping tak??. Ceycay, malu pulak nak mengaku kan..kui-kui. Takder la, aku pun suka ber-shopping jugak. Nak-nak lagi bila banyak M.o.N.e.Y plus ada S.a.L.e kan. kejap je habis bila da start ber-shopping ni.


Jadi kat sini aku nak kongsi cara-cara tersirat untuk anda ber-shopping.



1. Jangan biarkan penjual menggoda korang.
Maksudnya kat sini bukan goda cam “fiiiwiitt, ehem..ehemm sorang je ke or yang sengkatan dengannya” tapi cara teknik yang lain. menurut pakar yang mengkaji perilaku manusia, kedai2 menggunakan menggunakan teknik utk menggoda pelanggan singgah ke kedai diaorang. Misalnnya pusat2 spa yang dipenuhi dengan bau and aroma yang memukau, kedai aksesori yang cantik juga comel dan sebagainya. .

2. Elak diri korang dimanipulasikan oleh mainan harga
Ini adalah cara dan strategi pihak pemasaran untuk membuat profit. Nak-nak lagi jika barang yang ada perkataan S.A.L.e!! atau harga ruNtuh!!. Silap2 haribulan korang pulak yang runtuh. so jangan terburu-buru untuk terus beli tapi buat perbandingan bijak dengan keperluan korang.

3. Kaki shopping kenal diri sendiri..
Ni sama dengan pepatah ukur baju di badan sendirila. Pakar psikologi berpendapat bahawa pelanggan terdiri daripada dua category. Pertama, pelanggan rendah diri iaitu yg tak terlalu mengambil kesah tentang maklum balas social berkaitan jualan murah tapi lebih mengutamakan keperluan. Kedua, pelanggan tinggi diri iaitu yang tak dapat mengawal kemahuan.

4. Berhati-hati dengan hadiah percuma
Almaklumla, bila percuma je mula la korang excited. AWAS! Tak ada yang percuma dalam buat business. Pelbagai teknik jurujual untuk menjual barang2 dan pelanggan lebih terpedaya dengan barang percuma. Jadi, mesti bijak berfikir dan jika korang gemar dengan barang percuma. Pastikan tak ada sebarang surat bertulis mahupun berupa kontrak.

5. Pilih pasangan shopping yang tepat.
Yang ini juga penting. Pilih kawan yang boleh membantu korang menbuat pilihan yang bijak semasa bershopping. Bukan kawan yang jadi hantu pula. Silap haribulan dia pula yang “paw” korang. Tak ke bankrupt.

6. Jalankan shopping dengan hujung jari
Ni bukan bermaksud, tunjuk-tunjuk je and suruh orang lain yang bayar. No..no..no.. Tapi membeli-belah secara talian or online. Korang pun tau sekarang banyak website yang korang boleh dapati yang menjual banyak barang contohnya dress, handbag, kasut dan macam2 lagi. Cara ni bukan je mudah tapi tak penatkan badan maa..

7. Beli secara stok.
Beli barang secara stok teutama makan yang korang nak simpan dalam almari (yang tahan lama ok) lebih menjimatkan berbanding membeli secara sedikit. Ini bukan sahaja menjadi bekalan masa hadapan tapi memjimatkan masa korang untuk keluarkan duit banyak kali.

8. Last sekali, keperluaan sebagai keutamaan.
Check your budget dulu sebelum pergi shopping. Kalau boleh wat list ye. Dengan adanya list korang dapat mengawal perbelanjaan dan keinginan.

...........................................................................................................................

Soalan kuiz untuk tahu dan uji korang samaada korang ni gila shopping or tak?? So jawap [Y-Yes or/ N- No] ngan jujur ye!

-Korang bahagi-bahagikan duit elaun/gaji/pama(papa &mama) setiap bulan untuk membeli barang yang terbaru [Y/N]

-Rela makan roti setiap hari semata-mata nak beli kasut bernilai beratus ringgit [Y/N]

-Gemar menghadap laman webb yang terbaru berkaitan produk2 dan baju2 [Y/N]

-Tak pernah menolak pelawaan kawan2 untuk bershopping walaupun xder wang [Y/N]

-Seorang yang suka mengikut trend terbaru [Y/N]


Fikirklah korang dalam category yang mana…kalau banyak “YES”, memang tabiat anda sukar diubah.








1 comment:

..arcmabaharin.. said...

sy mmg ske shOpink tp xde la cmpai sggup mkn roti ary2..

huhuuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...