Wednesday, July 7, 2010

Petua kecantikan warisan Diraja

salam…

arinie terasa semangat lak nak tulis post panjang-panjang… (bukan senang kan..huwaahuahhh) emmm pas piker-piker meh aku nak kongsi sket ngan korang tentang “Petua Kecantikan Muka” yang aku tau yang merupakan Rahsia Kecantikan Warisan Diraja.. Diraja???? Ha’ah… xcited tak!!! Haha, kalu tak xcited sila wat2 xcited jela…(harap maklum…”P)

bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling mustahak untuk diberi perhatian ialah kulit yang cantik. Kosmetik atau makeup bersifat sementara( ala-ala iklan Fair & Lovely lak..huhu) so tidak sepatutnya digunakan untuk menutup kulit yang rosak. Perbuatan begini ya mak jah (nada Chef wan..=P)menyebabkan kerosakan kulit jadi bertambah rosak. Jadi lebih baik menangani masalah kulit ini sebelum bertambah rosak dari membiarkannya lebih teruk sehingga sukar dirawat..

tapi ingat!!!!petua yang paling utama “sayangilah wajah anda and sukailah rupa anda seperti anda telah dianugerahkan Allah swt. Bersedialah dari sekarang untuk tetap menyukainya apabila sudah tua nanti.." Bersyukurlah okeih…

coz jika sepanjang hayat kita asyik member tumpuan pada kekurangan diri sudah tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita. Dan bukanlah orang yang sentiasa tidak berpuas ati hidupnya akan dapat kita lihat wajahnya sentiasa sungul and masam.. cube bayangkan jika setiap ari seseorang itu mukanya masam, camner ek agaknya 10 thn kemudiann??? (sila gunakan kebolehan imagenasi anda sekarang).. tentu muka lebih berkedut, bibir lebih jatuh kebawah & dahi berkerepot berbanding seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang & bersyukur.. maka terbitlah airmuka yg sentiasa tersenyum manis, tentu sekali apabila tua kelak akan kelihatan jauh lebih muda & menarik…

“ saat kita berhenti dari melihat kekurangan rupa paras kita saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka pada masa itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik.. so berhentilah dari membandingkan diri kita dengan orang lain”

Wahhh terlebih mukadimah la plak…tula kalu da ter-over gini la jadi nya…hoho… okeih2, bek aku lekas bagi tips or petua pertama yang leh aku share ngan korang kan. Kang korang smack down aku lak..

Petua 1: untuk menghilangkan kedut, menegangkan kulit.

Kadangkala masalah kedut & gelebebukan terjadi krn factor usia yang makin meningkat. Tetapi akibat faktor2 laen seperti kulit yg byk terdedah pada sun(matahri), “stress’ akibat tekanan perasaan & persekitaran, tidur yang tidak mencukupi (terasa cam aku jek), dan yg amat ketara ialah bhan kimia dalam produk kecantikan. Jadi janganlah kita tua sebelum usia.. jadi bg menjauhi perkara2 yang diatas, cubalah petua berikut:

1) 10 liter air dgn 500gm daun the(terbaik jika dapat menggunakan “white tea”-jenis daun the cina yg tidak diproses peram). Dicampur dgn 300gm gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman 3 malam berturut-turut, sebelum matahari terbit, sapukan pd kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi n lihatlah hsilnya..

2) Atau cuba petua ini untuk menambah seri wajah. Ambil sebesar ibujari lempuyang wangi, kunyit juga sebesar ibujari. Bersihkan n kisar halus, campur 1 glas air. Ramuan dibahagi 2 untuk 2 kali minum. Campur madu & kuning telur pada bahagian yg hendak diminum dhulu.

3) Atau petua lain. campurkan 1 biji kuning telur dgn 1 camca minyak bijan. Sapu pada wajah. Biar kering dan bilas bersih.

4) Ambil pisang embon 2 biji. Lumatkan bersama ¼ cawan susu. Ratakan pada kulit. Bila kering bilas bersih.

5) Lastly, amik kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, kisar(blender) dengan ¼ cwn susu. Jika kulit jenis berminyak, kisarkan dgn ¼ cwn campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan hingga 5 mnt. Biar kering dan bilas.

Petua 2: untuk menghilangkan kesan parut.

Parut hitam atau bewarna:

1) 5 helai daun cekur dikisar halus dan dicampur dgn 1 camca the penuh tepung beras bersama 2 sudu besar air. Kacau sebati dan ratakan pd bhagian parut. Biarkan semalaman. (amalkan selalu)

Parut berlekuk:

1) Ambil sebiji timun, buang kulitnya. Kisar dan tapiskan airnya. Ambik hampas dan tempelkan pd muka. Tggu ½ jam dan bilas.

2) 2 helai daun sireh muda dikisar dan tempelkan pada parut. Tggu hingga kering dan bilas.

3) Ambil segenggam daun pegaga bersama akarnya sekali dan kisar lumat. Campurkan dengan sedikit campuran tepung beras( 1 camca the tepung beras bersama dengan 3 sudu makan air). Lumurkan dan biarkan semalaman.

( amalkan 3kali seminggu)

Petua 3: mencerah, menghalur dan melicinkan kulit:

1) 1 buji buah tomato dicampur 1 camca the susu tepung. Lenyetkan dan perlahan-lahan gogokkan pd muka dan leher. (lakukan 3-5 kali seminggu)

2) 1 biji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada muka dan biarkan selama 20min. bilas dgn air bersih.

3) ½ genggam kacang hijau dicampur ½ genggam kacang dal, rendam semalaman. Keesokan hari dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tggu kering dan bilas.(lakukan sekerap yang boleh)

4) 1 biji kentang, buang kulit dan canpur dgn 1 buji kuning telur. Lumur pada muka dan bila kering terus bilas bersih dgn air suam.

5) Lastly petua yang paling simple ( yang aku slalu buat).. ambil serbuk teh yang telah anda guna pakai untuk wat air dan lumurkan pada muka dan leher perlahan-lahan. Kering terus bilas.
Sekian dulu tuk petua2 yang aku dapat kongsi kali ini. Ikuti petua2 dan tips penjagaan wajah yang lain bersama saya pada next episode.. selamat mencuba…


(gambar hiasan)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...