Wednesday, July 7, 2010

lagi petua & tips...

Salam..

Kali ni aku nak continue sal petua2 yang masih belum aku bagitau aritu. Let go!!

Petua 4: menangani masalah kulit kering.

Kalau anda hadapi masalah ni, ingat!!! Jangan sekali kali menggunakan bahab berbuih atau sabun pada muka alamt cepat kedut dan tua. Produk mengandungi alcohol juga perlu dijauhi. Toner juga perlu dijauhi krn mengandungi kandungan alcohol atau “astringent” yg akan menambahkan lagi kekeringan kulit. Jika tidur menggunakan penghawa dingin, pastikan sentiasa ada semangkuk air bersih berhampiran katil.. petua2 lain:

1) 1 camca madu asli dihangatkan dan disapu perlahan-lahan pd muka menggunakan jari. Lakukan 10 minit. Bilas dengan air suam dan terus bilas sekali dengan air ais(sejuk)

2) 1 camca besar susu tepung dikacau dengan sedikit air. Ratakan pd muka. Biarkan sehingga kering dan bilas, terus diikuti dgn bilasan air ais.

3) Sebiji mangga, elok yang lembik. Kupas dan kisar lumat. Sapukan pd wajah dan dibarkan kering. Bilas dgn air.

4) Selain dari khasiat untuk kulit kering. Petua ni juga penyeri wajah. Ambil sekuntum bunga mawar segar sebelum habis subuh. Ambil embunnya disapu pd wajah dgn selawat dan niat. Lakukan 3 kali. Kemudian dgn tggn kanan genggam dan hancurkan bunga tersebut selumat yg boleh, dan sapu rata pada muka. Jgn dibilas.


Petua 5: jika kulit muka anda berminyak cuba petua ini
.

Anda juga dinasihatkan jgn cuba menghilangkan minyak dgn menyental kulit wajah menggunakan scrub ata menggunakan pencuci berbuih dan produk beralkohol krn cara “kasar” begini ankan hanya membuat wajah kulit anda menggeluarkan lebih byk minyak. Secara logiknya, cuba anda bygkan jika kulit yg sememangnya mmpunyai minyak, tiba2 berasa kering. Tentu sekali mengikut proses semulajadi kulit akan mengeluarkan lebih byk minyak. Itulah sbbnya anda berasa ganjil knp walaupun mggunakan produk yg khas utk kulit berminyak tetapi hanya pd mula penggunaan shja terasa selesa. Tetapi beberapa jam kmudian kulit anda berminyak smula dan masalah ini tak akan selesai. Itu sbbnya kita perlu mengikut proses semulajadi fisiologi kulit. So barulah masalah ini selesai..

Tips!! Sesuatu produk walaupun tidak ditulis pd lebelnya mengandungi alcohol tetapi jika kulit terasa sejuk apabila diletakkan produk, itu menunjukkan produk tersebut menggandungi alcohol..

1) Segenggam daun sederi dikisar halus dgn sedikit air. Sejukkan dan sapukan rata pada kulit. Bila kering bilas.

2) Segenggam daun bayam dikisar halus dgn sedikit air. Campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca the madu lebah. Tempekkan pada muka dan biarkan selama 30 min sebelum dibilas.

3) Daun peria 1 helai, cuci bersih dan ramas. Perlahan-lahan sapukan pd kulit sebelum tidur.


Petua 6: menangani masalah jerawat.

1) Segenggam pujuk jambu batu dikisar lumat. ( 1 sudu besar tepung beras dibancuh dgn sedikit air) atau ( 2 sudu besar beras rendam 2 malam dikisar- ini lebih baik dari bancuhan tepung krn dikhuatiri keasliannya). Campurkan pujuk jambu batu td dgn beras. Tempelkan pd bahagian jerawat sebelum tidur. Jadikan amalan harian.

2) Beberapa helai daun belimbing buluh dan 1 biji buah belimbing buluh tua dgn 1 camca the tepung beras dan sedikit air (utk mudah dikisar). Tempelkan pd jerawat sebelum tidur.

3) Beberapa helai pucuk daun tanjung dikisar dgn pucuk bunga raya putih. Sapukan pd muka dan biarkan kering. Bilas bersih.

4) Ambil sebatang daun lidah buaya. Bersihkan dan rebus dengan api yang perlahan segingga lembik. Keluarkan lendirnya dan sapukan pd bhgian jerawat sebelum tidur.

5) Segenggam daun inai dimasak dgn segenggam kacang dal (kcg dal yg rendam semalaman) dgn 4 gelas air. Didihkan dgn api perlahan sehingga likat. Sejukkan dan gunakan untuk bhgian jerawat.


Petua 7: menghadapi masalah jeragat dan pigmentasi.

1) 1 sudu besar beras yg direndam semalam. 7 helai daun melati, 7 helai daun kemuning dan sedikit ibu kunyit. Kesemua dikisar lumat. Sehari sekali sebelum mandi sapukan pd muka, bila kering bilas.

2) Beberapa putik k=jambu batu dicampur putik bunga melur dikisar dan di tempelkan paa muka. Biarkan 30 min sebelum dicuci. Amalkan selalu.

3) Seketuk ubi kayu dan seketul lobak (carrot) diparut halus. Campurkan sedikit perahan limau nipis. Gaul rata. Sapu pada muka dan biarkan kering. Bilas..

4) Beberapa hlai daun sireh muda dicampur dgn daun teh (rendam dgn air panas dan biarkan semalaman). Kisar kesemuanya dan sapu pd muka seperti masker. Biarkan kering dan bilas dgn air ais.

Sebelum akhir sesi perbincangan kita kali ni (cewahhh), tukar2…. Sebelum aku adios amigos (baru kna ngan aku) izinkan aku member beberapa nasihat supaya dalam kegairahan kita menuju jalan kearah “ diri yang lebih cantik”, kita tidak keterlaluan dan berlebih-lebihan sehingga membawa bencana pada diri dan paling penting jangan taksub sehingga jika apa yg dihajati tidak dapat, terus hilang motivasi diri dan sedih tak ketahuan..

Ingat setiap dalam diri kita, ada satu keistimewaan yang tidak ada pada diri orang lain. so pelulah kita sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberi okeih…

Dan petua yang paling berkesan untuk menjadikan wajah sentiasa berseri ialah sentiasa “S.M.I.L.E” dan elakkan tidur siang hari dan bangun pagi setelah naik matahari.. ( hohoho… boleh ke?? Aku pun selalu terbuat yang nih…)


p/s: petua2 yang diberi atas sumbangan “Zai’s Beuty Formula”

1 comment:

ijat_asni said...

byk nye petua.
suke.
suke.
hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...