Wednesday, March 30, 2011

hello...hello kitty

salam...

selamat pagi..selamat petang... selamat malam..
cukup sistem 24 jam kan..
yes!! sempat jugak aku up date blog aku akrini..
biasala.. study study jugak.. tapi kalau da penat tu, kembali menghadap lappy jugak akhirnya..
entry kali ni aku wat khas untuk baby girl yang aku jumpa semalam..
nak tengok gambar dia..
siyess sumel sangat..
niyh..niyh.. kat bawah ni gambar dia.
tadaaa..



sumel tak.. ??
aik korang tak nampak!!
try tengok betoi-betoi..
camne plak tak ley tengok niyh..
oppss. lupe, earth hour (dan..dan...kan)
takder la, aku lupa nak snap gambar budak tu..
my mistake.!! tu la, da teruja sangat, da tak hingat hapa da..
sorry guys

tapi ape kaitan ngan entry ni??
meh..meh.. cheq habai mai..
aku panggil bidak tu. pinky girls..
siyes sume pink.!!. dari atas kepala sampai la ke kaki..
pinkkk kalerrr ma..
tapi kat sini, aku bukan nak refer kekaler tu. .
tapi merujuk kepada...
ni haah..
helllooooo.....
haha..ye2.. hello kitty.



atau yang bawah ni pun boley..


suke yang more to bunny thing..

ni aku sikit citer sal hello kitty ni. Hello Kitty adalah sejenis alat permainan patung anak kucing yang terkenal di dunia. Watak ini berasal dari negara Jepun. Hello Kitty. adalah salah satu dari watak fiksyen yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio dan yang paling popular di antara watak milik syarikat tersebut. Watak itu, kucing putih bercirikan bow atau hiasan lain pada telinga kiri, dan tanpa mulut. Dihakcipta dalam 1976, Hello Kitty sekarang merupakan cap dagang satu dikenali seluruh.

gitu kan....
sedikit sebanyak sal hello kitty niyh..

dolu-dolu aku pun suke ngan hello kitty ni..
yela..girlsss..
siapa yang tak suke..
sekarang kalu aku nak cirik pun hello kitty ni,
aku cari yang macam ni..



like that kind of stuff..
kecik..kiut miut je!!
sooo..
sape cakap budak-budak je suke hello kitty ni..
orang dewasa pun suka kot...
bukti yang korang boley jumpe adalah..
ini haahh.... kereta..
siap hias dalam bagai..kemain lagi kan..



korang wat la ikut suke ati korang aku tak kesah..
nak letak kat tayar kete korang pun takpe..
hubuh la..hubuh...
aku still tak kesah..
bukan kete aku pun kan..

tapi jangan sampai tahap yang niyh..
over bebenor da tuh aku rasa..





Thursday, March 24, 2011

Flower Garden

salam..


hari ni aku nak wat kenduri kesyukuran sikit..haha.. bukan ape sempena semua final report, last project assignment, kelas, test and yang sepupu sepapat dengannya da beres.. wa...heppinya.

so sekarang just focus for final exam je lagi..
tapi still dapat la sikit bernafas dengan aman, dan opkoss tidur dengan nyeyak.. (hamboi2..final lom lempas lagi maa...)T.T
ok... mybe untuk sementara waktu jek..(Eden tak kesoh...)

pastu da beres semua ni, nak pergi jalan-jalan kat taman yang banyak bunga..waaa best.. antara taman-taman yang aku berangan nak pegi seperti..

1.

2.
3.


4.
5.

6.


7.


8.

tak pun koman-koman gi kat sini je..taman tasik titiwangsa..huhu

tak kira nak pegi jugak...



Cara-cara tersirat untuk anda bershopping

Salam..


Tak boleh nak focus sekarang. Jadi stop sekejap, curi masa tulis post ni..


Mula-mula nak tanya..korang ni antara orang yang gila ber-shopping tak??. Ceycay, malu pulak nak mengaku kan..kui-kui. Takder la, aku pun suka ber-shopping jugak. Nak-nak lagi bila banyak M.o.N.e.Y plus ada S.a.L.e kan. kejap je habis bila da start ber-shopping ni.


Jadi kat sini aku nak kongsi cara-cara tersirat untuk anda ber-shopping.



1. Jangan biarkan penjual menggoda korang.
Maksudnya kat sini bukan goda cam “fiiiwiitt, ehem..ehemm sorang je ke or yang sengkatan dengannya” tapi cara teknik yang lain. menurut pakar yang mengkaji perilaku manusia, kedai2 menggunakan menggunakan teknik utk menggoda pelanggan singgah ke kedai diaorang. Misalnnya pusat2 spa yang dipenuhi dengan bau and aroma yang memukau, kedai aksesori yang cantik juga comel dan sebagainya. .

2. Elak diri korang dimanipulasikan oleh mainan harga
Ini adalah cara dan strategi pihak pemasaran untuk membuat profit. Nak-nak lagi jika barang yang ada perkataan S.A.L.e!! atau harga ruNtuh!!. Silap2 haribulan korang pulak yang runtuh. so jangan terburu-buru untuk terus beli tapi buat perbandingan bijak dengan keperluan korang.

3. Kaki shopping kenal diri sendiri..
Ni sama dengan pepatah ukur baju di badan sendirila. Pakar psikologi berpendapat bahawa pelanggan terdiri daripada dua category. Pertama, pelanggan rendah diri iaitu yg tak terlalu mengambil kesah tentang maklum balas social berkaitan jualan murah tapi lebih mengutamakan keperluan. Kedua, pelanggan tinggi diri iaitu yang tak dapat mengawal kemahuan.

4. Berhati-hati dengan hadiah percuma
Almaklumla, bila percuma je mula la korang excited. AWAS! Tak ada yang percuma dalam buat business. Pelbagai teknik jurujual untuk menjual barang2 dan pelanggan lebih terpedaya dengan barang percuma. Jadi, mesti bijak berfikir dan jika korang gemar dengan barang percuma. Pastikan tak ada sebarang surat bertulis mahupun berupa kontrak.

5. Pilih pasangan shopping yang tepat.
Yang ini juga penting. Pilih kawan yang boleh membantu korang menbuat pilihan yang bijak semasa bershopping. Bukan kawan yang jadi hantu pula. Silap haribulan dia pula yang “paw” korang. Tak ke bankrupt.

6. Jalankan shopping dengan hujung jari
Ni bukan bermaksud, tunjuk-tunjuk je and suruh orang lain yang bayar. No..no..no.. Tapi membeli-belah secara talian or online. Korang pun tau sekarang banyak website yang korang boleh dapati yang menjual banyak barang contohnya dress, handbag, kasut dan macam2 lagi. Cara ni bukan je mudah tapi tak penatkan badan maa..

7. Beli secara stok.
Beli barang secara stok teutama makan yang korang nak simpan dalam almari (yang tahan lama ok) lebih menjimatkan berbanding membeli secara sedikit. Ini bukan sahaja menjadi bekalan masa hadapan tapi memjimatkan masa korang untuk keluarkan duit banyak kali.

8. Last sekali, keperluaan sebagai keutamaan.
Check your budget dulu sebelum pergi shopping. Kalau boleh wat list ye. Dengan adanya list korang dapat mengawal perbelanjaan dan keinginan.

...........................................................................................................................

Soalan kuiz untuk tahu dan uji korang samaada korang ni gila shopping or tak?? So jawap [Y-Yes or/ N- No] ngan jujur ye!

-Korang bahagi-bahagikan duit elaun/gaji/pama(papa &mama) setiap bulan untuk membeli barang yang terbaru [Y/N]

-Rela makan roti setiap hari semata-mata nak beli kasut bernilai beratus ringgit [Y/N]

-Gemar menghadap laman webb yang terbaru berkaitan produk2 dan baju2 [Y/N]

-Tak pernah menolak pelawaan kawan2 untuk bershopping walaupun xder wang [Y/N]

-Seorang yang suka mengikut trend terbaru [Y/N]


Fikirklah korang dalam category yang mana…kalau banyak “YES”, memang tabiat anda sukar diubah.








urgent!!!

Salam..

Apa khabar?? Sihat?? Lama tak dengar cerita dari awak??
Itu antara ayat-ayat yang biasa kita tanya bila ber-massage or tanya khabar.
Boleh kata hari-hari ulang tanya benda yang sama.
Tapi kan… Kalau tahap ke-busy-an yang tak boleh nak buat apa da menyebabkan kite terlupa nak tanya khabar, macam mana pulak??
Emm… Bukan berniat pun kan.
alik-alik dapat massage kate “ amboi…sombong da yerk. Tak ingat da member lama..” ‘T.T”

Ok, straight to the point la.
Sebenarnya post ni more to friend la.
Kalau family, tak der lagi la. Paling kurang pun seminggu mesti contact dyorang. tanya khabar kan( ke..mintak duit…~ish..ish…) sila jawap dengan siyes ok!!! =p
Apsal aku tetiba nak tulis post ni.
Jawapannya, ia berpunca dari FB.. aik!!
Pe kena mengena dengan FB lak kan.

tak der, story dia macam ni.
Pagi tadi lepas habis kelas Managerial Economic aku malas la terus balik, bukan ada keje pun kat bilik.
So lepak sekejap kat dalam lab.
Sambil2 tu check la e-mail (kot-kot ada secret admire ke yang send e-mail kan..
ceh perasan~sila abaikan ok..) and cam biasa bukak FB.
Then… Tetiba jantung aku macam nak gugur, mata terbeliak baca satu massage dari my old pren(kawan baik time sekolah rendah and ahli member geng 6 Jahanam~geng time skull rendah).
Mana tak nya tajuk massage dia pun “URGENT!!!!!.
Jadi terus aku bukak massage dia baca word by word.

“angah (panggilan aku time kat sek rendah) , when you read this massage please do contact me as soon as possible. There are something I want to tell you, URGENT!! -019*******”-
tepat massage ni send pukul 12.00am, Thursday.
Siyes da lama gilak kitaorang tak ber-contact.
Last jumpa pun time ada kenduri kawin akak kepada member aku( tak ingat bila specific tarikh). Tup-tup dia massage macam ni.
Otak da ligat pikir macam-macam. Terus aku amik phone contact no dia. ..tut…tut…maaf panggilan anda tidak dapat disambung, sila cuba sebentar lagi( cam tu la lebih kurang, tak ingat aku dialog..) ADOI.. lagi la aku cuak. Apsal la pulak time-time ni tak dapat contact. Menyesal pulak rasa tak check awal-awal..
Dekat 10 minit member aku tu contact balik.
“hello, assalamualaikum.. sape ni??”( camnila kalau da lama tak bercontact) “Boleh lak tanya!(jawap aku dalam ati..huhu)
Tak sempat nak expain biodata tu sume terus aku tanya.
“Ape yang URGENT!!!??”
Sebab da cam suara, jadi story begin. dia cakap da dengar ke berita one of our pren sakit. (refer to my old pren~ kawan geng kitaorang time skull rendah dulu jugak- nanti ada masa aku cite sal geng ni, 1001 cerita dalam ni).
Dengan jawapan sejujur-jujurnya aku jawap..TAK!!kenapa. story la.. takut da ni.
So dia cakap yang kawan kitaorang sakit. Kanser! Stage 4. Kira agak critical la. Terus berdebar jantung dengar.apalagi terus berderu darah aku..jantung aku cam nak tercabut. Kawan kot!! Susah senang dulu bersama. nak-nak member aku ckap yang dia hanya dapat hidup 4bulan je lagi. weih!! Dengar cerita camni sapa boleh tergelak! Ingat cerita lawak ke!! Dalam ati aku agak marah jugak, coz asal tak bagitau awal. Lagipun last week aku balik Pahang. So kalau tahu, boleh jugak jumpa. Sekarang ni susah la, this Saturday my first paper for final exam. last paper 15 april.. emm.. Member aku cakap dia da lawat kawan aku tu. Serius, memang lain jugak la. tapi still, I know that she is the strong person like the first time we meet. Dia ada wat operation tumor ( or something like that la~siyes aku tak tau sikit bab2 science ni). And now, dia try jugak buat rawatan-rawatan tradisional. Kita cuba mana yang kita mampu. Dengan izin-NYA, penyakit itu boleh sembuh. Insyaallah..I really hope and pray for her be well soon.amin..

………………………………………………………………………………………..

Sekarang ni macam-macam penyakit muncul. Dan… kalau dulu penyakit selalu dikaitkan dengan orang da tua or berumur. Sekarang, orang muda pula yang ramai berpenyakit even bayi yang baru lahir. Why?? Adakah atas faktor pemakanan atau faktor persekitaran.. or mungkin juga faktor pe-minuman….?? Tapi bila tengok-tengok balik semua nya 3 in 1. Semua faktor2 ni plus faktor2 lain yang korang sendiri boleh agak.. kita banyak ikut cara barat. Makan pun.. mana peginya ulam-ulaman sebagai contoh. Ini bukan aku focus or point(kalau combine jadi focus point la pulak tetiba) kat korang, tapi kat diri aku sendiri.. renung-renung kan la sendiri. Ni yang tetiba aku rasa nak pergi buat medical checkup. Check my blood pressure, normal ke x. my broken heart(tetibe).. kot2 ada penyakit jantung ke, dan apa2 yang patut. Bak kata pepatah yang bukan sepatah iaitu “lebih baik mencegah, dari mengubati” and “better prevent it before it become more serious” Take good care for our self from now!!


Tuesday, March 15, 2011

Jangan Mencari yang terlalu Sempurna..

salam..

banyak benda happen minggu ni..
tapi alahai, tak sempat nak cite..
mybe len kali ea..
but...
nak share something menarik kat sini..
aku terbaca kat "mukabuku" a.k.a "facebuk" :P
post by say woot woot..(xpe kan share kat sini..(@___@)buat muke innocent tetibe

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

cite ni wat pedoman bersama...


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

sekian..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...